Blog Abgreds

Archive for Disember 2010

Mula-mula gue ucap selamat dan tahniah sama timnas gue Malaysia. Gue juga ucap selamat buat timnas tetangga gue Indonesia.

Jangan ribut-ribut segala, inikan cuma sepak-sepak bola mas. Ya udah adat tornomen ada menang dan ada kalah. Terima saja ya.

Gue juga mau ucap terima kasih kerna begitu prihatin akan keselamatan timnas gue hingga perlu guna kereta perisai segala.

Gue tak mau tulis bicara gue sendiri. Gue rakyat marhaen yang tidak mengerti bicara tentang sepak bola. Biarlah gue bicara selayaknya gue orang biasa.

Bicara ini pun bukan asli daripada gue. Gue ambil bicara teman tetangga gue yang gue kira rakyat biasa seperti gue juga.

Dia mengira begini :

sumber google

Ya, pandangan yang tiada profesional dari lingkungan sukan sepak bola bukan? Tapi gue kira itu pandangan yang bagus juga!

Kita sekaliannya tidak boleh menyalahkan dia atas pendapat pribadinya itu. Dipikirin dong maksudnya! Boleh jadi juga bukan?

Walau saat apa kita berhadapan, mikirin tentang kekuasaan Allah dan kaitannya dengan apa jua perihal dunia ini bukankah bagus?

Jadi itulah yang buat gue tertarik. Jadi gue mahu syer sama kamu apa yang dipikirin oleh sesetengah kalangan kita.

Biarlah yang lainnya mikirin kok boleh kalah? Kok penaltinya tidak masuk? Kok lasernya tidak mampan? Kok bolanya bulat?!  🙂

Pada teman siber dari tetangga Indonesia, gue minta ampun minta maaf. Gue bukan mahu berkonfrontasi sama kamu. Tidak sama sekali.

Gue cuma mau mengingatkan diri gue sendiri bahwa ada di kalangan kita yang fikir mindanya begitu dekat dengan agama. Sentiasa mengingat Dia Yang Maha Esa Maha Mengetahui..itu saja…

Kan bagus kalau kita juga boleh mikirin seperti dia? 🙂 🙂

Semasa mengemas sebuah kotak, aku terjumpa sebuah buku pra-sekolah keluaran Cerdik Publication Sdn. Bhd. tahun 2002.

Buku tadika? Ehm…ingat nak jual saja dengan tokei surat khabar lama. Apa barang aku yang tua bangka ni nak baca buku tadika..kan?

Baru saja aku nak lempar, mata aku terpandang muka belakang buku tu. Sekali aku pun bacalah apa yang dia tulis…emm? Huh? Tak faham aku….

Maksud aku, aku tak faham kenapa aku tak boleh faham apa yang dia tulis? Wei…ini buku pra-sekolah …tak kan la tak faham! Buat malu saja.

Aku printscreen dekat sini bagi kau orang baca…ada faham? Hehe… aku tau ada yang tergaru-garu kepala macam aku jugak…tak pun aku seorang saja yang tergaru-garu kot!  🙂

Empirisisme, nativisme,interaksionisme…kau orang tahu maksudnya? Tak tahu macam aku? Haha..mari masuk sekolah tadika beramai-ramai!

Untuk pengetahuan, perkataan empirisme itu samada tersalah eja atau kecuaian pembaca pruf, atau memang ada perkataan itu. Yang aku jumpa ialah empirisisme.

Itulah tadi bukan main eksyen, nak buang… konon dah pandai la ..sombong tak mahu belajar. Sekali ambik kau!

Baiklah, aku mengaku memang tak tahu maksud perkataan tersebut. Jadi aku semaklah dengan kamus online DBP…eh, tak ada pun perkataan tu.

Aku dah naik pening dan sekali gus malu juga weh. Buatnya ada budak-budak pra-sekolah yang faham menatang tu…

Akhirnya aku semak kamus terjemahan BI-BM Oxford. Dapatlah aku gambaran sikit tentang perkataan tu. Itupun ambil kata dasar dalam BI.

Untuk keseluruhan maksud, aku masih terkebil-kebil. Macam malas nak fikir. Tapi aku ni pula jenis selagi tak faham selagi itu la terfikir menatang tu.

Kadang aku tertanya, apakah tidak ada perkataan lain dalam bahasa yang lebih mudah untuk menyampaikan maksud berkenaan?

Adakah penulisnya mahu menyebarluaskan penggunaannya, atau menjaga imej beliau sebagai penulis profesional?

Entahlah… cuma dia dan keluarga dia yang tahu..opss..Allah Taala dah tentu tahu la…(usik-usik kak Norah je -penulis buku tersebut.)

Aku tahu kat luar tu ada kawan-kawan yang arif lagi bijakana. Tolong la bagi tahu aku maksud perkataan tu ye..

Tolong kami…bantu kami…anak-anak kurang ilmu…. 🙂

Saya cuba menjawap kemusykilan daripada sahabat maya LadyBird.

“Apa pendapat Abg Reds jika perkahwinan tanpa restu ibu si lelaki..
sedangkan perempuan dan lelaki tu dah berjanji untuk berkahwin?”                                        
  

Sedikit umum soalan ini. Apakah maksudnya : yang mana lebih utama – janji berkahwin dengan bakal isteri, atau taat atas ibu sendiri..?

Kita juga tak tau kenapa ibunya tidak merestuinya? Apakah ibunya sudah diperkenalkan kepada bakal menantunya itu?

Adakah ibunya tahu pemuda itu sudah berjanji untuk berkahwin dengan calon menantu tersebut? Apakah alasan ibunya itu berlandaskan syarak?

Ini ulasan saya :

1. Pemuda itu ada pertalian darah dengan ibunya hingga ke akhir hayat. Adalah menjadi tanggungjawap dia untuk memberi keutamaan kepada ibunya berbanding yang lain-lain termasuk janji kahwinnya itu.

2. Pemuda tersebut sepatutnya berbicara terlebih dahulu dengan ibunya perihal bakal isterinya. Mungkin ibunya ada nasihat atau pandangan yang mahu diberitahu kepada pemuda itu.

3. Pemuda itu tidak sepatutnya berjanji jika diketahui olehnya masih ada perkara yang belum beres urusannya. Ini untuk mempastikan dia tidak terbeban atau terikat kata kepada sesiapa.

4. Jika alasan ibunya tidak memberi restu berdasarkan syariat, maka ibunya di landasan yang benar dan pemuda itu harus akur serta mencari jalan agar calon isterinya berubah ikut saranan ibunya berlandaskan ilmu agama.

5. Jika alasan ibunya berdasarkan akal fikiran sendiri seumpamanya, kerana harta dan pangkat, atau kerana janji keluarga dan sebagainya, maka pendapat itu tidak hak dan boleh dipertikai atau dibincangkan semula.

6. Untuk perkara (5) di atas, pemuda itu boleh berbincang menasihati sendiri ibunya sekiranya dia mampu dan berilmu. Jika tidak, dia perlu mencari orang yang boleh memberikan nasihat kepadanya ibunya.

7. Ibu dan anak boleh sama-sama berusaha memberi atau menerima yang terbaik masing-masing termasuk soal jodoh. Masing-masing perlu berdoa, solat sunat istikharah, sunat hajat dan lain-lain memohon petunjuk.

8. Bagi pihak ibu/bapa, mintalah petunjuk bagi pihak mereka untuk jodoh anak mereka…sama ada beri restu atau sebaliknya. Pemuda pula minta hidayah bagi pihak dirinya pula sama ada gadis itu adalah jodohnya atau bukan. 

9. Kesemua itu menuntut kembalinya pemuda dan ibunya kepada Allah SWT. Insya Allah, dengan keihklasan mereka beribadah, berdoa dan bermunajat, akan terpancarlah sinar cahaya kebenaran.

10. Untuk pengetahuan, perkahwinan tanpa restu ibu bapa adalah sah tapi tanpa redha Allah kerana redha Allah itu datang bersama-sama redha atau restu ibu bapa.

11. Jika diamati, kes kahwin tanpa restu banyak berlaku di kalangan mereka yang kurang ilmu serta didikan agama. Kalau hidup menjauh dari agama, tinggal sembahyang tinggal puasa, macam mana nak dapat petunjuk?

Itulah ulasan saya yang nampak sebijik karangan SPM.. 🙂 .

Dia dah kahwin. Ada anak. Jumpa Abgreds tempohari. Pening, katanya. Nak menumpang telinga Abgreds untuk mendengar luahan hatinya.

Dia sayang isteri anak dia. Dia cuba berikan apa yang terbaik. Tapi mungkin masih ada yang kurang di mata isterinya.

“Aku dah beli rumah. Aku beli kereta. Makan pakai insya Allah. Mungkin aku tak sekaya yang diharap isteriku”, katanya lagi.

“Kau tak beritahu isterimu?”, tanya Abgreds.

“Dulu-dulu beritahu. Tapi kelihatannya seperti kemahuannya makin tambah. Mintanya makin banyak. Aku sudah kehabisan ikhtiar. Lalu aku terdiam beberapa waktu”

“Aku sayang isteriku. Dia baik. Aku takut dia terlepas sangka padaku?”, terangnya. “Macamana tu?”, tanya Abgreds. Kurang jelas.

“Aku takut dia menyangka sesuatu yang tiada padaku. Misalannya aku tidak berusaha sekuatnya. Atau aku tidak menjaga kebajikannya. Tak sayang padanya. Sakiti hatinya…”

“Dan aku juga takut andai sangkaannya lebih kuat dari itu”.

“Lebih kuat?”, tanya lagi Abgreds. Kurang ilmu…jadi asyik kurang jelas.

“Ya, lebih kuat. Mungkin hingga dianggapnya aku ni kejam dan zalim dan menganiaya dia dari sebab kemahuannya tidak tertunai.., bagaimana Red?”

Waduh, kompleks juga masalah abang ni, fikir Abgreds dalam hati.

“Isteriku akan mencuka masam bila aku gagal penuhi permintaannya. Aku dah jelaskan. Dia macam tak percaya. Itu yang aku sedih, dan terkadang agak marah…”

“Tapi aku tak mau zahirkan marah aku depan dia. Sebenarnya aku akan cuba tahan marahku, Red. Kalau aku marah, tak pasal-pasal dia berdosa pada aku. Sedangkan dia tak tau. Dia ingat aku biasa saja…

Betul juga kata kawan Abgreds tu. Walau sehebat mana ujian Allah melalui karenah si isteri, suami yang hebat akan cuba menahan amarahnya.

Kerana dia tahu, isterinya di kebanyakan waktu, tidak tahu atau tidak perasan, perbuatannya itu menyakiti hati suami.

Jadi, mengapa dia harus memarahi isterinya atas perkara yang si isteri tidak sedar akan kekhilafannya…

Biarpun susah meneka diam para suami, kalangan isteri haruslah berusaha memahaminya. Kadang diamnya suami itu untuk menyelamatkan isteri dari jatuh dosa dan derkaha tanpa dia ketahui.

Itulah antara perkara yang menyebabkan kaum bapa menjadi lebih pendiam. Pun begitu, kita mesti ingat bahawa Allah Taala itu Maha Adil.

Dia (Allah) juga Maha Pengatur. Adalah hikmahnya disebalik setiap suatu yang kita pandang seperti tiada persefahaman seperti itu.       

Wallahualam

Nota : memang kedapatan juga suami yang ternyata berperilaku di luar batasan, tapi itu bukan fokus entri ini…

Dah hampir enam tahun aku buat benda yang sama setiap bulan – bayar ansuran kereta. Empat tahun terakhir aku bayar guna cek.

Tak pernah lat. Bayar lebih dari amaun sepatutnya. Tak la lebih mana. Genapkan saja. Sekarang ada terlebih bayar sebulan lebih.

Sekali peristiwa, aku terlupa nak catit tarikh pada cek aku. Langsung aku tak perasan. Macamana boleh tak perasan? Terberanganlah aku ni…

Member kat bank penerima telefon. Dia kawan baik aku. Luar bank pun kamcing. Dulu kalau bayar tunai selalu tuju kat dia minta buatkan.

Dia cakaplah, “Red, cek ko tak ada tarikh ni. Mana boleh bank in”. “Iya ke? Eh, Mat, ko tulis je lah tarikh dia. Aku lupalah” jawab aku.

Gila ko!” Tiba-tiba terkena ‘gila’ aku. “Mana boleh”, sambung Amat lagi. “Eh duit aku cukuplah. Ko bukan tak tau”, balas aku.

“Bukan soal ada duit ke tak ada duit. Memang pantang bank macam tu”, terang Amat lagi. “La, gitu ke? Mana aku tau” akhirnya aku surrender.

Dalam kes macam ni, kawan baik ke, track record baik ke, semua belakang kira. Jangan sentuh apa-apa kat cek tu, cerita Amat lagi.

Amat suruh aku pergi bank ambil surat pengembalian. Perh.., surat tu siap dengan gambar cek aku depan belakang. Pen merah tanda kat tempat tarikh yang kosong. Aku kena tandatangan penerimaan surat.

Kata Amat, nama aku dah masuk senarai cek tendang kali pertama. Kalau masuk tiga kali, akaun aku kena gantung. Hoho..dah kena amaran nampaknya.

Aku akui silap tertinggal tarikh. Tapi tak tau sampai macam tu bank punya prosedur. Ertinya institusi perbankan ni memang mengutamakan prinsip serta tegas dalam kawalseliaannya. Itu memang baik.

Lagi satu pantang bank, kata Amat, jangan sampai akaun tak balance. Kalau tak seimbang biar satu sen pun, kena cari sampai dapat kat mana silapnya.

Kalau akaun yang silap tu antara duit rekod dengan duit fizikal, hah, ko carilah satu sen tu sampai dapat. Jangan memandai top up sendiri.

Karang ko top up, sekali satu sen yang hilang tu ada orang jumpa, hah, dah jadi dua sen. Tak balance lagi.

Dah jadi kerja lain pulak nak cari dari mana datangnya satu sen yang lebih ni. Sekali dia orang dapat detech ada orang top up sendiri.

Siapa tu? Engko nak ngaku? Kalau tak ngaku, satu office kira salah, ko nak macam tu? Kalau ngaku…jawapnya…hehe..aku pun tak tau…

Aku bukan kerja kat bank. Korang tanyalah kawan-kawan korang yang kerja bank tu. Aku cerita kisah aku saja.

Ada kerja adalah masalah. Ada masalah adalah kerja! 

Penulis (abgreds) berasa cukup kerdil dengan kunjungan tetamu saudara penggiat seni dan sastera tanahair, penyair Marsli N.O.

Beliau menitipkan sebahagian diniharinya untuk menjengah blog penulis, saat penulis sendiri terbungkam diselimuti mimpi.

Apatah lagi dengan titipan komentar yang membina itu, selayaknya menambahkan yakin kepada penulis bahawa beliau sememangnya seorang pecinta bahasa dan sastera yang tidak asing lagi.

Terima kasih saudara Marsli. Barangkali beliau dapat menyelami sedikit sebanyak persekitaran hidup penulis berdasarkan apa yang tertera di blog ini.

Mungkin saudara Marsli terlihat namanya dalam senarai blog di laman ‘Seni dan Sastera’ blog ini. Memang itulah sebahagian dari diri penulis.

Penulis berpendidikan sastera. Bukan jurusan bijak pandai iaitu aliran sains. Itulah kemampuan penulis dalam akademik.

Bagi penulis, kita semua ada bahagian hidupnya masing-masing. Untuk penulis dan saudara Marsli, serta sekelompok yang lain, kami ditakdirkan mendapat didikan sastera, lalu meminati dunia kesusateraan.

Anda pula ada bahagian anda. Kecenderungan, minat dan gaya hidup yang berbeza pula. Itu skema kita. Itulah skema kehidupan.

Saranan saudara Marsli akan penulis usahakan. Penulis akan merajinkan diri untuk cuba berubah seperti itu.

Semoga saudara Marsli dan rakan-rakan dalam dunia kesusasteraan akan terus berkarya dan berjaya dalam apa jua yang sedang kalian diusahakannya.

Penulis akan cuba menjejaki pesanan dan wawasan saudara yang lain lewat puisi dan karya saudara itu, insya Allah.

Sekali lagi, terima kasih atas kunjungan saudara.

Orang kahwin ada senyap ke? Kan bising kan? Lagi-lagi yang pengantin baru..haha..jangan cuak. Kawan bukan nak buat cerita lucah.

Minggu lepas kawan pergi memenuhi undangan walimatul-urus seorang jiran. Baik orangnya. Selalu lalu depan rumah kawan naik basikal.

Namanya pak leman. Rumahnya tak jauh dari rumah kawan. Tapi berpeluh juga kalau naik ‘kaki’. Jadi, kawan naik motor ke sana.

Satu benda yang kawan cukup tak berkenan pasal majlis kahwin ni, kat tempat kawan ni la, ialah pasal sound system dia. Adooyaiii….

Dah bagi kad jemputan. Ada peta lengkap. Taruk banner kat simpang. Letak bunga manggar kat lampu isyarat. Cukuplah tu.

Tak aih.. Depa nak juga bagitau kat mana rumah pengantin ni. Lalu dipasanglah lagu kahwin. Upah deejay. Pasang box besar-besar. On!!

Bedegum bedegam! Dengar macam dah dekat. Rupanya nun jauh kat sana. Bila sampai jer… telinga ni dah pekak dah. Nak cakap pun tak boleh.

Bayangkan, kawasan dah la tak besar. Cukup-cukup letak dua khemah makan. Tempat rewang, tempat buat air, tempat deejay tu pun dok tumpang porch jiran-jiran. Eh…nak jugak sumbat box music tuh…hampeh betul….

Jadi, dari box tu dengan tempat makan jarak cuma lima nam kaki. Tak ke memekak namanya! Tu la rupanya kerja kahwin tempat kawan ni.

Tapi tu rumah lain. Rumah pak leman kawan tabik spring! Bagi kad jer. Tak ada banner. Bunga manggar cuma cacak kat laman. Cuma buat lawa-lawa.

Yang best, tak ada muzik degum degam tuh.. senyap jer…baru pengantin baru boleh kahwin! Ops…syasyul lagi… 🙂

Bagus la awak pak leman. Senang sikit telinga kawan. Nak makan pun selera. Nak gebang pun senang. Tak payah nak cakap “..aaa..apa ko cakap… aaa…” macam tempat lain tu.

Kawan sedih sebenarnya tengok budaya kerja kahwin yang memekak gitu. Kalau rumah ko banglo. Laman besar macam padang. Ha, buatlah.

Letak jauh sikit kotak speaker tu. Taklah mengganggu tamu nak makan. Tamu nak cerita. Tamu nak bisik ke. Nak gosip ke..tak gitu?

Ini laman dah la tumpang jalan tar kerajaan. Tempat sempit. Ambil nasi berlaga punggung. Pun nak juga bagi glamer sakan.. aduhhh..

Kawan harap ada la kalangan kita yang masih sekufu cara fikirnya dengan pak leman. Majlis sederhana. Tetamu ceria. Tiada gangguan bunyi.

Kita kan ada rujukan. Rujuklah. Buat apa yang disarankan. Mudah-mudahan majlis akan lebih berkat dan lebih bermanfaat. Tak payah tambah itu ini…

Kepada bakal pengantin, baru jadi pengantin, dan pengantin-pengantin lama, Selamat jadi Pengantin. Semoga berbahagia ke akhir hayat.

Kalau buat kerja kahwin, bagitau la kat orang. Kalau kahwin, jangan kecoh pulak. Senyap-senyap jer…syyyy…….. 🙂  🙂


Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 55,016 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my