Blog Abgreds

Itukan masjid?

Posted on: 10 November 2010

“Pak Tua, jarang kami melihat Pak Tua di masjid. Bukankah solat berjemaah itu lebih baik dari bersendiri?” Tanya kami petang itu.

sumber : google

“Itu benar”, kata Pak Tua. “Berjemaah itu lebih baik. Tapi saya yang kurang ilmu”. “Kurang ilmu?” Tanya kami.

“Benar, berjemaah itu banyak ilmunya. Kena tau cara berjemaah. Cara menjadi imam. Cara menjadi makmum…”

“Kemudian, perlu juga tau adab-adab di masjid. Perlu jaga niat ke masjid. Perlu jaga hati agar tidak terpesong..”

“Apa maksud Pak Tua dengan terpesong?” Tanya seorang antara kami. “Oh, itu banyak sekali” ujar Pak Tua.

“Bila ke masjid, kamu akan berada di sana bersama-sama manusia lainnya. Mungkin ada antara yang mereka tidak mengerti atau culas dengan peradaban masjid, lalu mereka sering melakukan kerosakan dan kesalahan..”

“Umpamanya meletak Yassin di lantai semasa bersolat. Mengganggu orang sedang berwirid berzikir. Membaca dengan kuat semasa bersolat atau membaca al-Quran...itu semua tidak benar…”

“Itu belum lagi mereka yang bercerita hal dunia. Bersembang lalu ketawa-ketawa. Itukan masjid? Tempat menyembah dan berserah diri..”

“Jadi saya ini tidak boleh melihat seperti itu. Saya kurang ilmu menahan marah. Selalu cepat merasa marah. Ingin rasanya saya menegur mereka…”

“Tapi saya kena berbalik pada niat saya. Niat dan tujuan saya bukannya begitu. Justeru, saya perlu menimbangcara resolusi yang baik bagi saya.”

“Kalau begitu, kami ini tidak perlu ke masjid? Tanya seorang diantara kami.

“Masya Allah, bukan begitu. Kalian perlu belajar dan bermohon pada Allah Taala jalan yang terbaik bagi kalian”

“Apabila kalian sudah tahu, kalian akan merasa di mana kalian lebih bagus, lebih enak, lebih nikmat dalam beribadah…”

“Mungkin kedudukan kalian lebih berfaedah di masjid. Kalian faham beradap sopan dan lebih khusyuk..dan kalian boleh sabar lalu boleh menegur nasihat orang yang lupa atau bodoh itu… maka sebaiknya kalian di masjid”

“Lalu Pak Tua bagaimana? Tanya lagi seorang.

“Biarlah saya begini. Yang penting hati kalian jangan bersangka-sangka pula. Kalau nampak ada orang tidak ke masjid, tanya dulu kenapa, barulah buat kesimpulan atau tindakan…”

“Solat sendiri ada ilmunya. Solat berjemaah ada ilmunya. Mendirikan masjid ada ilmunya. Mengimarahkan masjid ada ilmunya…”

“Baiklah Pak Tua, terima kasih atas penjelasan. Kami bermohon untuk pulang Pak Tua. Assalamualaikum…”

“Wa’alaikumussalam warohmatullah…”

———————-

Lagi kisah Pak Tua :

https://abgreds.wordpress.com/2010/08/23/selunak-hatinya/

https://abgreds.wordpress.com/2010/07/09/kami-penjaga-anjing/

35 Respons to "Itukan masjid?"

menimbang-nimbang mana yg terbaik utk diri.

terima kasih atas komentarnya ummuuswah..
sama-samalah kita buat mana yang terbaik itu.

Author: makasih mas, tapi aku masi dalam tahap belajar kok. Jangan bosen berkunjung ke CNN ya . Cahy Nugraha Network http://cahyanugraha.wordpress.com he

sama-sama cahya. kita semua emangnya anak-anak sekolahan dari kecil sampai masuk kubur.. iya kan? sama-sama belajar sampai kapan pun ya..

banyak info yg kiter dapat melalui citer nie…semoga orang2 yang hadir ke masjid tu mempunyai niat yang bersih dan suci untuk bekalan akhirat nanti…InsyaAllah

sekadar mencoret ieyza.. nak menegur tak pandai. silap tegur kena bantai. cuma tak setuju dalam hati. sesiapa yang ada hikmah dalam menegur, tegurlah mereka itu..

jgn bersangka buruk dgn orang…betul tu…kena selidik dlu b4 buat kesimpulan…=)

betul yana.
pagi subuh depan skrin yana yer, rajin awak..

setiap perkara itu perlu dilakukan dengan ilmu.. bersangka baik itu lebih perlu.. sya dapat ilmu itu di sini.. Thanks yer. Salam kenal juga.

salam kenal hanis.

nak baca apa-apa kat blog pun ada ilmu hanis. ilmu yang umum boleh baca macam tu saja.

tapi kalau ilmu untuk amalan khusus seperti sembahyang dll tu, lebih baik merujuk guru atau ustaz no..

halo mas, aku terkesan dengan postingan ini hehe🙂 salam kenal ya, ditunggu kunjungan baliknya bro

halo mas cahya, makasih atas komennya yah.

blog mas juga baik banget ah. nanti abgreds ke sana ya..

kisah benar ke rekaan nie abgreds…???

betul tue jangan bersalah sangka…tapi kalau nampak sihat tapi dah 3kali xp smyg jumaat elok kita menegur kan?

hai lalink7..

semua entri di blog ini berdasarkan kisah benar. cuma sedikit sebanyak watak dan perwatakan ada ubahsuai.

pasal jumaat tu, kalau mampu elok tegur tak kira sekali atau dua.. kalau masuk tiga tu takut dah tertutup hatinya,
wallahualam.

salam kenal, nice info, kunjungan balik diTunggu di sini http://ramlannarie.blogspot.com/ dan http://ramlannarie.wordpress.com/

salam kenal juga untuk anda ramlan.

nasihat pak tua yg sungguh berhemah..

nasihat dah berhemah, tanggungjawab menerima nasihat itu yang kita galas..nak terima/ikut atau tak nak? tepuk dada tanya iman..

Assalamualaikum Sdr Abgreds, terima kasih menulis entry yang menjadi renungan dan review akan hidup dan tindakan seharian kita yang kita pandang remeh. Kekadang kita buat sesuatu sebab ikutan2 tapi tak tau adab dan peraturan. Semoga kita menjadi lebih baik dari dulu. Amin!

wa’alaikumussalam mohkembara..

salah satu kelemahan ‘terlahir’ dalam famili muslim macam itulah. ada semacam perasaan agama kita itu warisan keluarga.

jadi semua main ikut-ikut dari kecil hingga dewasa. hingga tuntutan untuk menuntut ilmu dikesampingkan.

sedangkan mereka yang baru mengenali islam seperti ustaz ravi dan dr. ridhuan tee bersungguh-sungguh hingga lebih alim dari kita yang lebih dahulu islam…

Betul sekali perkataan Pak Tua, terkadang kita pergi sholat berjamaah di mesjid, dikala menunggu qomat di kumandangkan kita sempatkan untuk berbicara masalah keduniaan. Seharusnya kita gunakan untuk berzikir, beristighfar atau bersholawat.

makanya ada di kalangan kita yang menjadi kurang keinginannya untuk ke masjid. bukan tidak mahu menegur, barangkali lebih menjaga niat dan hati sendiri…

benar kata dahrun, patutnya masa itu diisi dengan zikir dan sebagainya.

wah,memang bermakna nasihat pakcik tua tu.

Jom join contest teka dan menang RM 20

terima kasih atas komen kamu, faisal.

setiap manusia ada sebab kenapa x pegi Masjid.
bukan budak kecil suka gelak.orang yg dah tua
pon sama.depa gelak kuat2.padahal waktu tgh
baca khutbah Jumaat tu.

encik ali terima kasih bagi komennya…
entri ini menyentuh adab di masjid secara keseluruhannya. kalau nak khusus untuk jumaat, lagilah banyak yang perlu dikupas, Insya Allah mungkin dalam kesempatan akan datang..

betul tu abgreds,kadang kadang kita ni terlalu mengikut orang lain tanpa mengetahui yang benar atau salahnya..lepas tu pulak,sesiapa yang tak mengikut akan disangka bukan bukan…hmmm bagus entri ni…gue suke….

sekarang banyak yang ikut-ikut, bukan mahu merujuk guru atau kitab. orang buat dia buat. bila tanya kenapa buat itu dan ini, tak tau nak jawab.
kita mungkin tak dapat belajar semua perkara. namun perlu belajar bab-bab yang dekat dan selalu kita buat yang dah kira fardhu ain tu.

tepat dan padat penerangan Pak Tua..kena betulkan niat kalau nak buat apa2,sebab niat mempengaruhi tindakan kita..kalau niat dah betul,buat apa pun semua menjadi..

banyak tamsil ibarat kisah dulu-dulu Rol…

niat dan perbuatan kena selari. kalau niat tu teguh, Insya Allah ulahtingkah kita akan terpelihara.

itu yang selalu jadi…
masjid tempat beribadah dan kita di larang sama sekali untuk bercerita tentang hal2 keduniaan melainkan hal2 yang berkaitan dgn akhirat.
tapi yang banyaknya ada diantara mereka berbual dan bergelak ketawa tanpa rasa bersalah.bercerita hal dunia terutama hal politik.mengata sesama sendiri…nyata masih tidak ada kesedaran lagi…..

komen yang relevan rose…

satu point yang penting di sini ialah pengkelasan ‘hal dunia’ tu. tu yang jadi masalah sebab kayu ukurnya berbeda dari sorang ke sorang.

abgreds pernah jumpa orang yang tinggi ukurannya, hingga dia sukar amat untuk ke masjid.

dan pernah jumpa yang terlalu dampak. semua dipukul rata boleh dibicarakan. itu yang sampai ketawa-ketawa.

soal politik? lagi abgreds tak setuju..

Tersentuh hati dengan entry ini, itulah kepentingan untuk menuntut ilmu. Jangan orang ke masjid, kita ke masjid, orang mendapat pahala, kita menambah dosa.

Tetapi ini tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak ke masjid terus kerana masjid bukan sahaja tempat beribadat tetapi juga tempat menuntut ilmu.

waduh, pagi-pagi ngobor blog aku ni abg azam…

terima kasih atas komennya. aku bukan tak bagi pegi masjid. tapi aku bengang dengan adanya sikap-sikap tak baik tuh.

patutnya kita kena belajar dan terus belajar apa yang patut dan tak patut buat kat masjid. kalau sampai mengganggu ibadah orang lain, macamana tu, kan?

hahaha tak kiralah ngobor ke apa pun asal ada masa, penasaran dialam maya, maklumlah dalam masa belum berkerjaya sepenuh masa…

acap kali ke masjid mendengar kuliah, apa yang diajarkan adalah hal-hal yang umum dan bukan hal yang tersirat seperti bagaimana adat dan adab beriktikaf di masjid.

dikatakan sembahyang itu wajib, itu semua orang tahu tapi mengapa tidak diterangkan bagaimana pengertian sembahyang itu sendiri, bagaimana untuk mendapatkan tingkat dan nikmat dari kewajipan itu.

apa yang harus dilakukan untuk mendapat khusyuk dalam sembahyang, kaitan khusyuk itu sendiri dengan makanan yang kita makan dan macam-macam lagi yang tersirat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: