Blog Abgreds

Hijrah, macamana nak berubah?

Posted on: 7 Disember 2010

“Nak berubah ni tuan-tuan, bukan senang. Cakap memang mudah. Esok tahun baru. Aku nak berubah. Aku nak berhijrah…cakap saja…”

“Nak berubah perlu ada niat yang bersih. Kena ada semangat yang kukuh dan teguh. Kita ni nak berubah jadi baik, ada musuh yang dok tengok kita ni tuan-tuan. Siapa dia?”

“Betul..dialah syaitan nirr rojim. Inilah musuh kepada semua kebaikkan. Kerja dia menghasut manusia ke jalan yang salah dan buruk saja”

“Kita doalah minta agar Allah melindungi kita dari tipudaya setan ni. Selain itu, kita perlu ada strategi bagaimana kita boleh berubah secara konsisten. Bukan hangat-hangat tahi ayam. Strateginya apa tuan-tuan?”

“Kita ni manusia kerdil. Otak kita kecil saja. Nak sumbat macam-macam. Nak ingat macam-macam. Tak kuat otak kita. Kita kena guna alat bantu iaitu buku catatan

“Kita beriman ada malaikat yang menulis buruk baik kita dari dulu sampai sekarang. Kita percaya semua itu. Masalahnya, kita tak nampak. Buku catitan tu sebahagian dari alam ghaib. Dah benda tak nampak, macamana nak buat review?”

“Takkanlah main ingat-ingat saja? Alang benda nampak pun boleh tak nampak! Inikan pula benda tak nampak. Lagilah blurrr kata bebudak sekarang…”

“Jadi tuan-tuan sedari sedari, mulai hari ini, kita buat buku catatan. Biar  nampak depan mata. Biar ingat dalam kepala”

“Tak payah banyak tuan-tuan. Buat saja satu-satu. Misalnya sembahyang sunat qabliah dan ba’diah. Kita nak taubat. Kita tak mau ponteng lagi”

“Baiklah, katakan kita mula hari ni. Kita catatlah satu-satu. Buat macam diarilah…Lepas tu kenalah disiplin tuan-tuan sedara sedari

“Mula-mula penuhkan sehari. Lepas tu penuhkan untuk seminggu. Lepas tu sebulan. Satu masa, kita dapati kita dapat buat sembahyang sunat semua tu dengan hati yang lapang. Bukan kita dulu yang bermalas-malasan”

“Sesudah demikian, kita tutuplah catatan tersebut. Kita buka buku baru. Katakan kita nak solat tahajjud. Mula balik dari kosong. Malam pertama..kedua..ketiga dan seterusnya”

“Catatan ni satu elemen yang penting tuan-tuan. Ia merekodkan urusan kita dengan Allah Taala. Ia nanti akan jadi saksi akan kesungguhan kita untuk berubah”

“Tak perlulah catatan ni kita tunjuk kat orang pulak. Itu dah jadi lain. Jadi riak. Tertipu dengan setan namanya. Setan ni mana putus asa?”    

“Kalau tekad dah teguh, setan-setan yang koperalkoperal ni dah tewas. Tapi setan-setan yang besar akan datang. Yang jenderaljenderal…ha kuat tu!”

“Jadi, begitulah tuan-tuan sedara sedari. Nak berubah bukan senang. Tapi bukan pula suatu yang susah atau mustahil”

“Insya Allah, dengan niat yang ihklas, strategi yang betul, dengan disiplin yang kuat, kita boleh berhijrah untuk menjadi insan yang lebih baik”

“Selamat menyambut tahun baru hijrah 1432. 1Malaysia 1Ummah! Sekian, assalamualaikum wbt….”

21 Respons to "Hijrah, macamana nak berubah?"

hijrah ini tak perlu nak tunggu tahun baru…. yang penting niat kita ni… insyallah…

betul ko Zik.. tengok je umur kita. mana ada tunggu hijrah. tiap detik terus berjalan..

setiap bulan setkan dlm minda apa yg kita nk brubh..

betul hazwan..tak payah tunggu maal hijrah.

Salam,

Nak berhijrah ke arah kebaikan, biasalah.. bukan mudah. Syaitan asyik duk hasut kita saja ke arah kejahatan.

Salam Maal Hijrah 1432 ya abgreds

jangan lupa iblis sebelum dilaknat Allah adalah mahkluk yang taat kepada Allah. selepas kena laknat, dia mahu anak cucu Adam turut kena laknat sepertinya…itulah kerjanya…

Betul tu bukan senang. Malah bagi saya perbuatan kita byk dipengaruhi oleh persekitaran kita. Kalau persekitaran kita teruk,kemungkinan besar teruk lah juga kita. Kalau baik, insya-allah baik lah kita.

Mungkin kita harus mulakan dengan mengubah persekitaran kita. Kalau ada kawan2 yg mcm setan, tinggalkan kawan2 tu. Kalau ada kerja yang banyak membawa kita tempat2 maksiat (sbb boss suruh), maka wajib kita tinggalkan tempat kerja kita.

Dari situ, mungkin lebih mudah utk hijrahkan perkara2 yang lain pula. Insya-allah….

banyak dan banyak cek mail…dah kita hari-hari ada je buat yang tak betul, maka banyak lah benda tak betul yang perlu dibetulkan. tapi tak larat nak pusing 360 darjah kan…
so, buat perlahan-lahan dan jalan terus. jangan berhenti atau give up…

Salam Maal Hijarah ye abgreds.. wah tertarik dgn pendekatan tu.. dgn adanya buku catatan ni, senang nak track blk amalan² kite yg lepas².. maklum saje dgn sifat mudah lupe ni..

16:14. “Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu.”

selama ni, kitab maya di dalam ingatan jek.. nk lagi jelas lps ni, perlu jugak adakan buku catatan tu nampaknye..😀 semoga dpt jalani hari ini dgn lebih baik dr semalam.. amin..

maaf ada kesilapan sumber kalamullah di atas.. dr surah al israa’ 17:14.. isk manusia ini..

salam maal hijrah juga untuk kamu irnie..
cubalah praktikkan irnie. mudah-mudahan dapat membantu irnie.
tang silap tu adatlah. nasib baik cepat betulkan. hati-hati lain kali. silap bab agama ni membawa ke akhirat tau, ingat ya…

selamat tahun baru abangreds

selamat tahun baru hijrah untuk hamizi juga..

salam maal hijrah.

*from now on, aku nak guna kalendar Hijrah as main scheduler. sebelum ni jrg2.

itu hijrah yang baik faaizz, tahniah…
banyak kelebihan kita menggunapakai kalendar hijrah ni…moga berjaya…

Selamat tahun baru 1432 H

semoga menjadi lebih baik di tahun berikutnya, amien

untuk kamu juga ya mbak mila…amien…

Assalaamu’alaikum Abgreds…

Hadir untuk mengucapkan Selamat menyambut Maal Hijrah 1432.

Semoga kehadiran tahun baru Islam akan mengorak langkah penghijrahan yang lebih bermanfaat untuk kejayaan hidup di masa depan.

Salam keindahan Awal Muharram.
Salam mesra dari Sarikei, Sarawak.

wa’alaikumussalam wbt puan Siti..

terima kasih atas doanya. moga-moga puan Siti juga sihat sejahtera dan mendapat keberkatan dari Allah swt hendaknya.

salam ma’al hijrah untuk puan Siti..

Salam Maal Hijrah 1432..
Semoga kita lebih dari tahun sebelumnya..
Beriman..Berilmu dan beramal
ke jalan yg diberkati oleh Allah s.w.t.

terima kasih missgee..
untuk kamu juga demikian…amin..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,899 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: