Blog Abgreds

Nasi? Ya ampun!

Posted on: 12 Disember 2010

Kamu tengok nasi tu.. macam mana nasi nak masuk dalam mulut kamu. Mula-mula jadi beras. Keras. Mentah. Kena basuh dulu. Salin air dua tiga kali.

Dah tu kena masak. Panas-panas. Akhirnya kembang jadi nasi. Dah tanak, senduklah. Kena cari wadah yang bersih. Mana boleh kotor-kotor.

Dah senduk, kamu makanlah… tak lalu juga. Kena ada sayur, ada lauk…cerewet mulut ni! Dah ada semua tu, barulah nasi masuk mulut kamu …kan?

Itu makan. Tau, nak makan benda yang bersih. Tau, nak makan tangan kena bersih. Sudu garpu kena bersih. Pinggan mangkuk semua nak bersih. Tau kan?!

Apa cerita Pak Khir..? Kenapa marah-marah?, tanya Pemuda.

Tadi.. saya ke masjid. Jemaah. Habis jemaah duduklah baca apa-apa yang patut. Baca wirid ke. Baca doa ke.

Ada seorang hamba Allah sebelah saya tu duduk juga. Wirid juga. Suara dah la kuat. Astaghfirullah…astaghfirullah… bacanya.

Tapi kejap saja. Lepas tu…TIDUR! huh, hati saya jadi geram. Hilang khusyuk saya dah. Berdengkur pula kroohh kroohhh

Kamu tau apa itu keampunan Allah? Tau? Kamu tau kamu sudah berbuat salah. Kamu ingin memohon ampun…itu sudah bagus.

Tapi kamu tidak bersihkan niat kamu. Tak bersihkan adab kamu. Tak bersihkan jiwa dan hati kamu. Bagaimana mahu memohon ampun?   

Allah Taala itu maha pengampun. Insya Allah akan mengampuni dosa dan salah hambanya. Tapi kita sebagai hamba tentulah perlu ada adab sopannya.

Ampun itu letaknya di hati. Kalau hati masih kotor, bagaimana hendak menjadi bekas atau wadah bagi sesuatu yang bersih?

Bayangkan saja ada sahabat kamu yang rasa dirinya bersalah keada kamu. Lantas mahu memohon maaf kepada kamu…maafkan saya..maafkan saya..langsung TIDUR depan kamu!

Kamu kira kamu mahu memaafkannya? Bahkan mungkin kamu semakin marah, bukankah begitu?

Jadi kamu jangan seperti orang tadi itu. Sungguh dia khilaf tentang siapa dia dan siapa yang Maha Pengampun itu.

Ampun itu umpama nasi. Ia bersih suci. Jadi hendak memberikan suatu yang bersih, kenalah cari bekas yang bersih, baru sucinya kekal. Baru manfaatnya kekal. Tiada tercemar oleh kekotoran…

Kamu makan nasi hari-hari bukan? Mulai saat ini, kamu ingat cerita saya ini. Jangan ingat makan nasi perut kenyang saja, mengerti?

Saya mengerti Pak Khir, terima kasih.., balas Pemuda.

Eh, macam bau nasi hangit…kamu tanak nasi ya?

Alamak! Lupa saya… nasi saya…nasi saya…hangit…ya ampun!

24 Respons to "Nasi? Ya ampun!"

Assalaamu`alaikum abgreds, saya rasa Pak Khir kadang-kadang terlalu memandang kepada luaran sahaja. Tidakkah dia tahu bahawa manusia itu fitrahnya lemah? Cuba bayangkan kalau niat sebenar hamba Allah itu ikhlas beribadat sama seperti nasi itu, tapi malangnya dia letih dan lupa memikirkan individu lain di sampingnya.

Walau pun khilaf tapi sekurang-kurangnya dia menjalankan kewajipannya bukan. Walau bagaimana pun saya suka dengan cara pemikiran Pak Khir yang kreatif.🙂

Wa’alaikumussalam MM..lama tak nampak..🙂
Kedua-duanya pelaku sedang berada di masjid.. tempat yang suci dan berkat..tentu ada kesopanan dan kesusilaan. Kalau letih benar dan ingin berehat, boleh saja. Tapi semuanya ada aturannya. Nak ibadah ke nak istirehat ke..
Sekiranya dia tahu tidurnya selalu berdengkur, di rumah tak apa. Tapi di masjid akan menganggu ibadah orang lain. Dia kena tahu dan patut belajar tentang itu..
Soal Pak Khir, memang hanya menilai luaran yang ternampak. Soal dalaman itu tak nampak dan tak perlu sampai situ…

assalamualaikum.
Analogy yang baik sekali, dakwah itu seni, seni memenangi hati..

wa’alaikumussalam wbt. yaqut..
benar kata anda. dan seni itu juga suatu ilmu. harus dipelajari dan dipraktikkan semaksima yang mampu..
terima kasih atas komen saudara.

wah, ampun mcm nasi..xpnh dibuat org lg..hehhe

Tika…ko jangan tafsir lebih-lebih no..tu analogi. bandingan dari segi konsep nak ‘bersih’ je..
tak lah sama material dia. ok Tika…

Salam Adik Abgreds, analogy yg menarik dan mengujakan. Nanti makan nasi ingat entry adik ni. Tengkiu!!!

sama-sama bro Mohkembara..
sama-sama cari makna hidup bah…

maksudnya mendalam tuh… yang penting bila berdepan rezeki jangan gelojoh… baca doa… kadang terlupa (aku ler tuh…) huhu

dalam-dalam janji paham okey le…
makasih bro Zik.

Penuh pengajaran..tq abgreds..!

sama-sama encik Relevan..

wah..penuh hikmah kisah ni…
aku suka perbandingan makan nasii dan minta ampun tu…senang paham…

alhamdulillah solehahn.. mana yang aku rasa baik untuk korang aku syer ler..sikit-sikit..

Tuntutlah ilmu walau sampai ke Negeri China! Niat yang baik sekalipun kalau dilakukan dengan cara yang tak kena tentu akan lebih mendatangkan hal yang negatif.

Oleh itu belajar dan menuntut ilmu itu sangat penting agar apa yang kita amalkan benar-benar dilakukan dengan teknik dan cara yang betul. Barulah segala amalan menjadi lebih sempurna dan bermakna.

meletakkan diri kita kepada sangkaan orang tu salah sendiri..
pergi surau belajarlah cara dan adab pergi surau…

very nice sharing. um, jadi xleh tidoq ka kt surau?

kalau ngantuk sangat tidur dulu. tapi kalau niat pegi surau nak tido tak baik le..
jaga adab tidur..kalau sampai ganggu orang nak ibadah pun tak baik juga..

nice entry.. pendekatan yang baik supaya mudah faham..
tQ atas nasihat tersebut.. kita mintak macam2 dengan Allah, contohnya mintak nak berkahwin dengan kekasih hatil.. tetapi kita bercinta bagai nak rak, berpegangan tangan, berpelukan.. bagaimanakah Allah nak tunaikan permintaan kita? huhuhuhu

(kata2 tuk diri sendiri juga)

huhu..ladybird punya analogi pun kellass..
so, sapa-sapa yang tengah couple tuh..ha sila ambil perhatian yer!
korang pikir baik-baik komen nih…
makasih ladybird..

Mengerti!!!!!
Amik ikhtibar..

ko makan nasik ke miss gee?
ko kan tengah makan angin…haha..lalalala…

abgreds, mane tahu wiridnya itu suci, mane tahu wiridnya itu suda jadi warid. biarlah hanya Allah menentukannya=)

btw, memang betul pun kata-kata abgreds, zikir kena beradab, barulah naik makam, tidaklah zikirnya hanya menghapus dosa.

kata ibnu athoilah,

Jangan kamu meninggalkan zikir kerana merasakan tidak adanya tumpuan bersama Allah, kerana kelalaian kamu daripada tidak berzikir langsung adalah lebih bahaya berbanding kelalaianmu yang pertama tadi

~sekurang-kurangnya dia berzikir~

yang batin itu memang hak Allah, fatiha..
manakala yang zahir itu terdedah untuk persepsi luaran bergantung kondisi para pemerhati dan ilmu mereka..
terima kasih atas perkongsian ilmu dan komen yang baik dari kamu ya..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: