Blog Abgreds

Korban masa depan komputer.

Posted on: 16 November 2010

Sesekali terdetik di hati saya, apakah berbaloi pengorbanan ini? Beberapa waktu saya terkorban depan skrin komputer?

Sesekali terasa juga, apakah faedah pengorbanan anda? Beberapa waktu anda terkorban depan komputer juga?

Apakah entri saya ada manfaat untuk para pembaca? Atau mungkin merugikan serta mensia-siakan masa pembaca di sini?

Sememangnya saya cuma manusia biasa. Cukup sedar akan kelemahan dan kekurangan diri.

Dan saya amat sedar, ada ketikanya, saya membuatkan anda kecewa. Tulisan yang biasa. Kisah yang serupa. Entri yang entah apa-apa!

Makanya saya telah membuatkan pengorbanan masa anda berkunjung ke sini adalah sia-sia. Hanya merugikan anda sahaja!

Barangkali pula ada yang berasa tidak faham, keliru, tersalah erti, bahkan mungkin berasa dipermainkan oleh tulisan saya, mana tahu?  

Tiadalah apa yang dapat diperbuat oleh saya. Kita boleh merancang, Allah yang menentukan. Pasti ada hikmahnya.

Di atas kekurangan dan kelemahan itu, saya bermohon maaf kepada anda semua. Sungguh bukan niat saya untuk membuatkan kesia-siaan itu.

Interaksi berblogging sebegini rupanya saling mengertikan erti pengorbanan. Sama-sama berkorban masa menulis dan membaca artikel.

Saya korbankan masa untuk menulis. Anda korbankan masa untuk membaca. Jika ada cacat, cela, kurang, lemah dalam interaksi itu, kita korbankan saja!  

Ambil yang baik, buang yang buruk. Mudah-mudahan kita semua beroleh manfaat dari surat-surat tulisan kita ini.

Oh ya, jangan lupa mengulang baca kisah pengorbanan tersohor Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Sungguh Allah telah mengangkat darjat mereka berdua…

Untuk semua pembaca blog ini, abgreds ucapkan Selamat hari raya korban…

14 Respons to "Korban masa depan komputer."

korban masa depan komputer untuk perkara yang mendatangkan faedah takpe jangan korban masa kepada yang tak mendatangkan faedah dan keuntungan kepada kita sudah kan abg reds.

sesangatlah betulnya eiela…
cuma jangan lupa ada ketikanya mungkin faedah buat benda lain lebih berbaloi kot..
yang itu sendiri mai ingat lah..

Sebenarnya kita blogger adalah golongan yang rajin membaca…kita bukan buang masa..byk manfaat dari membaca ni🙂

setuju! berblog ni dua je..satu pikir nak tulis blog sendiri, dua pikir tulisan orang lain..
dengan sendirinya dah blok untuk pikir yang lain, kan?

korban…
saya lebih rela korbankan masa saya dengan berblog daripada berlaman soSIAL facebook…lebih banyak membaca lebih banyak pengetahuan.
lebih banyak berlaman soSIAL lebih banyak gosip…erk,apakah? =p

abgreds lama dah tak jenguk facebook tu. kat blog ni pun tak abis-abis round. kena bajet masa dengan info yang kita nak. kalau tak asyik terbabas jer..

korban masa depan komputer buat entri blog lebih baik dari buang masa main internet yang takda pekdahnya…

huh, karang marah kaki game ni kat kau zik..
tapi komen tu sungguh benar bagai dikata…

orang yg selalu bermuhasabah kerana bimbang perbuatannya berlebihan sebenarnya orang yg tidak berlebihan dalam perilakunya, insya-Allah. moga-moga saya, abg reds dan semua blogger dijauhkan dari kelekaan.

mudah-mudahan begitu..
kalau semua saling ingat memperingati sebegini, rasanya dunia blogging akan lebih sihat, bermanfaat dan berkhasiat gitu..

masa itu emas.masa untuk tidur membazirkan masa.

kurang faham dengan kamu. kamu komen entri atau komen pengomen ‘omu’?

omu pun 2 hari korban blog omu, langsung xjenguk dn mlm ni Omu korban masa tido omu untuk sejam balas jejak rakan blogger…syg kat mereka yg jenguk blog Omu..

bukanlah kewajipan atas omu untuk berblog hari-hari. berblog sekadarnya sesederhana ikut upaya diri. jangan sampai berblog hingga memudaratkan diri sendiri..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: