Blog Abgreds

Seram dan sejuk : Nyangkung…

Posted on: 4 Disember 2010

Syy…semua diam..diam..”, Jack memberi arahan. Kami semua senyap. Jam menunjukkan sudah pukul 2 pagi. Tiba-tiba kayu palang bergerak…

“Ok, dia dah mai dah…”, kata Jack. Fuh, berat Jack, adu Mail. Mail dengan Amat tukang gandar baldi. Syy.. bisik Jack lagi. “Engko ni sapa?”, tanya Jack.

Ehh..ehh…Mail yang menyangkung dari tadi hampir jatuh. Baldi yang digandar tu ada orangorang buatan Jack.

Mudah saja buat dia..ambil dua batang pembaris kayu, ikat membentuk palang atau salib. Lepas tu ikat satu lagi pembaris arah depan seperti hidung dia.

Lepas tu pakaikan T shirt dan letak dalam baldi. Ambil penyapu jadikan gandar. Jadilah tempat untuk entiti tu singgah.

Engko ni sapa?” Tanya Jack lagi. Dahi Mail dan Amat berkerut tiba-tiba. Sejurus gandar yang dipegang seperti ditarik-tarik.

“Ikutkan..ikutkan…”, arah Jack. Kami melihat hidung orangorang tu bergerak ke carta huruf di dinding tu. Tiba di satu huruf yang berkaitan, hidungnya seakan condong lalu menyentuh ke huruf tersebut. Begitulah satu-satu, hingga jadi satu nama.

“Oh, nama engko XX…engko dari mana?” Maka bergerak lagi gandar ditarik oleh entiti bernama XX tu. Satu-satu huruf ditunjuk hingga nama tempat tu selesai dieja.

“Engko mati macamana?” Dia kata mati eksiden dilanggar kereta. Semua jawapannya dieja satu-satu melalui carta huruf yang ditunjuk.

Dan lain-lain soalan yang tak perlu aku ceritakan di sini. Korang tau, tempat dan cerita eksiden tu memang aku tau. Memang tempat tu keras ko

Jadi, betulkah entiti tu adalah mangsa kemalangan dulu tu? Hehe…soram sejuk den. Aku sebenar kecut juga masa tu. Ikut-ikut sebab nak tau.

Ini semua Jack punya idea. Dia nak tunjuk kita orang yang dia boleh panggil hantu…,eh bahasa sekarang ni – entiti paranormal.

Jack kata dia belajar dengan seseorang cara memanggil roh. Siap tentukan masa, tempat, peralatan dan menteranya sekali hoho…dahsyat tu.

Kita orang masa tu buat kat asrama, bilik prep/belajar. Tak boleh ramai 5/6 orang jer. Malam. Tutup lampu. Jangan bising…ha tu la pra-syaratnya.

Mail cerita, mula-mula gandar tu ringan. Tapi kemudian berat sungguh. Masa entiti tu nak menunjuk carta huruf, tangannya seperti ditarik untuk ikut saja.

Aku cuma perasan ada angin sejuk jer. Tak taulah tu angin entiti tu atau memang angin malam sesajer usik aku biar takoott…haha…

Oh ya, kami buat permintaan kat Jack. Jack cakap apa- “gila ko! Buatnya dia tak mau balik semula, macamana?”

Ini yang kami minta “Jack, ko panggil cikgu kamal mintak soalan bocor!” Haha…

Itulah pengalaman aku semasa belajar di sebuah sekolah berasrama dulu.

Agaknya sebab tu dekat asrama selalu ada histeria kot? Ada entiti yang tak mau balik semula? Adehh…Korang percaya dengan entiti paranormal?

26 Respons to "Seram dan sejuk : Nyangkung…"

selalunya, diorang2 ni pandai panggilje, lepas tu dah. biar je.
xde la pikir nak menghantornye balik.
ish3…

Tu la pasal…tu salah sapa tu? Tak baik kambinghitamkan entiti tu kan? Bukan salah dia pun…🙂

abgreds, saya percaya dengan segala jin dan syaitan sepertimana yang terkandung di dalam Al-Quran. Tapi kalau geng seekers tu asyik cakap dan shoot gambar kata nampak bayangan pelik lah, benda melayanglah, asap dan angin tak semena-mena puas jugaklah saya jegil mata nak cari dan tengok betulke spt apa yg didakwa tapi sampai skrg tak pernah berjaya. Mata saya yang mereng ke ?

Jin dan iblis datang dalam pelbagai bentuk dan rupa utk memperdayakan kita anak cucu Adam tapi jangan sampai jatuh percaya kepada benda-benda tahyul dan tak masuk akal.

Hantu sekarang pun sudah sangat well educated kah sampai boleh dilihat dengan gadjet canggih manggih ?

itu sebaik-baik pegangan. ikut quran dan sunnah, Insya Allah tak kan sesat dan tidak pula menyesatkan orang lain.
tapi geng seekers buat macam tu atas permintaan ramai jugak. ertinya ramai kalangan kita yang suka tengok hantu ditangkap kot? sudah-sudahlah tu..
terima kasih atas komennya sk..

Assalaamu’alaikum Abgreds…

Saya juga pernah melalui pengalaman ini semasa di bangku sekolah menengah dahulu. tetapi menggunakan wang syiling 20 sen. Dengan seorang tekong dan kami diminta menyeru nama orang yang mati (entah nama siapapun tidak tahu, sebut aja), lalu wang syiling yang berada di bawah tapak tangan akan bergerak menuju abjad2 yang menjadi jawaban kepada persaoaln yang dikemukakan.

Wah… bergerak betul tu, memang syaitan bergabung dalam minda dan jiwa kita yang mempercayainya. Mudahan hal ini tiak menjadi mainan lagi kepada anak2 dan memang benar, masa itu banya berlaku histeria di sekolah saya. Alhamdulillah, tidak mengena ke saya. Banyak membaca al-Quran dan solat akan membantu kita dari dipengaruhi godaan syaitan.

Terima kasih mengingatkan saya zaman sekolah yang penuh dengan nastolgia. salam mesra dari saya di Sarikei, Sarawak.

Salam maal hijrah 1432.

wa’alaikumussalam wbt puan Siti..

saya kira ramai antara kita pernah melaluinya, terutama di asrama-asrama. semacam satu kebiasaan dulu. sekarang tak taulah. begitu juga tentang histeria tu.

saya punya teman di aspuri yang menguruskan masalah histeria ini pernah menceritakan pengalamannya. untung teman itu juga mengamalkan surah-surah dalam quran. beliau dapat masuk ke dunia halus dalam sedar dan waras serta membantu temannya yang kerasukan itu.

memang al quran itu mukjizat Allah swt. moga kita sama-sama dapat berusaha meningkatkan iman dan taqwa kita kepada Allah.

terima kasih juga atas ziarah dan komen puan Siti.

kunjungan perdana
salam hangat dari blue

makasih ya blue
salam untuk kamu juga mas blue..

aku pernah tgok member aku buat benda ni dulu…memang seram sejuk siot…

kira kita jadi follower je la…tapi pengalaman best dan seram sejuk gitu..

entiti paranormal yg uncle seekers wat tue sy langsung xnak caya

tapi kalau ape yang dikatakan dalam Al-Quran memang ternyata betul la..

ehh..

samalah kita…kalau diaorang dapat detech sebijik gitu nak jugak tengok..ni main bunyi-bunyi, main rasa-rasa…sapa pun boleh cakap macam tu..

salam Red…
guna duit syiling nih memang syaitan suka
sebab dia dah tahu yang manusia mudah terpedaya
dgn permainan syaitan dan jin..

hmmmm…. silap langkah lemah semangat
mudah roh2 jahat yg berkeliaran mengganggu manusia =)

tu main scoin2 yer..
yg kawan abgreds pakai orang2..tah nama dia apa tak tau..
kalau lemah semangat memang tak boleh main tu..

haha bab nih pernah jugak buat kat sekolah tapi bukan saya, member yang buat saya tukang lihat permainan guna duit syiling tuh. seram jugak dibuatnya.

bahasa melayu ya? kurang sdikit paham. hehehe

xdk pengalaman cm tu…..hehheh

itu bahagian abgreds & gangs..
bahagian Queila & gangs lain la pula..
biar rencam..baru hidup namanya..

percaya!! huhu. dulu kat sekolah pun ade pengalaman histeria ni.lagi dasyattt siap terbang2 ko.

peh..sapa yang terbang tu? awak yer hani…🙂
abgreds juga ada pengalaman peribadi pasal histeria ni. bukan abgreds la, budak-budak aspuri (asrama puteri) la yg kena…

hahaha.. kalo betul2 yakin mesti jd.. slalu camtu tp dgn izin Allah

sori lambat reply…
betul kak maiyah..semuanya dengan izin Allah jua..

Kurang percaya..
Tapi pernah try seperti bleh percaya..
Sekali jalan/tanya dan jawapan tepat
suma terus jerit dan stop main..
hahaha..Gila ehhh!!!

P/s: mintak Soalan bocor tue tak bleh blahhh..hahaha

suka ko lah missgee nak percaya tak..
kalo aku percaya jer..cuma tak tau entiti tu spesis apa..
kalo dapat soalan tu gerenti aku dapat masuk u hohoho…🙂

haii,, lam kenal yaa,,🙂

hai edda, salam kenal juga untuk kamu…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: