Blog Abgreds

Pen merah pen biru.

Posted on: 9 Disember 2010

“Bapak, aku dah balik ni. Ni bapak, cikgu suruh bapak sain kat sini”

“Kat sini ya..ha..dah sain dah. Ko dapat nombor berapa, nak?”

“Nombor satu pak!”

“Nombor satu? Wah , pandai anak bapak! Yang ni biru-biru apa nak?”

“Itu markah pak. Biru tu bagus pak”

“Ooo…yang merah-merah ni apa, nak?”

“Itu lagi bagus pak. Cikgu tulis merah biar nampak terang pak”

“Ooo…macam tuh. Ha, nah. Besok cakap dengan cikgu yang biru tu kasi merah, ya nak?”

“Beres pak!”

Lagi imbasan kenangan abgreds. Ini kisah kawan abgreds. Kami dulu dikelaskan ikut prestasi peperiksaan. Kawan abgreds ni memang kureng sikit.

Dia pelajar lemah dan belajar di kelas paling lemah. Dikelilingi oleh persekitaran yang juga lembam. Tapi waktu periksa, dialah kawan abgreds yang paling ceria!

Rupanya dia paling cerdik dalam kelas yang lembap tu. Setiap kali periksa, dia mesti dapat nombor satu! Huh, hero tak hero la, kan?…

Dari 10 subjek, dia lulus 4 dengan markah paras hidung! Puuunn dapat nombor satu! Kui kui…kembang kempis bagi tau bapaknya setiap kali.

Si bapa pun level sama. Dengar nombor satu jer, dah senyum sampai telinga. Anak bapak pandai…nombor satu…dengan bangga bapak dia pun sain!

Maaf kawan. Bukan nak hina. Tapi kisah engkau ni cukup manis sampai melekat dalam memori abgreds sampai kini.

Dan sekarang kawan abgreds tu dah pandai dah. Dah kerja, dah kahwin dan ada keluarga. Kalau cerita bab ni mesti kami tertawa.

Ketawa? Ya… sebab dia tau dia siapa. Kenapa duduk kelas yang lemah? Kenapa boleh dapat nombor satu? Kenapa bapanya bangga dengan dia?

Semuanya berkisar tentang kurang ilmu…Dia tau dia tak pandai. Dan dia juga tau bapaknya lagi kurang pandai. Apa lagi…kena kelentong pun bangga…

Masa tu abgreds belajar di kelas yang pandai sikit kononnya. Periksa lepas 10 subjek dengan markah A dan B pun masih nombor belas-belas.

Jadi, nak pandai, berkawanlah dengan orang pandai! Tapi awas!, pandai ilmu bertambahlah ilmu, pandai tipu jadilah penipu!

Oh ya, ada satu pantun budak-budak yang teramatlah fofular masa tu…

Pen merah pen biru, U marah I lap (love) U….ngeee…🙂🙂

28 Respons to "Pen merah pen biru."

Abang reds, cerdikla kawan abg reds tu..😀..
kecerdikan bukan hanya berdasarkan pada markah yang tercatat pada kertas peperiksaan, tetapi juga pada daya pemikiran, kekretifan..

Ape2pun, lady suka kawan abg reds sebab die telah membuat abahnya bangga dengan dia..😀.. suka.. lady leh bayangkan perasaan bangga seorang ayah pada anaknya..😀.. best2..😀 pasti comel jer muka ayahnya pada ketika itu😀

waduh, ladybird..sampai ke situ imaginasinya..jauh tu..
tapi sisi pandangan tu betul jugak lady. mungkin kawan tu nak motivate bapaknya biar bapaknya rasa anaknya tu jadi ‘orang’ jugak..tak sia-sia dia besorkan..
bagus..bagus..sisi alternatif yang berkualiti..

salam abgred, teringat la pantun zmn skola tu. huhu

tu la, entah zaman bila pantun tu lahir yek..tapi femes betul pantun tu..

salam ziarah abgreds..teringat pantun tu masa cinta monyet dulu he3..

peh..sapalah awek man dulu tuh…

owh..lawak sungguh=)

teringat kisah2 lama dulu, sekolah lama selalu beri sijil bulanan sape2 yg dapat no 1,2,3 =)

bestnya dapat sijil bulanan..sekolah abgreds tak de pula buat macam tu..

HAHAHA best betul dia tipu bapak dia😀
tipu sunat (ada kah ?) macam tu tak da lah bapak dia nak marah. brilliant ! HEHE

*ceq dulu takpenah buleh tipuu. pak ceq cikgu so munk adatlah kena marah kalau corot sikid markah tu😛

itu tuah (tuah?) anak yang bapaknya tak sekolah kak yonk…
tuah anak cikgu pulak bapaknya pandai, jadi anaknya pandai-pandai juge..tak gitu..
terima kasih mai gubuk buruk abgreds ni ..

wah
teringat zaman sekolah dulu
dah dapat sumber inspirasi nak update entry baru nih
thanks 4 the entry
nice sangat

P/S : Blog Gua Kena Tegur Oleh Blogger! Gua Cuak!

haluu hans..
sama-sama imbas kenangan silam xpdc…ceh!
makasih drop komen no..

selama ni asyik dok kelas pandai2, dapat no. dalam kelas pun dah belas2.. beza markah sikit aje..
kat U pula kalau tanya yang pandai bukan semua yang dia ajar.. kedekut ilmu.. tak nak pointer tinggi dari dia..

ko senasib dengan kawan kita si Omu la, Ida..
agaknya dah budaya belajar kat U macam tu.. Ida terpaksa usaha sendiri lebih tekun untuk bersaing dengan dia orang
moga berjaya okey..

mula2 tgk tajuk..terus ingat lagu pen merah pen biru tuh..keh3…

rupa2nya ade cerita menarik disebalik pen…

pssst…setuju dgn pandangan bro…dan nk tmbh sikit lagi..”kalau sudah berilmu, jgn lupa utk amal dan sebar…”😀

yup, ilmu yang bermanfaat jadi saham kita kat akhirat..
makasih bagi komen bro hafizmd..

omu masa diploma ade kwn yang pandai…semua xnak kawan die…Omu jer yang kawan ngan die…die banyak ajar omu pointer omu pun naik gara2 berkawan ngan die…tapi sedih time degree ni, omu xjumpa kawan yg pandai..semua hipokrit..dan KEDEKUT!…

time degree saingan makin sengit Omu. terpaksa cover dan kedekut biar sendiri jer pandai. rasanya Omu kena usha lebih then doa lebih then bla..bla… bla..
hehe.. tak tau nak bagi advise apa sebab abgreds tak belajo sampai degree.. sori yer Omu..
apa pun moga Omu tabah dan yakin dan terus belajar hingga tamat okey..

kalau dapat pangkat cemerlang tapi no dalam kelas 99 pun tak pe😀

ko betul syafiq. nombor dengan pencapaian kena bezakan…

Nak berkawan kena pilih yang berilmu barulah kita juga jadi berilmu, tapi apakah orang yang berilmu itu sanggup nak berkawan dengan kita sedangkan kita ni kekurangan ilmu?

Abis tu orang yang “kureng” kena berkawan dengan yang “kureng” jugalah… Apa akan jadi kepada masa depan mereka sebab yang pandai-pandai tak nak kawan dengan mereka?

Fikir punya fikir… eh susah jugak yek nak idup!

hehe…jangan le serius cenggitu bang azam…
adat menuntut ilmu, kena cari guru atau berkawan dengan orang berilmu…
kalau diaorang macam ek sikit, tu ujian lah tu.
kenalah usaha nak rapatkan diri dengan orang berilmu ni..🙂

anak2 selalu bgtau dia dpt nombor2 ni
tapi tak ambil tau sgt..selalu tgok peratusan – peningkatan dari sebelumnya atau sebaliknya.

kellasss kak ji…
patut tak dibebankan budak-budak dengan nombor ni…tapi dah tu tanda aras yang paling mudah..

setuju la abg reds…kena kwn dengan org yg berilmu cthnya pensyarah kitee..hehehe..kalau kawan ngan org bijak..bahaya..kang dia putar belit kenakan kita..hoho

ko kalo nak ilmu putarbelit kena belajar diputarbelit dulu lalink …
kalo nak usha pensyarah lak ko belajar ilmu bersyarah hahaha…..
tak baik ko ngurat pensyarah..🙂

Tapi kadang org yg kurang ilmu tue..
Ilmu menghormati guru..
Lebih menghargai org tua..

P/s: Ilmu dunia dan akhirat perlu seiring.. Ilmu tanpa amal takde guna gak🙂

macam mana pun orang tua memang perlu dihormati..
karang-karang kita pun jadi orang tua jugak kan miss gee…
cuti sakan ko kat bandung yea..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,899 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: