Blog Abgreds

Akureng dan korang…

Posted on: 14 Disember 2010

Haluuu korang. Ada baik? Ada sihat? Blog amacam? Macam biasa…meriah dan ruih rendah. Blog femes katakan…

Sekarang zaman internet. Zaman korang . Jadi tak heran korang lebih advance. Ada facebook. Ada twitter. Ada macam-macam segala.

Korang memang la mesra IT. Mahir itu ini bab internet. Nak cari kawan senang. Nak kawan ramai-ramai senang. Sampai luar negara pun boleh .

Tak heran kalau blog korang follower ribu riban. Entri comment tersusun panjang. Blog ada empat lima rank. Eh, ..di rank empat lima…

Abgreds?…boleh ke macam korang? Abgreds datang ke dunia blog ni sebatang kara . Tak ada sedara. Tak ada member.

Dah la tu aku ni kureng sikit… akureng…belajar IT tak khatam lagi. Faham satu bab, datang sepuluh bab. Habih camner?

Sekor nyamuk pun dalam ni abgreds tak kenal. Apatah lagi korang yang hensem dan lawa-lawa ni. Lagi tak kenal. Nak tegur pun segan bahhh

Itulah abgreds dulu kalau korang nak tau. Sorangsorang buat gubuk buruk ni, hehe..cacak-cacak tiang, taruk pelepah rembia…jadilah gubuk aku ni.

Mulalah menjawat jawatan bloger perantis lepas tu. Terkial-kial taip entri. Ayam patuk jagung dah kenyang, abgreds lom siap lagi, haha..

Dah siap dapat tiga perenggan. Entri pengenalan. Jadilah. Abgreds pun poskan. Eh,eh… ada juga lo yang TERsesat jumpa blog abgreds.

Tak tau saper le yang malang tuh huhu…Abgreds masih lagi sebatang kara. Sendiri lagi masa tu. Tak kenal korang. Korang lagilah tak kenal abgreds.

Itulah kisah abgreds joint korang. Kureng? Bukan semua senasib sebaik korang yang terhangat terhangit. Yang terkureng tu pun ramai dik non

Jadinya, entri ini abgreds dedikasikan untuk korang semuasemua sekali okey. Korang yang terang-terang dan yang baca senyap-senyap.

Abgreds nak bagitau ya, semua korang ni tak ada sorang pun kenalan abgreds kat dunia realiti. Yang baca senyap atau tak ada sebarang info tu tak taulah.

Tapi korang yang ada gambar atau blog dan sebagainya, memang sohih tak pernah abgreds kenal dulu. Semua-semuanya adalah kawan baru abgreds.

Dengan support koranglah abgreds idup kat siberblogger ni. Terima kasih banyak-banyak untuk korang semua. Moga Allah balas sebaik-baik balasan untuk korang pulak.

La ni, abgreds dah ada kawan, taklah sebatang kara lagi. Nasib korang nak kawan dengan abgreds, kalo tak sah-sah abgreds jadi sebatang karat huahuahua….

Sekali lagi, terima kasih atas budi baik korang semua…

24 Respons to "Akureng dan korang…"

abgred tak kenal aku, aku pon tak kenal abgred. tapi kita boleh saling mengenali di blog kan??

kenal cara blog le nampak gayanya. tapi ok kan. blog pun kaedah komunikasi kontemporari yang baik dan global..

Selamat berbahagia hendaknya yg berkahwin ya..sunah kita

saya kira abg etuza mau komen di entri ‘kahwin’ kan. tak apalah..
saya ucap terima kasih abg etuza mau komen di sini…
kahwin tu memang salah satu sunnah..

rasanya ramai seperti abgreds ni… manusia cepat belajar dan beradaptasi. penulisan yang jujur dapat dirasa dan dihayati….itu yang lebih penting…

memang ramai cikgu. cuma pengalaman tu tetap unik dalam skala individu atau personel..
setuju dengan cikgu. kita boleh rasa tulisan tu eksyen atau jujur. ah, cikgu lebih pro dari aku apa…

Sejarah kita sama jer. Cuba perhati entry awal-awal kat blog Abg Azam, siapa yang datang komen?

Sekarang ni blog Reds orang dah kenal apatah lagi dengan cara tulisan Reds yang ada seninya. Otai blogger pun datang komen. Betul tak?

entri ni aku nak compare dengan bebudak sekarang abg azam. diaorang dengan kawan-kawan diaorang semua dah tau blogging. jadi bila buka satu blog jer, sekejap aje dah meriah. dah semua pandai berblog…

tentu tak sama nasib dengan kita yang memang lain didikan dan zamannya. tapi aku tau ramai juga senasib dengan aku. sajer jer nak kenal sekufu senasib aku hehe…

dalam dunia blogosphere kita tak kenal siapa yang kita kunjungi setiap hari. apa yang penting ialah ikatan persahabatan serta kejujuran dan tidak menyinggung perasaan sesama blogger.

kelu tangan aku nak taip. patut ke aku ber’engko’-‘engko’ macam kat shoutmix..maaf kalau ko rasa tak berkenan ya seri…
terima kasih la seri. kesudian ko berkomen amat aku hargai. tambahan pula pendapat ko saling tak tumpah dengan ke’otai’an blog ko…

Abgreds,

Sama jer kisah hidup kita ni he3..jangan sedih2 yer..dunia blogging memang begini..err kalau boleh letaklah gambar sebenar,boleh la kenal2 sikit siapa penulisnya..🙂

hidup ni memang skema man..
yang lain pun mula ada yang sama macam abgreds juga…
lom dapat ‘mentol’ nak taruk gambar..🙂

xde reader pun bagus ape abg gred,,Allah kan lihat usaha, kan kite buat segala menda atas dunia ni pun sebenarnya nak suh Allah lihat kan?huhu

btw,minat bace blog abgreds sebab bahasa best=)

memanglah Allah maha melihat. tapi tujuan berblog kita nak tambah dan kongsi ilmu. tanpa pembaca macamana hal itu dapat tercapai..
btw, terima kasih luangkan masa erma untuk baca di sini..

sama-samalah kita manfaatkan ruang siber yang ada ni untuk kebaikan semua..

Entri terbaru : MyEG; Mudah dan Berkesan

betul kata sedara hisyam.. moh le kita…

penghargaan abgreds ni terus sampai ke hati ahha.. thanks again telah sedikit sebanyak menginspirasi.. dalam atau diluar sedar..🙂

kawan maya (taklah bersifat maya pun), ‘kawan yang ada dlm tiada’ | one thing about blogging yg mmg sgt memberi kesan di dalam hati

thanks🙂

hati yang lembut mudah menerima ilmu. lembut hati tanda berilmu. ilmu itu melembutkan hati…
wei…paham ke kawan aku ni..??
pandai-pandai ko la irnie ya.. ko kan pandai.. kan 🙂 ..

Abgreds,

Masa SK buat blog dulu, godek2 sendiri je, search tutorial kat internet pastu trial and error. Masa tu follower pun 3 orang je. Setahun dapat 3 orang follower tapi tetap update blog walaupun tau takde sapa baca. Frust memang frust tapi kuatkan je hati pastu privatekan blog.

Skrg dah buka balik utk public. Rasa happy bila tengok dah ada readers. Im not talking abt followers. They came they go. Ada yg sekadar follow but i do appreciates my readers which is mereka ambil masa untuk baca dan participate thru comments.

One things, SK memang akan follow blog yang ada isi dan matlamat macam blog ini. Keep up a good work.

yep.. da ade at least one reader pn, da lebih dr cukup for me..🙂 thanks to them..

terima kasih SK..

langkah pertama memang memeritkan. tapi kalau ditelan perit tu pelan-pelan, insya Allah ditukar menjadi manis, atau masam-masam manis..🙂

SK juga dah tunjuk teladan yang bagus. itu sikap yang harus ada dalam berblogging ni. baru ada situasi menang-menang. saling berkongsi ilmu dan pengetahuan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: