Blog Abgreds

Edisi retro : layang-layang

Posted on: 25 November 2010

Bab satu – buat layang-layang.

Ambil kertas suratkhabar. Bentangkan. Gunting empat segi sama. Ambil lidi penyapu dua batang dan ikat di kedua belah pangkal. Letak lidi yang dah telah diikat di atas jari. Buat timbangan. Panjang mesti sama. Berat mesti sama. Kalau pakai buluh diraut pun sama. Mesti mau seimbang. Lidi atau buluh untuk tulang layang-layang pun kena buat.

Pergi toreh pokok getah. Tunggu sekejap. Dapat dalam setengah cawan getah dah cukup. Bawa susu getah ke ‘pejabat operasi’. Sapu dua sudut kertas suratkhabar dengan susu getah. Tunggu sekejap. Agak-agak nak kering, ambil lidi/buluh sayap layang-layang. Lentur hingga hujung sudut suratkhabar. Lipat kertas dengan lidi/buluh berada di dalamnya.

Letak tetulang layang-layang. Wokeh! Siap dah badan layang-layang. Sekarang buat ekornya. Gunting memanjang, kira-kira lebar tiga jari (?). sambung satu-satu. Lekatkan pakai susu getah. Agak-agak panjang lapan kaki (?) cukup. Sambung ekor layang-layang ke badan layang-layang. Dah siap!

Bab dua – buat tali layang-layang.

Pergi kedai runcit wak Jaman. Beli tali lembu tiga posen. Dapatlah dalam empat hasta (?). Bawa tali lembu ke ‘pejabat operasi’. Pegang pada satu hujung. Panggil seorang kawan, suruh pegang hujung satu lagi. Pusingkan tali lembu ikut arah lawan ia dipintal. Pusing sampai pintalannya longgar.

Panggil lagi seorang kawan. Suruh dia ambil utas-utas kecil tali lembu tadi. Tarik seutas demi seutas. Utas kecil yang telah ditarik diletak pada pokok cenderai. Panggil lagi seorang kawan. Kerja dia ialah menyambung utas-utas tadi menjadi ‘tali tangsi’.

Panggil lagi seorang kawan. Mulanya dia kena cari empat lima tin susu atau tin sardin. Dah dapat, pergi ke ‘pejabat operasi’. Kerja dia menggulung ‘tali tangsi’ untuk menjadi tali layang-layang. Buat sampai sorang satu dapat satu ‘set’ tali.

Dah siap tali? Pergi ikat pada layang-layang. Mari kita main layang-layang! Eh, alamak hari dah petang. Angin mati. Baliklah. Main esok sajalah. Okey, kawan-kawan, balik dulu. Jumpa esok.

Bab tiga – hujan!

Punyalah excited nak main layang-layang, pagi-pagi buta dah bangun. Basuh muka tak. Kencing tak. Terus tengok layang-layang. Sengih.. dah imagine layang-layang dok melayang liang lintuk membelah angkasa!

“Red !! buat apa tu?!” Suara ‘rimau’ dah mengaum. Hish kakak ni, sibuuukkk aja. “Hah, jangan gatal-gatal nak main. Pegi kencing, lepas tu basuh muka, lepas tu sarapan. Karang ikut kakak pungut getah beku!” alamak, camana nak main layang-layang?

Pukul satu dah. Kejap lagi pukul dua, boleh mula ‘operasi’. Tangan bau getah sekrap (getah beku) lagi. Dah tenyeh pakai limau nipis, bau lagi… ah, bau-baulah, yang penting petang ni mesti main layang-layang. Mesti..mesti….mesti……..z .. zz …. zzz….

 Buka mata saja, terus tengok tingkap. Alamak lagi, hujan pula dah! Duduk. Terkebil-kebil. Gosok-gosok mata. Korek hidung. Toleh kat layang-layang sekejap. Huhu.. air mata dah keluar. Kakak rimau jeling kat aku, “ ha, pergilah main. Pergilaaahhh…” tak apa kau kak. Nanti Red main, jangan harap nak bagi kakak!

Hari ini tak boleh main layang-layang, hujan. Hem…, esok lagi!

Bab empat – cari tempat melayang layang-layang.

Kalau musim konda-kondi ke, atau musim ting-ting, atau musim galah panjang, tak susah nak cari port. Laman rumah banyak. Tapi kalau musim layang-layang, fuh, jenuh beb! Padang sekolah kalau tak booking awal, dah tak dapat masuk.

Bebudak yang rumahnya tepi padang dah congquer. Kadang ajak geng dari kampong sebelah. Padang pun bukan besar. Dua tiga group joint, habis penuh. Hem, cari port lainlah. Melilau biji mata. Tak jumpa. Panggil kawan meeting. Cari tempat nak main layang-layang.

Usin kata kebun wak Asim baru diperun- nak ganti pokok getah dah tua. Apa lagi, serbu! Tiba saja kat sana, dah ada yang parking. Tapi masih ada tempat. He he.. dapat juga tengok layang-layang ni terbang melayang. Seronok sungguh. Sedar-sedar hari dah petang.

Malam. Lepas mandi tadi, tengok layang-layang lagi. Esok nak main baik punya. Tali tangsi dah tambah lagi segulung. Mesti lagi tinggi dia naik nanti. Dan jadi juara!

Esok, pagi-pagi dah sampai kebun wak Asim. Tak ada orang lagi. Main seorang diri. Pukul dua – tidak ada orang lagi. Aik? Mana pergi semua orang? Pukul tiga… Ijam datang. Tak bawa layang-layang pun?

Mana layang-layang kau Ijam? Apalah kau ni Red. Musim layang-layang dah habislah. Dia orang ‘start’ main galah panjang…!

p/s : secebis kenangan era lapan puluhan…

 

34 Respons to "Edisi retro : layang-layang"

bestnya entri ni..serius teringat zaman kecik2..main kat padang sekolah..lepas tu bila layang2 dah naik,rasa kagum..hehe

makasih rol.. banyak sungguh momen indah dulu-dulu… nasib baik ram aku sihat lagi boleh detech menda tu…best weh!

salam abangreds..

huhu teringat zaman kecik2 buat layang2 ni dgn kertas suratkhabar..kalu takde gam siap cilok nasik dlm periuk wat ganti gam..hehe

w’salam kalamhati..
aku pun pernah cilok nasik buat gam…baru tanak pun pernah..panas berasap..giler lelayang punya budak!..haha..
makasih bro singgah sini..

Salam,

Sebijik masa kecik2 dulu he3…eh ada main susun tin tak he3..

kalau dah sezaman tu ada la abg man..
susun tin, susun selipar, ‘boling’ tanah, buaya-buaya, aci tiang..hem..kenangan..kan?

Selamat bermain layang2.
*maaf kalo gak nyambung komentarnya, kurang paham dengan bahasa Malaysia😀
Salam kenal aja yah😉

haloo zippy..salam kenal untuk kamu mas..
tak apa tentang komentar mas itu, saya juga kurang faham bahasa Indonesia tetapi kita sama-sama bisa belajar kan…

suke post ni..!!😀

hai irnie..makasih mampir blog abgreds dan tulis komen ok..

red! buat apa tu! ;p

ko ni maCy..bueknyo aku ada heart attack tadi..main sergah-sergah pulok mu…

halo mas jumpa lagi😛

oh ternyata yang punya orang malaysia, hhe salam kenal mas. Pantesan tadi aku agak bingung bacanya, bahasanya agak beda mas🙂

halo mas cahya..
walaupun berbeda, tapi masih dimengerti sedikit-sedikit? itu tandanya kita serumpun.. bisa dong belajar..saya kalau melawat blog sobat Indonesia juga ada yang mengerti dan ada yang tidak..🙂

wah seronok main layang-layang.

masa buat tu dah seronok ummuuswah..

waktu kecik2 dulu, saya n abg saya, selalu kumpul duit kepingan sen sen …untuk beli kertas warna warni dan kidnap penyapu lidi mak, pergi kat pantai buat layang2 …kegembiraan yang tak terkata melihat layang buatan sdiri melayang di tiup angin2 petang …ooo so miss tym2 dulu …

memang puas melihat hasil kerja sendiri dapat beraksi. zaman kanak-kanak dulu memang mencabar dan menarik.

Kalau kami di Sabah pada zaman kanak-kanak dulu… kami guna getah daripada pelepah rumbia… TQ kerana share… terkenang di zaman kanak-kanak dulu….

di sini juga ada guna getah pelepah rumbia tapi untuk lelayang bersaiz kecil. untuk yang besar kami guna susu getah..

Salam, Cikgu kecik2 pandai buat layang2, abang ajar. Tapi dok kampong yg banyak pokok camner layang2 nak naik…hmmm.

best2…lama tak men layang2…

dak2 skang da tak reti buat layang2 sendiri…semua beli jer..pasang siap…

Salam perkenalan.

Hehe. Kenangan terindah tu.🙂 Memang seronok bila teringat semula.

salam untuk anda juga hadi..
dulu-dulu semua kena kreatif kalau nak apa-apa termasuk bermain dan riadah..

best wehhh.. hahahha

kenangan kecik-kecik dulu mia..

teringat zaman main layang² kat kampung.

sesekali flashback bro…

Pokok getah saper yg ko blasah abgreds…?????nakal ghopenye….main konda kondi…hu hu huuu bestnyee..dulu dulu kalau turn kita ketuk kayu kat lubang tu,sengaja target dahi orang yang sambut kayu tu..he he…

oit cikgu, kita bukan belasah..kita siap mintak ijin.. atuk moyang..cucu nak mintak getah yo…haha..
bebudak tak nakal buat apa? nakallah best..
ha, cikgu lagi dasat, main konda kondi siap dengki lagi…🙂

huhuhu cepatnya musim bertukar, baru naik layang dua kali dah bertukar musim galah panjang! siapa yang kawal musim tu ye?

kat kampung dulu susah nak jumpa pokok getah nak buat gam , jadi guna nasi sebagai gam.

haha.. aku pun pernah guna gam nasi abg azam.. biasalah masa tu mana ada gam cap kedai..

musim-musim tu tah sapa le yang mula dan abiskan..tau-tau dah tukar..

seronok kan tgk layang2 terbang tinggi… =)
masa kecik2 dulu pernah gak main tapi masa zaman saya,orang dah kurang nak main layang2 dah…

baru minggu lepas ke taman layang2 kepong.seronok tgk ramai orang main layang2 kat sana… =) nanti nak pergi lagilah.

sekarang layang-layang pakai beli punya kurang seronok. abgreds merasa zaman buat layang-layang sendiri seperti kisah entri tu..hu..best amat!

lagi buat team konon-konon geng layang-layang terlampau…hak hak.. tapi mana boleh lagu tu je kan..zaman berubah, kita pun kena berubah juga..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: