Blog Abgreds

Terima kasih Penyair Marsli N.O.

Posted on: 18 Disember 2010

Penulis (abgreds) berasa cukup kerdil dengan kunjungan tetamu saudara penggiat seni dan sastera tanahair, penyair Marsli N.O.

Beliau menitipkan sebahagian diniharinya untuk menjengah blog penulis, saat penulis sendiri terbungkam diselimuti mimpi.

Apatah lagi dengan titipan komentar yang membina itu, selayaknya menambahkan yakin kepada penulis bahawa beliau sememangnya seorang pecinta bahasa dan sastera yang tidak asing lagi.

Terima kasih saudara Marsli. Barangkali beliau dapat menyelami sedikit sebanyak persekitaran hidup penulis berdasarkan apa yang tertera di blog ini.

Mungkin saudara Marsli terlihat namanya dalam senarai blog di laman ‘Seni dan Sastera’ blog ini. Memang itulah sebahagian dari diri penulis.

Penulis berpendidikan sastera. Bukan jurusan bijak pandai iaitu aliran sains. Itulah kemampuan penulis dalam akademik.

Bagi penulis, kita semua ada bahagian hidupnya masing-masing. Untuk penulis dan saudara Marsli, serta sekelompok yang lain, kami ditakdirkan mendapat didikan sastera, lalu meminati dunia kesusateraan.

Anda pula ada bahagian anda. Kecenderungan, minat dan gaya hidup yang berbeza pula. Itu skema kita. Itulah skema kehidupan.

Saranan saudara Marsli akan penulis usahakan. Penulis akan merajinkan diri untuk cuba berubah seperti itu.

Semoga saudara Marsli dan rakan-rakan dalam dunia kesusasteraan akan terus berkarya dan berjaya dalam apa jua yang sedang kalian diusahakannya.

Penulis akan cuba menjejaki pesanan dan wawasan saudara yang lain lewat puisi dan karya saudara itu, insya Allah.

Sekali lagi, terima kasih atas kunjungan saudara.

4 Respons to "Terima kasih Penyair Marsli N.O."

Tahniah kepada penulis blog dan tahniah kepada sdr Marsli N.O. yang humble enough utk meluangkan sedikit masa menulis dan memberi nasihat berguna. Ramai yang dah popular walau sikit pun jadi sombong dan tak mahu tengok hasil org lain pula. Sekali lagi tahniah buat ke dua-dua nya.😀

Terima kasih cek Mail..
Kita sebagai manusia biasa terpaksa bergantung kepada reaksi zahir seseorang yang lain untuk membuat penilaian. Ramai juga yang berpekerti seperti sdr. Marsli N.O. tetapi kesuntukan waktu untuk berbuat sepertinya..
Yang jelas medium internet ini memang mempermudahkan kita semua berinteraksi dan berkomunikasi..

Tahniah kerana blog telah dikunjungi oleh sesaorang yang sangat istimewa. Mudah-mudahan ini akan lebih membangkitkan semangat untuk menulis di blog yang semakin mendapat tempat dihati ramai blogger.

Terima kasih abg Azam. Tidak dinafikan kunjungan serta komentar itu sebahagian komunikasi dan penyeri kepada sesebuah lawan web.
Apatah lagi kunjungan dan saranan daripada mereka yang kita hormati dan kasihi. Tentu menambah semangat untuk menulis lagi.
Apapun, isi entri masih lagi merupakan bahagian terpenting dan perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: