Blog Abgreds

Pendek yang panjang!

Posted on: 19 November 2010

Opss…jangan tafsir sembarangan! Baca dulu idea paling pantas abgreds ini…

Ini betul-betul idea spontan. Masa buat lawatan blog sebentar tadi (blogwalking) abgreds terjumpa blog santai ni. Entrinya pendek dan comel.

Ini printscreen dari blog beliau…

Abgreds terus teringin untuk memberi komen, malangnya akses wordpress tidak membenarkan. Melihat ayatnya agak cun, abgreds fikir baik buatkan saja satu entri…   

‘Nak tulis pendek-pendek pun kena pikir panjang-panjang…, ya tak?’

Itulah komen yang mahu abgreds titipkan sebelumnya…

Kepelbagaian latar ilmu, masa, usia, sikap dan sifat penulis blog akan seterusnya mewarnai gaya dan rencam persembahan blog masing-masing.

Ada yang menulis panjang-panjang. Ada yang pendek-pendek. Ada yang bercerita melalui sajak atau cerpen, serta gambar juga.

Semua kaedah itu boleh saja digunapakai kerana ia sama dengan kepelbagaian citarasa dan selera para pembaca di luar sana. Pasti ada peminatnya.

Sebagai kredit kepada pencetus ilham entri ini, abgreds panjangkan sedikit apa yang ingin abgreds komen sepatutnya.

Soal dasarnya adalah berfikir. Sama ada nak tulis panjang atau pendek – kena berfikir dulu. Pastikan mesej yang ingin disampaikan itu jelas dan dapat difahami pembaca.

Kemahiran memahami entri juga pelbagai peringkat. Ada yang faham walau entri atau ayatnya pendek. Ada yang perlukan sedikit penerangan. Ada yang perlukan contoh, rajah, gambar, dan lain-lain.

Begitulah skema normal kita manusia. Jadi, teruskan saja. Abgreds cara abgreds, anda cara anda. Panjang pendek semua boleh! Janji ada ilmu beb

Baiklah, ingat entri pasal pendek ini pendek saja. Rupanya dah panjang juga. Minta maaf ya. Idea spontan ini gayanya memang macam itu. Sebelum dia hilang entah ke mana, baiklah dicatat dulu.

Kepada tuan blog tika leh, http://tikalehpunya.blogspot.com/ terima kasih atas entri pendek anda.

Jadi, abgreds dan anda semua mau ingat ya…

‘Nak tulis pendek-pendek, kena fikir panjang-panjang…,’

‘Nak tulis panjang-panjang, jangan fikir pendek-pendek…’

 

37 Respons to "Pendek yang panjang!"

‘Nak tulis pendek-pendek, kena fikir panjang-panjang…,’
‘Nak tulis panjang-panjang, jangan fikir pendek-pendek…’

Ayat yang cantik.
Tapi saya tetap nak tulis panjang, tetapi fikir dengan bernas.

gaya persembahan sephi juga tersendiri. saya suka gaya sephi..
teruskan menulis..

Saya akan ingat pesanan terakhir ini:

‘Nak tulis pendek-pendek, kena fikir panjang-panjang…,’
‘Nak tulis panjang-panjang, jangan fikir pendek-pendek…’
😀

hehe…suka hati awak hadi..
entri panjang atau pendek ok jer janji tak mau kontroversi..

entri yang pendek, tujuannya untuk galakkan komen daripada pembaca. maknanya tak cerita habis dalam entri. biar pembaca sambung dalam komen..

terima kasih saudara hisyam..
mungkin sesetengahnya berniat begitu. tapi ada banyak alasan yang juga munasabah dan wajar kita sebagai rakan blogger menghormatinya.

hahhaha..betul2…setuju..

terima kasih bagi respon ya queila..

yang indah itu bahasa. kalau sudah ejaan pun dipendek-pendekkan, boleh juga merosakkan bahasa.

salam ukhwah.

setuju dengan anda ctpayong…
kalau ct merujuk bahasa sms digunakan pada entri, abgreds juga setuju ia boleh merosakkan bahasa..
salam ukhwah untuk anda juga.

pesanan penaja di hujung entry memang terbaiklah, abgreds

setuju! memang pendek mesejnya, tapi dalam maknanya!

terima kasih dark half dan sam..

setuju.. semua terpulang kpd penulis..
nak panjang ker pendek.. huhu

terima kasih kepada otai gnesop..

salam..heheh..bru bce ni..sory, bz sikit..
erm, agk trkejut dgn entri ni..xsangka lak org len leh amek buat entri lain..
hoho, nk tulis pendek2 kena pikir panjang2???sbnrnye brgntung pd pendapat org pun..lain org, lain fikirannye, lain pendapatnya..sy rasa tulis pendek, fikir kdg2 pendek gak kadg2 panjang..kdg2 org anggap laen apa yg kt tulis..dpends org jgk..komen yg org len dpt buat pun(xthulah ada org len sprti abgreds..hahah) byk yg brlainan..rmi yg brfikir lain..kdg2 diorng xfikir pun..hoho…

tu jelah…len kali, kalo xleh komen, bolehlah buat entri mcmni…hahhaha…

huh, cik tika dah datang…w’salam…
ha, inilah tuan puan, tuan besar entri abgreds ini…sila terjah sama dia…
memang daya fikir kita cukup pelbagai dan variasi. cukup untuk memberi rempah ratus kehidupan agar pahit manis dan kelat masamnya merencam di minda lalu diterjemah dalam bentuk tulisan yang demikian…
sama saja kita ni semua…err abgreds tak ajor ye yang buat entri kalau tak boleh komen…hohoo..

Salam abgreds

Terima kasih atas kunjungan. Orang berkunjung, kita berbahasa.

Ya, macam saya suka tulis panjang sebab ia berbentuk diari. Tapi tidak dinafikan, adakalanya yang pendek itu jauh lebih bernas.

Entry yang baik. Teruskan mengeluarkan idea yang bernas.
Salam perkenalan.

w’salam wbt..sephi..

tulisan sephi memang tersendiri..agak panjang namun jernih dan ikhlas..
bisa menyentap naluri pembaca agar dapat menelusuri maksud yang ingin sephi sampaikan…

Salam ukhwah abgreds,

Suka dengan blog dan entry ini.

Setuju juga dengan pendapat abgreds. Entry biar pendek tak mengapa asalkan memberi kesan kepada pembaca. Kadangkala entry pendek ini sinis dan membuat kita fikir.

Entry panjang-panjang yang kadangkala di copy paste dari sumber atas talian pun tak berguna juga kalau sang penulis tidak membuat kajian dan cuma sekadar letak bagi memastikan entry sentiasa update.

Bukan sekadar tulis barangkali. Mahu meletakkan komen juga harus berfikir panjang.

salam untuk anda juga ida..
terima kasih berziarah ke mari dan bagi komen.
abgreds tidak memilih pendek atau panjangnya ayat. asal ada ilmu dan pengetahuan berguna, abgreds kira ia sebagai artikel yang baik. sudah tentu ada beza untuk memahaminya – mungkin yang panjang mudah dan yang pendek susah. tapi tidak mengapa. kesemuanya melatih kita belajar dan terus belajar.
juga setuju dengan anda untuk berkomen juga perlu difikir. komen yang baik harus dapat meningkatkan nilai pendapat sesuatu entri serta menghargai usaha penulisnya sepertimana komen anda ini…
terima kasih banyak.

suke ayat 2..tapi besh ag..nak tulis panjang-panjang pkir laju-laju..hehe:)

thnx taw awk jenguk eyka..:)

wah..motivasi betul awak eyka. moga tulisan dan blog eyka gempak nanti..boleh abgreds tumpang glamo gitu..

Assalamualaikum, abgreds,
tulisan yang pendek2 atau kata2 yang pendek2,
kadang2 buat orang berfikir panjang2.

wa’alaikumussalam lipislady..
terima kasih bagi komen. setuju dengan pendapat lipislady.. lihat saja peribahasa..pendek tapi padat..

bagus entri nih..pendek kata nak buat apa-apa pun kena fikir panjang-panjang. apa-apa pun happy blogging je,, =)

berblog cara santai je.. hati senang pembaca tenang
jangan bagi sakit hati sakit mata tu je…

Setuju..tulis pendek2 kena fikir panjang2..tulis panjang2 kena fikir lagi panjang..

macam Quran tu, satu huruf, satu ayat jer dah makan berapa halaman kalau nak bincang…pendek itu bukan pendek, pendek itu panjang!

Saya pun tulis post kasi pendek2..
Mungkin sebab kekangan masa..
Kurang idea..
Ada lebih baik dari tiada🙂

P/s: Terpulang kepada empunya blog🙂

pendek-pendek kalau disambung jadi panjang jugak cikgu..kan..
tu tandanya panjang akal.. idea sebeso bukit, ambik sikit sebeso busut, jadi esok-esok ada lagi…kan..

agak pening memula baca entri nih..tp last2 paham gak..hehe..

senang citer, nak buat apa pon pikir panjang2 dulu..

myfriends…encik sollehahn, maaf la terpening tu. ada muntah-muntah tak? ngee ….🙂

salam abg reds.hiha best jugak postng2 abgreds ni.hehe i read this post and i agree that,hihi.

salam juga untuk kamu fatimah..
terima kasih bagi komen ya. kamu nampak ceria saja, alhamdulillah….

Bila cukup tidur otak fresh boleh tulis panjang-panjang,bila badan penat,hati nak menulis tapi kaku bila depan laptop he3 (sayalah tu)
🙂

alah, bukan abg man je.. aku pun sama. kadang banyak idea. kadang kong jugak. cuma maintain jadual entri kalau boleh..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: