Blog Abgreds

Selalu jumpa selalu lupa.

Posted on: 1 Disember 2010

sumber :google

Apa yang korang selalu jumpa? Banyak benda… Tapi aku nak citer pasal kemalangan. Selalu jumpa, kan?

Apa pula yang korang selalu lupa? Sikit-sikit adalah… tak apa, aku cuma nak ingatkan satu hal yang kita selalu lupa bila jumpa kemalangan.

Babak satu – baca pasal eksiden :

Nurin inn (kawan cik inn tv3) : …satu kemalangan telah berlaku… dahsyat…enjin bas mati…melaporkan untuk tv3…

Samdiddy : apsal la eksiden kat sini..aku nak pi niaga pasar lambak ni…aduhh…time lambat time tu eksiden

Zikkro : eksiden? Siapa? Awek? Ooo nenek…aisey…err..tak pelah, karang – karang adalah yang nolong tu…

Missgigee : kat mana, Sabah? Bukan..abis tu Muo? Oh tu tempat abgrod tu..dia pun ejen insuran, tanya dia…

Manlengkuas : plat mana? Plat mana? 3758 ..ker.. 8758…eh ni yang sumbing dia mana ni? Cepat carik…!

Abg azamani : bos, lori tarik (tunda) dua…cepat bos!…dua bijik bos..jalan sulaiman…komisen aku jangan lupa bos…

Hanis rose zulikha : pssstt nurin inn… mana cameraman …dapat interframe sikit sikit jadi le ngee…

Babak dua – baca bila jumpa eksiden : 

Solehman : astaghfirullah…ya Allah, aku bermohon ampun di atas dosa-dosaku, dan ampunilah dosa saudaraku itu …

Nurul husna : innalillah…ya Allah, daripada-Mu kami datang, kepada-Mu lah kami akan kembali….

Kairol ghan : subahanallah…ya Allah, maha suci Engkau…yang lebih mengetahui apa yang baik untuk hamba-Nya..

Babak tiga – LUPA baca bila jumpa eksiden :

Inilah insiden dalam eksiden itu…apa dia? Lupa baca da…

Puan siti sarawak (bunda gue ni…) : alhamdullillahilazi…segala puji bagi Allah yang MENYELAMATKAN aku dari sesuatu yang Allah menguji untukmu…

Lain kali kalau jumpa eksiden, jangan lupa baca doa-doa kat babak dua tu ya. Dan yang penting doa untuk diri sendiri seperti babak tiga tu…

Mudah-mudahan dengan doa yang kita baca tu, kita akan terhindar dari ujian kemalangan seperti yang kita baru saksikan tadi.

Nota : doa-doa tu tentulah merujuk mangsa eksiden yang seagama dengan kita. Ayat lengkap doa-doa tu boleh rujuk laman doa / ustaz-ustaz .

p/s : pinjam nama kembor kau orang untuk barisan pelakon…boleh kan?🙂

32 Respons to "Selalu jumpa selalu lupa."

Menarik..Terbaik..
Nilai pengajaran banyak didapati..
Nama2 pelakon pun bleh tahan..
Nilai komersil tinggi :p
hehehehe

ha..ko jangan tukar profesion yer miss gigee..
karang merajuk pulak murid-murid kat sekolah tuh..🙂

yelah..macam2 ragam manusia..tapi Omu lebih pada babak 2..sentiasa ingat Allah..

5 tips slimming must not Avoid

okey omu. mudah-mudahan hidup omu diberkati okey..

terima kasih berkongsi abg reds,,selalu ucap asgtagfirullah dan innalillah je jika jumpa musibah.

macam tu pun baik juga eiela.. yang penting doa bila tengok eksiden..bukan tengok kosong jer..

lumrah manusia yang sentiasa saja lupa

betul misz nana… dan fitrah manusia juga mahukan kebaikan seperti belajar doa dan lain-lain..
terima kasih dan salam kenal untuk misz nana.

Betul juga. Kadang2 kita terlupa untuk berdoa. Kita lebih sibuk dengan kemalangan itu.

Terima kasih.🙂

sama-sama memperingati hadi…aku pun kadang terbabas lho…

huhu.sungguh terkesan entry ni..insyaAllah.akan di amalkan.🙂

maaf lambat reply…mudah-mudahan dapat kita sama-sama amalkan..amin..

macam ada nama aku..hehe..tapi yg babak 1 tu memang betul..last time aku eksiden,tak sampai 10 minit ada 2 trak tunda datang..memang informer ramai..

babak part 2 seharusnya dielakkan… huhu terima kasih diatas peringatan nie bro….

tak tau pulak maksud ko zik babak 2 tu harus dielakkan…mungkin maksud ko lebih baik kita baca doa untuk diri sendiri dulu dalam part 3 tu yer.. cara tu pun boleh zik.

alamak tersilap taip part 1 harus dielakkan..

o..silap taip..aku ingat haper..mana tau ko lebih tau ker.. oklah..dah clear dah…

“Abg azamani : bos, lori tarik (tunda) dua…cepat bos!…dua bijik bos..jalan sulaiman…komisen aku jangan lupa bos…” macam terkena jer dengan aksi pelakon tambahan ni….

lupa, kerana dah tau tapi tak selalu amalkan.
tak tau, kerana lupa nak belajar.
orang tua2 kata alah bisa tegal biasa…
belajarlah dan amalkan mudah2an kehidupan kita lebih diberkati.

heheh..pinjam nama glamer kejap… tapi itu senario biasa bila ada accident kan.. ye la ..dia orang nak cari rezeki juga..

sedangkan doa makan pun masih ada yang lupa nak baca,inikan doa2 sebegini.nampak masih jauh……

berat juga cerita kalau doa makan pun lupa…tegur-tegur lah rose kalau mampu..

perangai seperti
diatas tu selalu kita dengar.
ambil nombor main judi.
bila kemalangan berebut
nak tarik kenderaan.

tarik kenderaan bila kemalangan tu memang kerjaya dia orang, kita tak boleh nak salahkan mereka kerana itulah rezeki mereka.

bukan mereka mendoakan agar kemalangan berlaku supaya ada rezeki bagi mereka! mereka datang menarik kenderaan yang terlibat dengan kemalangan untuk di baiki di bengkel dan membantu mangsa kemalangan klim insuran.

semua ikut kepentingan masing-masing ali..
kita tiada kepentingan menengok dari luar saja..
tapi disebabkan itu kemalangan jadi seakan pesta pula..

wah, bahasanya melayu, jadi dikit kurang paham. hehehe

tak mengapa kiraitomy…sikit-sikit belajar bahasa melayu bisa kan?
link anda itu tidak direct ke blog anda ? atau emangnya link promosi co.cc ?

alhamdulillah..setakat nie masih xlupa menyebut kalimah2 Allah selepas berjumpa dengan kejadian2 yang tidak baik..smoga kita sentiasa dilindungi oleh-NYA

bagus la cam tu lalink.. makwe mithali gitu…hu pakar mana yang bertuah jadi pakwe lalink ni.. sibuk lagi!🙂

pakar sakit jiwa..heheheh

tu yang ko jiwang karat dengan dia tu…ngeee….

Selalu kalau accident, babak 1 lah yang selalu dilihat di tepi jalanraya. Jalan jem teruk bukanlah sebab accident sangat pun tapi sebab ramai yang prihatin nak tolong TENGOK dan komisyen kereta tunda.

susah nak ubah kan kak SK? sekarang ni pulak ada trend ambik gambar eksiden lepastu muat naik kat internet..
setakat pengisian blog ok jugak (tak ok sebetulnya kalau mangsa tak izin..) ..tapi kalau dah sampai mengaibkan mangsa..tak ke haru…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: