Blog Abgreds

PSP? Psikolinguistik!

Posted on: 22 November 2010

Beberapa hari lalu, saya diminta seorang kenalan untuk membantu beliau menguruskan sebuah majlis. Tugas saya senang, jadi PSP katanya.

PSP? Apa benda tu? PS2 tu taulah saya. Er.. setakat tau nama. Tapi tak pernah main benda alah tu.

Pegawai Seranta Program, kata kenalan tersebut. Huh? Sekali lagi dahi saya berkerut. Inilah bahana dah lama tak selak kamus.

Apa benda seranta? Macamana jadi pegawai seranta?

Ah kamu ni, Red. Lebih kurang macam pegawai perhubungan awam. Tukang umum itu ini kepada khalayak. Macam pengacara juga.

Pengacara? Eh, tak maulah. Saya tak pandai cakap-cakap depan orang ni…

Bukan suruh jadi pengacara. Cuma minta kamu buatkan surat-surat siaran ni, ujar kenalan abgreds. Kamu kan ada komputer, ada printer.., sambungnya.

Oh, kalau macam tu, bolehlah, jawab saya. Ini draft dia. Kamu sunting dan gayakan sikit bahasanya. Kamu kan pandai psikolinguistik, ujar beliau lagi.

Dan lagi dahi berkerut, psikolinguistik? Eh, mamat ni pandai pula bahasakan aku, kata hati saya. Apa benda psikolinguistik?, tanya saya pada dia.

Ah, malas aku nak layan kamu, Red. Buat-buat tak tau konon. Macamlah baru semalam kenal kamu. Balas beliau tersengih.

Zaman sekolah dulu, saya suka b a c a kamus. Memang faham jugalah entri yang asing-asing digunapakai. Tapi itu dululah! Dulu…

Sudahnya, terpaksa saya buka kamus online. Semak kembali kosa kata yang digunakan oleh kenalan saya itu.

Nampaknya beliau lebih tahu. Tapi beliau masih merujuk saya macam zaman sekolah dulu…eee..malunya kalau dia tau saya dah blur …hehehe..

Apapun, majlis tersebut telah selamat disempurnakan. Saya dapat juga siapkan tugasan. Tak taulah, memenuhi impian beliau atau tidak.

Tapi masa majlis tu, saya tengok dokumen yang saya siapkan digunapakai. Rasanya okeylah tu.

Lepas majlis, beliau datang mengucapkan terima kasih. Saya sengih saja. Aku dah agak, kamu punya psikolinguistik memang hebat, Red, kata beliau.

Tapi aku tak sangka, boleh juga aku psiko kamu, ya Red?

Aku kena psiko? Psiko apa pula ni?

Er..kau orang dah baca habis? Saya tak psiko kau orang tau… 🙂

28 Respons to "PSP? Psikolinguistik!"

Hairan betul kenapa ramai org suka guna perkataan yang bombastik? Terutamanya dalam perbualan biasa dan text tidak rasmi. Saya cuma guna perkataan sebegini dalam penulisan akademik yang memerlukan ketepatan bahasa agar tidak mengubah maksud penulisan. Tetapi dalam penulisan blog atau perbualan/majlis tak rasmi, pakai BM yang mudah difahami sahajalah..
Abgreds, kalau jumpa kawan tu lagi, jangan lupa bawa kamus lah..😀

dia ni kawan sekolah yang tau macamana saya kat sekolah dulu. tu la sejarahnya. dia saja nak sakat saya tu. tapi ada hikmahnya. terpaksa saya buka balik kamus untuk tahu maksudnya.
memang abang mail, kalau dia minta tolong lagi, harus kena bawa kamus haha..

terkesima jugak biler bace komen2 yang guna bahasa tinggi dan ‘daLam’ kat blog abgreds nih…

hurm..
ape pun.. komen dan sharing yg menarik…

mana tingginya mr gee..kalau orang tak paham tu baru tinggi.. ni cakap-cakap si marhaen jer..
makasih ya mai sini..

Assalaamu’alaikum Abgreds…

Hmm… ayat ni cukup mengesankan saya sebagai guru,

“abgreds tak sekolah tinggi bunda. tak sampai ‘u’ pun. manalah abgreds tau istilah tu . ”

untuk mengetahui sesuatu ilmu bukan terletak kepada sekolahnya, abgreds. tetapi kepada usaha dan budi daya kita untuk menguasainya. jangan membuat evalusi diri yang sedemikian. Ayuuh… terus membaca, belajar dan mengejar ilmu dalam apa juga jurusannya.

Bagi saya, siapapun abgreds dan dari mana pendidikannya, adalah manusia berilmu yang punya potensi tersendiri dengan bakat yang menyerlah. lihat sahaja gaya penulisan dan paparan minda yang dituang dalam setiap posting, sungguh menarik dan bernas. teruskan menulis dan berkarya dengan mantap.

Salam ceria di hari Rabu dari saya di Sarikei, Sarawak.😀

wa’alaikumussalam wbt bunda Siti..

terima kasih atas masa, tenaga serta buah fikiran bunda berkomentar di sini.

kenyataannya memang abgreds tidak belajar sampai universiti. tapi seperti kata bunda, belajar bukan diukur dari tahap institusi pendidikan saja..itu benar, dan rasanya kita semua tiada hentinya untuk terus menerus belajar..

abgreds amat menghargai sokongan dan motivasi yang bunda beri. jiwa pendidik nyata sudah sebati dalam diri. kiranya tiap saat sudah diwakafkan untuk berbakti. moga diberi ganjaran sebaiknya dari Illahi..

Masih membaca kamus..
akan terus membaca kamus..
mungkin keperluan dalam bekerja..🙂

sebab tu aku segan dengan cikgu cikgi ni…
terasa lak artikel aku entah apa-apa yek..

salam..
wah, psikolinguistik??xthu pun maksudnye…hoho..sy bkn org sastera ni…terasa diri dipsiko ke??hehehe

w’salam wbt tika..
abgreds pun tak pandai mana. tu ha puan Siti Fatimah dah terangkan tu..dia dah psiko abgreds..abgreds psiko ko balik heheh..

Assalaamu’alaikum Abgreds…

hahaha…. maaf ya, harus ketawa dulu membaca tulisan abgreds di atas. bagi saya posting ini santai, ringan dan memberi ilmu yang bermanfaat dalam kita mengenal dunia pembacaan dan pengolahan yang baik.

hai.. abgreds, tak kan tak tahu psikolinguistik kot ? betul tak tahu ni? Oklah, biar saya bantu memaklumkan maksud psikolinguistik ini. Hehehe… saya juga bukan guru bahasa ya Abgreds. Cuma guru psike’ (guru jiwa, sukma @rohani) sahaja. nanti dikatakan mengada-ngada pula.😀

Psikolinguistik ini bermaksud ilmu tentang hubungan antara bahasa dan perilaku juga akal budi manusia atau ilmu antara disiplin bahasa dan jiwa.

Ini bererti sahabat kenalan Abgreds mengetahui bahawa abgreds punya kekuatan dari aspek mengolah bahasa yang menarik, yang boleh mempengaruhi jiwa dan minda serta dapat diterima dengan mudah oleh pembacanya. Ada aura lah kata orang psikologi. Hehehe.

Kan hebat tu. salut ya abgreds. Saya berbangga sama dengan pengalaman dan kepercayaan yang diberi kepada abgreds. teruskan membantu sesama kita. hasilnya kita bahagia dan orang lain turut bahagia sama. Semoga allah merahmati abgreds selalu.

Salam mesra selalu dari saya di sarikei, sarawak.😀

wa’alaikumussalam wbt bunda Siti..

saya selalu jadi terkesima dengan bait-bait ayat di komen bunda. mengapa ya saya tidak dikurnia kerajinan dan keperihatinan tahap bunda hehe..(nampak sudah kemalasan abgreds)..apapun lebih dahulu saya berterima kasih atas ulasan bunda itu.

abgreds tak sekolah tinggi bunda. tak sampai ‘u’ pun. manalah abgreds tau istilah tu . pernah nampak atau terbaca, tapi tidak ambil pusing kerana tiada kepentingan. nah, bila berhadapan, barulah terkial-kial cari kamus untuk memahaminya. tak juga berapa faham pun sebenarnya…

jadi, berbanyak terima kasih atas pencerahan maksud yang bunda tuliskan tu. eh, tulisan ada aura sendiri ke? iya jugak la tu, kalau tidak masakan abgreds tidak jemu-jemu ziarah laman bunda tu… kuat tu auranya haha…

yang terakhir, terima kasih untuk panjatan doa bunda. kita semua sebenarnya akan senantiasa saling doa mendoakan satu sama lain sesama saudara muslim sewaktu kita solat..dan tentu sekali sewaktu menjalin silaturrahmi seperti ini..

Pertama kali dengar ni..dalam bahasa yang senang tukang auta kot.. :)(pengarang ucapan)

tukang auta? marah orang dbp abg man… kalau rajin pergi semak kat kamus online tu. aku pun tak reti nak kasi terang huhu…

sama!
saya pun suka baca kamus dewan masa sekolah dulu.tapi skang dah lama tinggal…dan banyak pula kosa bahasa baru dalam kamus dewan edisi ke-4 ni.kadang2 blur sebab dah lupa lama tak guna pakaikan…huhuhu

kita serupa…kita serupa…hehe…
apa nak buat rose..kita setiap masa memang kena belajar..tapi bukan setiap masa jadi budak sekolah,kan..
tu la pasal sikit-sikit hobi yang berfaedah macam tu tercicir…

hehhee. psiko.

nge.. pakar psiko dah mai dah… tuan-tuan…perkenalkan…sister garang mia…🙂

Salam…

Subjek ni ada belajar dulu di “U” tp skrg otak dah berkarat…
Kawan abgreds tu mmg tak salah pilih, iza baca nukilan abgreds pun rasa tertambat hati, tak jemu membaca….
Tahniah…

w’salam kak iza..
ramai juga tu ex-psikolinguistik di kalangan pembaca blog abgreds..
dan telahan kak iza pasal abgreds tu…no komen..
makasih atas komennya kak iza..

abgreds ~ xboleh komen di entri saye ke abg red?
thanks for ur word…i’m appreciate it abgreds…

Psikolinguistik nie subjek feveret saya masa kat Universiti dulu..
=))))

ha’a..laling eh, husna…wordpress ni ada masanya biol gak. orang dah masuk pun disuruh login-login..
kalau faham boleh le kongsi kat sini apa benda tu.. abgreds paham sikit-sikit jer, terus tenyeh je dalam entri haha..

Kunjungan sore, apa kabar?

abgreds baik-baik aja. harap mila pun okey ya..

fuh!! tinggi-tinggi bahasa yang diorg guna pakai..
mau krem saraf neuron nak antar impuls nih.. heheheheh…

ha’a mr gee. dia orang ni bukan kira kita ni dah ‘pencen kamus’.
tapi sempat juga mr gee tulis komen sebelum krem saraf tu…makasih lo…

Salam Abgreds…Selamat Hari Raya….eemmm macamana linguistik yang telah dipsikokan tu ye?…ada macam cakap tak serupa bikin ke? atau ayat berbunga bunga ke? atau banyak personifikasi dan bahasa sinikal ke? he he he..betul ke bahasa saya tu…almaklumlah,saya bukan cikgu bahasa…

w’salam cikgu..wah, lama juga blog cikgu cuti ye…
kalau ikut definisi tertulis, mau pening nak fahamkan. dan abgreds pun bukan cikgu, apalagi cikgu bahasa…cuma tergerak nak tulis perkataan yang digunakan kenalan abgreds tu.
ikut fahaman sendiri, rasanya sama kot dengan kata mempengaruhi atau kata budak-budak sekarang ‘usha’.. kot jer..
mungkin ada pakar bahasa yang boleh tolong jawabkan..🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,899 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: