Blog Abgreds

Cek tendang satu sen.

Posted on: 19 Disember 2010

Dah hampir enam tahun aku buat benda yang sama setiap bulan – bayar ansuran kereta. Empat tahun terakhir aku bayar guna cek.

Tak pernah lat. Bayar lebih dari amaun sepatutnya. Tak la lebih mana. Genapkan saja. Sekarang ada terlebih bayar sebulan lebih.

Sekali peristiwa, aku terlupa nak catit tarikh pada cek aku. Langsung aku tak perasan. Macamana boleh tak perasan? Terberanganlah aku ni…

Member kat bank penerima telefon. Dia kawan baik aku. Luar bank pun kamcing. Dulu kalau bayar tunai selalu tuju kat dia minta buatkan.

Dia cakaplah, “Red, cek ko tak ada tarikh ni. Mana boleh bank in”. “Iya ke? Eh, Mat, ko tulis je lah tarikh dia. Aku lupalah” jawab aku.

Gila ko!” Tiba-tiba terkena ‘gila’ aku. “Mana boleh”, sambung Amat lagi. “Eh duit aku cukuplah. Ko bukan tak tau”, balas aku.

“Bukan soal ada duit ke tak ada duit. Memang pantang bank macam tu”, terang Amat lagi. “La, gitu ke? Mana aku tau” akhirnya aku surrender.

Dalam kes macam ni, kawan baik ke, track record baik ke, semua belakang kira. Jangan sentuh apa-apa kat cek tu, cerita Amat lagi.

Amat suruh aku pergi bank ambil surat pengembalian. Perh.., surat tu siap dengan gambar cek aku depan belakang. Pen merah tanda kat tempat tarikh yang kosong. Aku kena tandatangan penerimaan surat.

Kata Amat, nama aku dah masuk senarai cek tendang kali pertama. Kalau masuk tiga kali, akaun aku kena gantung. Hoho..dah kena amaran nampaknya.

Aku akui silap tertinggal tarikh. Tapi tak tau sampai macam tu bank punya prosedur. Ertinya institusi perbankan ni memang mengutamakan prinsip serta tegas dalam kawalseliaannya. Itu memang baik.

Lagi satu pantang bank, kata Amat, jangan sampai akaun tak balance. Kalau tak seimbang biar satu sen pun, kena cari sampai dapat kat mana silapnya.

Kalau akaun yang silap tu antara duit rekod dengan duit fizikal, hah, ko carilah satu sen tu sampai dapat. Jangan memandai top up sendiri.

Karang ko top up, sekali satu sen yang hilang tu ada orang jumpa, hah, dah jadi dua sen. Tak balance lagi.

Dah jadi kerja lain pulak nak cari dari mana datangnya satu sen yang lebih ni. Sekali dia orang dapat detech ada orang top up sendiri.

Siapa tu? Engko nak ngaku? Kalau tak ngaku, satu office kira salah, ko nak macam tu? Kalau ngaku…jawapnya…hehe..aku pun tak tau…

Aku bukan kerja kat bank. Korang tanyalah kawan-kawan korang yang kerja bank tu. Aku cerita kisah aku saja.

Ada kerja adalah masalah. Ada masalah adalah kerja! 

33 Respons to "Cek tendang satu sen."

nasib baik dah tak keje jaga bank punya sistem.. teringat dulu masa buat internet banking ada bug sikit menggelabah tak tido 2 hari nak cari rootcause

Wa.. ko ni genius komputer rupanya…kasi jempol untuk ko, che Arm.
Ada juga dengar citer macam ko ni. Kawan Abgreds tu jaga sistem komputer kat kilang ST (kilang beso nih), gaji beso keje sikit. Tapi siaplah kalau komputer kilang tu virus ke bugs ke..memang kene settel sampai tak tido..

Assalaamu’alaikum abgreds…

Memang begitulah prinsip bank dalam menjalankan operasi mereka kerana berurusan dengan amanah dan wang orang ramai. Saya punya pengalaman dengan seorang saudara yang kerja bank yang kerja di kaunter depan.

ketika mengira wang dari kaunter yang dia kendalikan, terdapat kekurangan Rm1000.00 dari jumlah wang masuk pada hari itu. menangis tak berlagu kawan ini terpaksa menggunakan wang sendiri untuk mengganti wang tersebut. Itulah risiko bekerja di bank yang banyak tidak diketahui oleh orang ramai.

Diharap tidak akan berlaku lagi cek tendang kepada abngreds pada masa depan. Terkadang perkara kecil boleh membawa impak besar yang tentu sekali bakal merugikan kita sendiri. Oleh itu, sama-samalah kita berhati-hati. saya mendapat manfaat dari pengalaman itu.

Salam mesra dari Sarikei, Sarawak.

Wa’alaikumussalam wbt..Puan Siti..

RM1000.00? Wah banyak tu. Saya pernah kerja waiters warung jalanan waktu remaja dulu. Pernah juga kekurangan wang dari sepatutunya disebabkan jenis makanan yang disebut pelanggan tidak tepat. Biasanya selisih dalam belas-belas ringgit. Tapi itu terkadang saja..

Itu risiko pengutip atau juga pekerja kewangan di bank. Jarang diketahui sebab jarang sebenarnya berlaku kesilapan. Menurut kawan saya lagi, mereka ada satu tabung pekerja bank atas inisiatif sendiri. Jika berlaku seperti kekurangan itu, akan ditampung oleh tabung tersebut.

Sudah tentu pengalaman ini membuatkan saya lebih berhati-hati lagi. Sekarang mau bank in cek mau belek-belek banyak kali dulu baru masuk dalam mesin..kadang dah lengkap pun macam belum lagi….hehe..

Oh ya, selamat kembali dari percutiannya ya puan. Moga istirehatnya mendamaikan dan mengembalikan momen-momen indah puan sekeluarga. Terima kasih berziarah ke blog ini.

kalau terkurang byr (w/pun 1 sen) mmg dia org alert benar tapi kalau kita terlebih byr dan nak pulangkan semula bakinya, lama benar… kenapa tu ya?

Haha..betul sdr. Piewahid.. kalau nak minta balik bukan main lagi..bukti pembayaran terlebih tu pun tak percaya…

err..baru tau strict jugak eh? heh, kene hati2 la pasni abgreds..🙂

thanks abgreds komen ritu..betul cakap abgreds..sedangkan nabi maafkn umat, sapelah kite ni taknak maafkan org lain kan?

Gitulah Siti..ada masa dan ketika kita perlu didisiplin dengan tegas..ngee..
Ala..komen biasa-biasa jer..sama-sama ingat mengingati…

huhu. bahaya cek tendang ni, nanti ada rekod buruk ngn bank kan.

*mujur mak dulu kerja ngn bank, senang lah sikit ayah nak tanya apa2 berkaitan bank😀

Tu la..kan dah kene sebijik! Ko jangan berangan macam aku Fan..

Takpe Baru amaran pertama..
Pastikan tiada ke-2 dan yg ke-3🙂

Tobat dah Missgee..
La ni. dok belek cek pat lima kali sebelum masuk mesin collector tu..hehe…

saya pernak cek kena tendang sebab bos lupa letak perkataan sahaja. gilo apa.. bank pun satu hehe

Eh Ain, perkataan sahaja tu penting. Kawan Abgreds cerita, ada kes ditambah amaun kalau tak tulis sahaja tu..
Huhu..gilolah..gilo jaga duit…ok jugak tu..

Saya selalu sangat alami macam ni…bila boss suruh pergi bank in cheque..tanpa berlengah terus jer gi bank..tak tengok apa dah..masuk jer dalam atm.pas tu boss katanya azman awak tak tengok ker cheque tu saya lupa tulis tarikh..hahhaa saya jugak yang salah hmmm..

Bab akaun tak balance tu,selalu sangat kena bila hujung bulan….jenuh dok cari mana silapnya…last dapat jugak..alahai tersalah masuk amaun jer hmmm..

bahaya jika tersalah kira akaun ni.
selalu nya bila jadi masalah besar, masa kat hujung2 tu.
Tau2 je, alamak, duit takde!

Terima kasih Man dan Affan..
Hehe…kita juga yang salah Man yek..apa nak buat Man.. kerja dengan dia, angguk je lah..
Man kerja jaga duit juga? Kira betul-betul bro..kang kena ganti duit sendiri..

kaya dep kalau mcm tue..

Maaf donny, saya tak berapa faham maksud anda…

Salam

Ya, saya faham situasi ni. Teringat zaman bekerja sebagai cashier. Nak tutup akaun kena seimbang. Bila terkurang dan terlebih, kena marah. Bukan jadi tambah kerja tapi tambah masalah lebih selirat.

=)

Hati-hati bermain dengan perihal wang.

W’salam…Terima kasih bagi pendapat Sephi..
Dulu pernah jadi juruwang rupanya..

tak balance? hehe..tingat zaman belajar dulu masa nak amik SPM..kemain kecoh bila buat akaun tak balance 1 sen..rasa macam grrrrrrrrr gerammmm! Tapi betul, memang ada perasaan nak tampung guna duit belanja sekolah sendiri time tu.haha..

siap pakai duit betul ke Yong..? canggih tu..
p/s : dah belajo cam tu pun, sekarang akaun asyik tak balance jer ..err..akulah..bukan ko Yong…🙂

Jap…tertinggal satu..kui kui kui….ada orang femes datang nampak????Tahniahhh…..eemmm…bila nak join deklamasi sajak kat Istana Budaya?….jangan lupa jemput tau…ai nak tiket free….

terima kasih cikgu..
aii.. nak tiket free…ingat pendeklamasi tu datang IB naik basikal ker..huahua… gurau jer..
pi la mintak dengan dia sendiri..

ASSALAMUALAIKUM……WAACHAAAA……..!!!!!!!hai abgreds….windu ai….Nggeee…i’m back…..wah…femes ai jadi Nurin Inn…pandai ai buat laporan….

En. ardzham..memang susah jadi orang kerja bank ni…sebelum jadi cikgi,ai pernah kerja kat bank..memang semedannngggnyeerr balik lambat sebab nak mengira cukup ke tidak duit 1 sen ni…jaga bank lagi laaaa balik lambat….

Abgreds…tolong doa ai…esok dan lusa dua paper lagi wehhh….

Huh, sihat lagi..wa’alaikumussalam wbt Nurin Inn..
Sebab tu tak boleh jadi bankers, jadi cikgi boleh balik cepat kan kan kan…
Oklah..moga cikgu dapat buat yang terbaik untuk paper-paper tu…

Huhuhu macam tu pulak ceritanya ye, ingatkan kurang 1 sen boleh seluk poket tambah jer. Bukan bernilai sangat pun 1 sen tu. Rupa-rupanya tak boleh pulak. Susah jugak orang kerja bank ni yek.

Pernah dulu saya dah tutup akaun kad kredit, datang lagi statement kena bayar 4 sen, nasib baik saya bayar kalau tak bayar mungkin lepas 10 tahun entah berapa faedahnya dikira.

Sesekali dengar cerita kawan kerja bank bang Azam..
Yang selalu dengar diaorang memang selalu balik lambat. Overtime sampai pukul 10.00. Ada catatan yang kena beres hari tu juga..
Nasib baik bayar 4 sen tu bang…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: