Blog Abgreds

Syyy…senyap. Ada orang kahwin!

Posted on: 16 Disember 2010

Orang kahwin ada senyap ke? Kan bising kan? Lagi-lagi yang pengantin baru..haha..jangan cuak. Kawan bukan nak buat cerita lucah.

Minggu lepas kawan pergi memenuhi undangan walimatul-urus seorang jiran. Baik orangnya. Selalu lalu depan rumah kawan naik basikal.

Namanya pak leman. Rumahnya tak jauh dari rumah kawan. Tapi berpeluh juga kalau naik ‘kaki’. Jadi, kawan naik motor ke sana.

Satu benda yang kawan cukup tak berkenan pasal majlis kahwin ni, kat tempat kawan ni la, ialah pasal sound system dia. Adooyaiii….

Dah bagi kad jemputan. Ada peta lengkap. Taruk banner kat simpang. Letak bunga manggar kat lampu isyarat. Cukuplah tu.

Tak aih.. Depa nak juga bagitau kat mana rumah pengantin ni. Lalu dipasanglah lagu kahwin. Upah deejay. Pasang box besar-besar. On!!

Bedegum bedegam! Dengar macam dah dekat. Rupanya nun jauh kat sana. Bila sampai jer… telinga ni dah pekak dah. Nak cakap pun tak boleh.

Bayangkan, kawasan dah la tak besar. Cukup-cukup letak dua khemah makan. Tempat rewang, tempat buat air, tempat deejay tu pun dok tumpang porch jiran-jiran. Eh…nak jugak sumbat box music tuh…hampeh betul….

Jadi, dari box tu dengan tempat makan jarak cuma lima nam kaki. Tak ke memekak namanya! Tu la rupanya kerja kahwin tempat kawan ni.

Tapi tu rumah lain. Rumah pak leman kawan tabik spring! Bagi kad jer. Tak ada banner. Bunga manggar cuma cacak kat laman. Cuma buat lawa-lawa.

Yang best, tak ada muzik degum degam tuh.. senyap jer…baru pengantin baru boleh kahwin! Ops…syasyul lagi…🙂

Bagus la awak pak leman. Senang sikit telinga kawan. Nak makan pun selera. Nak gebang pun senang. Tak payah nak cakap “..aaa..apa ko cakap… aaa…” macam tempat lain tu.

Kawan sedih sebenarnya tengok budaya kerja kahwin yang memekak gitu. Kalau rumah ko banglo. Laman besar macam padang. Ha, buatlah.

Letak jauh sikit kotak speaker tu. Taklah mengganggu tamu nak makan. Tamu nak cerita. Tamu nak bisik ke. Nak gosip ke..tak gitu?

Ini laman dah la tumpang jalan tar kerajaan. Tempat sempit. Ambil nasi berlaga punggung. Pun nak juga bagi glamer sakan.. aduhhh..

Kawan harap ada la kalangan kita yang masih sekufu cara fikirnya dengan pak leman. Majlis sederhana. Tetamu ceria. Tiada gangguan bunyi.

Kita kan ada rujukan. Rujuklah. Buat apa yang disarankan. Mudah-mudahan majlis akan lebih berkat dan lebih bermanfaat. Tak payah tambah itu ini…

Kepada bakal pengantin, baru jadi pengantin, dan pengantin-pengantin lama, Selamat jadi Pengantin. Semoga berbahagia ke akhir hayat.

Kalau buat kerja kahwin, bagitau la kat orang. Kalau kahwin, jangan kecoh pulak. Senyap-senyap jer…syyyy…….. :) 🙂

22 Respons to "Syyy…senyap. Ada orang kahwin!"

Kerja kahwin sekarang memang gempak.

Dari Pahang bunyi muzik dan suara DJ dah boleh didengar sampai ke Tanjung Malim umpamanya. Dapat DJ yang bagus, nyaman jugalah telinga ni. Dapat yang merapu-rapu sambil buat suara base tu aduhaiiii..

Apapun cara sambutannya, bersederhana itu lebih baik. Jika mahu diraikan dengan bunyi-bunyian, jangan sampai ia menggangu ketenteraman awam tak kiralah pada yang bertandang ataupun jiran-jiran.

Sekadar pandangan

Kat mana-mana sama je situasi ya SK..
Tak pergi karang kena kata. Nak pergi telinga merana…sabar sajalah..
Terima kasih atas pandangan SK..

kuat sangat pasang lagunya.. dah la lagu pun entah apa2.. anak yang kahwin dipasangnya ‘ayahku kahwin lagi’.. sengal!! ha3..

memang sengal.. sepertinya makin susah nak pisahkan elemen hiburan dalam hidup. makin kuat makin rancak pulak..

Bila berkunjung ke majlis perkahwinan sering kali kita dapat bertemu dengan rakan dan saudara yang dah lama tak jumpa. inilah masa yang paling syok untuk beramah tamah dan bertanya khabar.

Kalau speaker box dah memekak, mana nak datang rasa seronok! Nak makan pun tak senang apatah lagi nak beramah mesra. Kalau nak main lagu pun, jagalah volume tu supaya tidak menganggu. Bukan semua orang suka dengar yang bising-bising ni.

Agaknya dia orang excited dengan lagu-lagu yang menghiburkan tu.
Sampai lupa nak adjust volume dia. Tapi kalau terjumpa situasi macam tu, memang cepat rasa marah dan boring..
Cepat je nak balik dari majlis tu..

Salam Sdr Empunya Blog:Saya datang menjengah. Andai dipatuh serta dipelihara tatacara ejaannya tentulah lebih bagus. Misalnya, huruf besar untuk nama khas dan gelaran, seperti Pak Leman, Mak Mah atau nama orang dan tempat.

Terima kasih datang dan sudi memberi komen di blog saya, saudara Marsli.
Saya sangat berbesar hati atas kunjungan saudara. Saranan saudara akan saya cuba praktikkan dalam tulisan saya akan datang Insya Allah..

Sdr Pemilik Blog: Terima kasih atas jawapan. Saya mohon maaf kalau saranan kecil saya itu menyinggung Sdr. Tulislah elok-elok dan teratur, moga nanti dapat pula Sdr bukukan sebagai sebuah novel atau apa sahaja. Selamat maju jaya.

abang reds.. orang kawen la kena bising2

http://contengcorner.blogspot.com/2010/12/adik-beradik-yang-kiut.html

kena ada limit juga bro mizi..karang ‘bising’ kat paper pulak..

huhuhu.. kerja kahwin mesti bagi tahu..
aktviti lepas kahwin.. kena senyap.. huhuhu

wa..makasih abg sop sudi beri sepatah dua kata..
ada jugak yang tak ader kerja kahwin, kahwin senyap..tau-tau ada baby..hah..tak senonoh..

Kesimpulannya,
kesederhanaan itu adalah yang terbaik!!!
Keselesaan akan dapat dirasai🙂

mana ole-ole bandung aku missgee…ko lupa yer…
ko memang sederhana. sebab tu ko jadi baik. sebab tu ko rasa selesa. kan?

DJ kena bijak supaya tidak memasang lagu kuat dah macam opera cina nak sembang pun susah. Biar ia santai kita datang bukan nak dengar lagu sangat yang penting nak jumpa pasangan pengatin dan kenalan.

betul tu bro akubiomed.
agak diorang tak test ke masa sut up bunyi tu. agak-agak la kedudukan speaker dengan jarak tetamu.
kalau tak jauh , volume kasi kurang. ni bantai kuat semata. nak bagi 1 kampung dengar.

memang setuju habis abgreds..

selalu kalau saya pergi kenduri sekarang ni macam tulah, pasang lagu kuat-kuat, siap ada deejay nak suh welcoming the guest.
sakit jiwa rasa macam ni.Makan nak tenang-tenang.

Betul abgreds, majlis sederhana tu lebih elok..Bukan nak berhibur, nak buat masjid kan.Lebih baik duit yang diguna untuk upah dj tu disimpan untuk hari-hari yang mendatang.

Ini yang saya fikir xperlu la dlm sebuah majlis kenduri (trend sekarang)

1)dj, muzik yang mengganggu
2)pelamin (budaya orang bukan Islam)
3)asingkan tempat duduk sambut menantu dan tetamu sebelah perempuan (ni memang dilarang)

cukupla skadar majlis ‘memberitahu’ yang kita sudah berkahwin.

buat simple-simple sudah.Janji mendapat keberkatan dunia dan akhirat.

p/s:haha, tatawlah hari esok sendiri macam mana,nak kahwin sederhana, nak kasi mahar murah-murah je.

perlu ada satu dua personel seperti pak leman. sejuk sikit hati duduk kawasan tu. boleh buat contoh mana-mana yang nak ikut..kalau semua dok ikut trend yang bising..sakit jantung lama-lama.
abgreds doakan ko punya impian jadi kenyataan. tu idea yang ideal dan ikut sunnah. aha, abgreds pun ada satu idea lagi..camana kalo abgreds duduk tempat pengantin laki hoho…
nak kena terajang gamaknya aku ni…gampang!

hahah.abgreds memang nak kena!haha

haa.setuju sangat.walaupun kat muar ni dah majoriti pakai DJ tp kalau sampai mengganggu tetamu,tak seronok laa.bukan ke tetamu tu bawak keberkatan pada pengantin dan tuan rumah..nak berkat apa kalau tetamu dah rasa nak baling pinggan kehkehkeh.

haha.. pernah rasa nak baling pinggan juga. apa tak nya. ada ke patut diletak speaker ngadap orang makan. dekat pulak tu. nak pecah rasa gegendang telinga…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,899 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: