Blog Abgreds

Cikgu skuter, cikgu komputer.

Posted on: 13 November 2010

Dia seorang cikgu pencen. Seorang cikgu zaman skuter. Anaknya juga seorang cikgu. Cucunya juga sedang kursus jadi cikgu.

Ini cerita tentang cikgu. Tentang dia. Katanya, cikgu sekarang tak macam cikgu dulu. Cikgu dulu pangkat dia saja dah orang hormat. Orang tabik dan segan.

Cikgu dulu tak ada saingan. Nak tahu tanya cikgu. Nak pandai tanya cikgu. Nak informasi tanya cikgu. Pendeknya, cikgulah ‘ komputer’ zaman dulu.

Murid dulu tak ada komputer. Internet belum wujud. Semua benda nak rujuk pada cikgu. Semua masalah mengadu pada cikgu.

Cikgu dulu terpaksa belajar banyak perkara. Cikgu dulu jadi cikgu dan jadi ‘murid’ setiap masa. Baca suratkhabar, majalah, buku ilmiah tebal-tebal…

Masalah murid dulu bukan saja tentang pelajaran. Semua adu pada cikgu. Tak ada baju sekolah, tak ada duit makan, kasut dah koyak, rumah abah bocor, mak suruh pergi menoreh…macam-macam…

Dan macam-macam caralah cikgu nak selesaikan masalah muridnya. Dulukan duit sendiri, pergi ziarah rumah, jumpa ketua kampung, jumpa ajk surau…

Nak pergi bukan ada kenderaan. Paling biasa adalah basikal palang. Yang pandai berjimat dapat beli motor skuter. Itulah yang dibawa ke hulu ke hilir.

Dah jumpa ajk surau karang, cerita punya cerita, masuk topik kenduri kendara. Ajk mengadu dana tak ada. Minta cikgu jumpa ketua kampung.

Hajat hati tadi nak minta derma. Langsung diam tidak terkata. Dah kena tolong ajk surau pula. Ni lah pangkat cikgu dulu kala…

Katanya lagi, anaknya juga jadi cikgu. Tapi tak sama dah macam zaman dia dulu. Dah pakai kereta, dah guna komputer. Serba serbi kemudahan ada.

Tapi kepala pusing macam kena migrain. Murid sekarang baiknya kurang. Anaknya jadi cikgu tak tahan. Hari-hari kena masam. Hari-hari kena garang.

Niat nak didik penuh kasih sayang, tapi terpaksa mengherdik, terkadang mencemuh, terkadang macam nak bagi pelempang!

Dia menghela nafas panjang. Katanya, dulu dialah yang memberi perangsang. Agar anaknya juga menjadi guru. Seperti dia suatu waktu dahulu.

Tidak menyangka begini pula, anaknya di zaman cikgu komputer. Dan anak didik anaknya di zaman internet…

Katanya lagi, dia tak tau nasib cucunya. Bakal cikgu di zaman ‘www’. Zaman cikgu di dunia baru- internet dan dunia siber.

Apakah lebih baik dari anaknya? Atau lebih ……….. dari anaknya? Dia tidak pasti. Tak terfikir di benaknya. Dia sudah berusia, katanya…

Cikgu skuter, cikgu komputer, cikgu siber

Bagaimana prinsip perjuangan kalian?

Tetap teguh kukuh?

Alhamdulillah….

26 Respons to "Cikgu skuter, cikgu komputer."

Harapan saya agar minda anak2 masa hadapan yg celik IT itu biarlah selari dan sedondon dengan kecelikan moral dan maruah agama, bangsa dan negaranya..

itulah yang sebaiknya cutezmommy…
tapi pelaksanaan ke arah sedondon itu juga agak mencabar ibubapa…

arwah atok saya dulu seorg cikgu
sume org kenal sume org hormat
serba serbi boleh
mengaji,berkompang,marhaban,nasyid,membuat seni ukiran
habis waktu sekolah,di masjidlah menetapnya
tapi anak dan cucunya berbeza sekali

saya kurang sabar saya cepat baran jadi,tidak sesuai untuk menjadi seorang cikgu yang baik seperti arwah atok saya…

bukan asing melihat karakter berbeza generasi demi generasi.
banyak faktor dalaman dan luaran mempengaruhi.
kita lebih kenal diri kita. jadilah apa yang kita ditakdirkan, setelah berusaha…

suka bc blog ni..🙂

terima kasih bertandang ke sini..

Salam sejahtera.

Mengharap diri ini akan jadi GURU SEBENAR GURU, KE SEKOLAH TIDAK JEMU MENGAJAR TIDAK LESU.

Tulisan Abgreds di atas sangat memberi inspirasi untuk menjadi guru yang menjadi kebanggaan murid dengan ilmu yang sentiasa dikongsi, mengajar dengan penuh kasih sayang dan komitmen yang tinggi. Perkongsian bijak dalam membangun jiwa agar menjadi manusia yang berjaya.

Mudahan Allah SWT memberi kekuatan kepada semua para guru untuk berbakti dengan tulus luhur dalam menambahbaik nilai kemanusiaan yang sedia ada kepada pelajar kita.

Semoga terus berkarya untuk kebaikan bersama.
Salam mesra selalu.

abgreds doakan bunda Siti dapat merealisasikan slogan tersebut. slogan yang patut benar dirujuk semua warga pendidik sebagai tanda aras komitmen kerjaya mereka.

guru yang sebenar guru tidak khuatir dengan segala macam permasalahan dan kegetiran uji di depannya. kecintaannya kepada ilmu dan pendidikan anak bangsa harus dapat mendepani karenah yang ada.

kepada mereka yang mungkin sedikit lesu dan jemu, carilah penawar di persekitaranmu. cari sehingga dapai temui yang serasi, yang sesuai dan mujarab untuk diri sendiri.

mudah-mudahan warga pendidik diberi kekuatan iman, takwa dan ketabahan mengharungi segala onak duri di perjalanan hidup kalian…

Assalaamu’alaikum Abgreds..

Sahabat…. Tiada embun yang lebih bening selain beningnya hati
Di bulan Zulhijjah, Iedul Adha kembali menyapa hari
Kemaafan dipohon untuk khilaf dan salah jika mengkhianati
Sebuah pengorbanan tulus jadi iktibar membaiki diri

Mohon Maaf Lahir dan Bathin

Salam keindahan Iedul Adha 1431 H dari saya di Sarikei, Sarawak.

wa’alaikumussalam wbt. bunda Siti.

terima kasih atas bait-bait indah nukilan bunda. hati adalah raja negarakota bernama manusia. baik raja sejahteralah penghuni kota…

abgreds juga mohon maaf dan berdoa agar kita semua dilimpahi hidayah dan rahmat Allah sempena aidil adha ini..

entri ni bagus..membuka minda kita..hmm, setiap hari saya pergi sekolah rendah..bukan pegi mengajar, tapi tolong mak menjual di kantin, jadi setiap hari saya memerhatikan gelagat para guru…hmm..saya kecewa..sebab bila saya bandingkan semasa zaman saya kecil dulu, sangat berbeza..kalau dulu, kami x berani kalau xturun sekolah sebab nnti kena denda & tertinggal pelajaran, tapi sekarang..budak2 macam ‘no feeling’ kalau tak hadir ke sekolah..entahlah mungkin tiada tindakan..pernah juga bertanya kepada adik2 kat sekolah tu kenapa xsuka turun sekolah, mereka cakap “ah..bukan ada belajar pun”…”ala, bukan ramai ***** turun pun, main jak di kelas, bagus xpayah turun”…

tapi situasi ni bukanlah berlaku di semua tempat..sesetengah tempat saja..sekadar berkongsi apa yg berlaku di depan mata ~

hai sutera.. kamu sabahan ya? abgreds punya kakak ipar orang sabah bah..
oklah.. terima kasih drop komen sutera. perubahan memang tidak dapat dielakkan.
untuk menjadi lebih baik, kita perlu berubah. namun perubahan persekitaran bukan dalam kehendak dan selari dengan citarasa kita. kadang bezanya amat jauh.
dan kadang menjadikan sesuatu itu tampak sukar difahami kerana tidak terjangkau oleh fikir kita ini..

Murid zaman sekarang lebih pandai menggunakan komputer dari cikgu, walau macamana pun cikgu perlu dihormati.

terima kasih bro akubiomed..
ilmu komputer jarang dapat mengajar erti budi dan jasa. terkadang malah memperkecil insan bernama guru.. itulah kekurangan yang nyata..

hmm memang beza betul dulu seperti penulis katalah..cikgu tempat rujukan..sekarang sangat berbeza,kalau sebut jer cikgu..biasa-biasa jer rasa..apa-apa pun cikgu tetap dihormati🙂

persepsi kita tentu tak sama berdasarkan situasi yang kita hadapi. lihat saja komen abg azam tu, mau tak pening dia…
moga entri ini tidak mewakili majoriti keadaan seluruh sistem hendaknya..

cikgu dulu bercakap dengan murid guna ganti nama saya, kamu.
cikgu sekarang bercakap dengan murid guna ganti nama engko, aku.

dulu cikgu kata rajin-rajin datang sekolah dan belajar sungguh-sungguh.
sekarang cikgu kata tak nak datang pun tak apa sebab cikgu sibuk, kalau datang pun cuma buat bising dan macam-macam, cikgu tak dapat nak jaga.

mulanya saya tak percaya tapi bila datang kesekolah, memang itulah yang saya saksikan. bukan cikgu biasa tapi hem pun sama.

semalam anak saya bagitau cikgu kata tak datang pun tak apa. hari ini saya dengar anak orang lain cakap hal yang serupa pada mak dia masa mak dia jemput balik dari sekolah.

cikgu dulu penuh tanggungjawab sebab mendidik anak bangsa. cikgu sekarang edar katalog kat anak murid sebab buat direct selling.

tapi…. anak murid sekarang pun memang kurang ajar!
kerajaan kata mak bapak salah sebab tak reti didik anak.
mak bapak kata kalau tak kerja overtime tak cukup duit nak bayar yuran dan buku-buku bila nak naik sekolah. sara hidup pun semakin meningkat, semua tu kerajaan yang buat.

hai… entahlah… fikir punya fikir tak dapat jugak nak selesaikan, maka menteri pelajaran tolonglah fikir-fikirkan.

saluran tv makin banyak, internet dah menerobos keseluruh alam. semua maklumat dan positif dan negatif ada dihujung jari. cara nak proses dadah pun boleh dapat di internet, nak hack sistem pun boleh dapat di internet.

hari ini berita, budak 16 tahun mati ditembak polis sebab merompak stesyen minyak. inilah negaraku…

maaflah terlalu panjang komen, mungkin sebab emosional, jangan ada yang terasa hati ye… cuma cubalah fikir-fikirkan.

kabare..abg azam…

abg azam langsung dinampakkan depan mata akan kebobrokan sistem persekolahan yang terjadi dewasa ini. itu reaksi kedukacitaan mana-mana bapa. tidak salah abg lahirkan melalui tulisan abg tu.

beda yang agak jauh dari nilai pembelajaran zaman abg dan zaman anak-anak kini memang sedikit membingungkan. kita ingin membantu, tetapi terasa buntu dan kekok.

anak-anak berhadapan dengan kurikulum, sistem pembelajaran, dasar pendidikan serta jati diri guru yang berlainan. maka kita orang tua sukar mengasimilasi fikir kita untuk menyamai keadaan semasa.

abgreds juga sependapat dengan abg azam. masalah ini bermula dari atas. kalau air di hulu dah keruh, maka sampai di hilir semakin keruh. pihak pembuat dasar (kerajaan) perlu mengambil kira sudut pelaksana dasar (pelajar dan guru) agar adil kepada semua.

walaupun tahu suara kecil kita ni tidak sampai ke mana, tapi sekurang-kurangnya boleh kita berkongsi rasa dan duka itu. mudah-mudahan sedikit sebanyak menjadi ubat penenang dan terapi diri sendiri.

sabarlah abg azam. sama-sama berdoa agar dapat mengesan hikmah di sebalik semua permasalahan ini…

dulu masa kecik2…nmpk ckgu dari jauh da nyorok dl… takut..

terima kasih misssenget..
apsal nick miss macam tu? apa yang senget?
emm.. dulu kecik-kecik miss senget popular kot. sebab tu cikgu nak kenal mana satu miss senget.
sebab tu mu nyorok ye?…

budak2 sekarang ni ramai yg kurang ajar pada cikgu..kalau dulu,cikgu la sumber rujukan utama..skrg ni apa yg cikgu ajar,anak murid boleh lawan,kononnya apa yg mereka baca di internet lebih betul..

aku dengar macam-macam cerita pasal sekolah. pasal budak, pasal cikgu, pasal ko kurikulum..
konon nak tolong fikir, nak tolong selesai. tapi bukan bidang aku la. nak start kat mana pun tak tau.
buatkan entri ni je la. mudah-mudahan kawan kita yang jadi cikgu tetap gagah dan perkasa!…

Dulu dan sekarang..
Tidak sama dan tak serupa..
Pendekatan jauh berbeza..
Cikgu perlu mendidik mengikut zamannya..

Apa yang penting skrg??
cikgu perlu tabah..
Cikgu perlu berinformasi..
Cikgu perlu ikhlas sebab keja itu satu ibadah🙂

jangkanya memang nak capai maksud terakhir tu…
tapi bukan mudah, walaupun tidak mustahil..
itu niat yang cukup motivator sifatnya..
selamat berjuang cikgu-cikgu sekalian..

Hari ini harus lebih baik lagi tentunya..😀 salam saya..

salam kenal untuk kamu juga indra..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,899 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: