Blog Abgreds

Empirisisme, nativisme,interaksionisme… Mari masuk sekolah tadika!

Posted on: 28 Disember 2010

Semasa mengemas sebuah kotak, aku terjumpa sebuah buku pra-sekolah keluaran Cerdik Publication Sdn. Bhd. tahun 2002.

Buku tadika? Ehm…ingat nak jual saja dengan tokei surat khabar lama. Apa barang aku yang tua bangka ni nak baca buku tadika..kan?

Baru saja aku nak lempar, mata aku terpandang muka belakang buku tu. Sekali aku pun bacalah apa yang dia tulis…emm? Huh? Tak faham aku….

Maksud aku, aku tak faham kenapa aku tak boleh faham apa yang dia tulis? Wei…ini buku pra-sekolah …tak kan la tak faham! Buat malu saja.

Aku printscreen dekat sini bagi kau orang baca…ada faham? Hehe… aku tau ada yang tergaru-garu kepala macam aku jugak…tak pun aku seorang saja yang tergaru-garu kot! 🙂

Empirisisme, nativisme,interaksionisme…kau orang tahu maksudnya? Tak tahu macam aku? Haha..mari masuk sekolah tadika beramai-ramai!

Untuk pengetahuan, perkataan empirisme itu samada tersalah eja atau kecuaian pembaca pruf, atau memang ada perkataan itu. Yang aku jumpa ialah empirisisme.

Itulah tadi bukan main eksyen, nak buang… konon dah pandai la ..sombong tak mahu belajar. Sekali ambik kau!

Baiklah, aku mengaku memang tak tahu maksud perkataan tersebut. Jadi aku semaklah dengan kamus online DBP…eh, tak ada pun perkataan tu.

Aku dah naik pening dan sekali gus malu juga weh. Buatnya ada budak-budak pra-sekolah yang faham menatang tu…

Akhirnya aku semak kamus terjemahan BI-BM Oxford. Dapatlah aku gambaran sikit tentang perkataan tu. Itupun ambil kata dasar dalam BI.

Untuk keseluruhan maksud, aku masih terkebil-kebil. Macam malas nak fikir. Tapi aku ni pula jenis selagi tak faham selagi itu la terfikir menatang tu.

Kadang aku tertanya, apakah tidak ada perkataan lain dalam bahasa yang lebih mudah untuk menyampaikan maksud berkenaan?

Adakah penulisnya mahu menyebarluaskan penggunaannya, atau menjaga imej beliau sebagai penulis profesional?

Entahlah… cuma dia dan keluarga dia yang tahu..opss..Allah Taala dah tentu tahu la…(usik-usik kak Norah je -penulis buku tersebut.)

Aku tahu kat luar tu ada kawan-kawan yang arif lagi bijakana. Tolong la bagi tahu aku maksud perkataan tu ye..

Tolong kami…bantu kami…anak-anak kurang ilmu….🙂

30 Respons to "Empirisisme, nativisme,interaksionisme… Mari masuk sekolah tadika!"

Assalaamu`alaikum abgreds..
Sebenarnya itulah masalah dengan penulis kita dewasa ini iaitu kurang menggunakan bahasa yang moden dan dinamik semasa menulis.

Mereka cenderung menggunakan gaya bahasa keinggerisan yang keterlaluan. Sikap terbuka bahasa melayu meminjam dan menyerap perkataan dan aspek kebahasaan asing menyebabkan Bahasa Melayu kini saya lihat semakin kurang dinamik dan moden. Malah ada di antara perkataan dan gaya bahasa asing ini telah menjadi barah yang semakin berakar umbi di kalangan masyarakat kita sehingga sukar untuk diperbetulkan. Namun demikian saya tidak menolak bahawa bahasa melayu tidak boleh meminjam bahasa asing. Cuma apa yang saya tekankan di sini ialah pengguna bahasa melayu perlu peka dan berpada-pada semasa meminjam atau menyerap perkataan dan bahasa asing.

Wa’alaikumussalam wbt MM…
Saya tidak berapa pandai menyusun ayat untuk menyatakan sikap saya terhadap isu-isu bahasa kebangsaan ini. Yang pasti, keghairahan saya untuk mengikuti perkembangan bahasa dan DBP semakin lemah lesu.
Saya tak fikir untuk menyebutkan sebab-sebab bersikap demikian. Cuma saya berharap DBP akan kembali berperanan menjaga serta menambahbaik bahasa dan isu-isu bahasa ini.

huhuhu entah….saya pon tak tau.nanti saya semak dalam kamus dewan bahasa pulak eh =0

ko punya komen tak de kat list, tapi ade pulak kat sini…macam-macam wp ni..
tak tau tak pa Rose..susah-susah ko nak buat kopi..eh nakbukak kamus…🙂

saya pun x faham ape maksudnye..hehe

Hai Pia…bisnes amacam? Tak tau tak pa Pia..nak buat macamana..

Salam Abgreds,

Mak oiiiiiiiiiiiii… mana mahu menyebutnya ni Abggreds ? Puas adjust lidah SK ni hahhahaha.

Maaf ya. SK pun baru kali ini tengok perkataan sebegini. Tak dapat bantu.

W’salam SK…
haha..tergeliat pulak karang nak makan…dah dah…tak tau tak pa…

Wah.. Pening den..hu3

tak payah pening Decrewz…buat tak tau dah le…

saya yang dah tua ni pun tak paham makna perkataan tu hehehe🙂

Aku dah semak kat kamus online tu pun tak ada Man…nampak macam tak ada sapa yang tau huhu…

hoh…nak menyebutnya pon sampai tergeliat lidah..apatah lagi nak faham…lol

Ni bahana buat perkataan terjemahan terus ikut bunyi… pandai-pandai la nak ejas lidah tu..

fikir dulu sebelum buang…byk kelebihannya…hehehe

Akubest..makasih mai sini…
Jangan buang merata-rata…apa-apa benda la ..:)

terima kasih untuk entri ini yg mengingatkan saya utk membuat entri tentang DBP..hehe.tq2

Abgreds pun ada berangan nak tulis pasal DBP. Ko tulis dulu la Adele…nak tengok apa ko tulis…

Assalaamu`alaikum abgreds, Adele.
Saya pun dah merancang untuk menulis mengenai DBP tapi lebih kepada kepincangannya dalam melestarikan melayu tradisional. Bunyinya agak sinis, tapi sesuatu perlu dilakukan! DBP bagus cuma mungkin pemodenannya menyebabkan sedikit kecelaruan……

Wa’alaikumussalam wbt MM.
Kalau macam itu, MM dipersilakan terlebih dahulu, boleh MM?🙂 …Saya kira persoalan umum tentang DBP ini ialah soal peranan mereka itu sendiri serta isu-isu bahasa di kalangan masyarakat yang tampak makin kurang berkesan. Apapun, saya tunggu artikelnya nanti..

Mungkin perkataan yang digunakan itu lebih tepat dari segi maksudnya, namun macam yang Abgreds cuba sampaikan dalam posting ni apalah gunanya jika tak ada siapa yang faham kan?

Bila time membeli buku, tiada lah ibubapa yang akan pergi ke rak kamus untuk siasat maksud perkataan itu, apalagi kalau buku2 untuk peringkat tadika. Normally, kalau saya lah, saya akan check kandungan buku untuk pastikan samada tahap yang diajar dalam buku boleh diikuti oleh anak saya. 😀

Betul juga cakap abg Mail tu. Dah tu aje mungkin perkataan yang tepat untuk maksud tersebut.
Terpulang kepada individu sama ada dia nak jadi lebih pandai dengan mencari maksudnya, atau kekal dengan kepandaiannya pada tahap itu saja.
Peranan ibu bapa macam abg Mail cakap amatlah betulnya..

Peringatan untuk diri sendiri jugak ni…
~semak sebelum buang… (“,)
Salam ziarah..

Betul tu RT..fikir sebelum buang…
Nak buang t— kena fikir tak?🙂
Terima kasih dan salam kenal juga untuk RT..

wah bagus… tapi ni kn stategi penulis nak pancing ibu bapa atau guru…

Mungkin juga Manan…
Terima kasih bagi komen ya..

macam2 hal ek skang niee…sepatutnya buku tadika macam tue xboleh pakai perkataan yang bombastik sehingga membuatkan orang keliru dan tidak tahu..sepatutnya guna bahasa yang senang difahami..ntah siapa agaknya yg wat buku tadika tuee..huhuhu

Bio le Lalink..karang budak-budak cepat pandai..cepat abis silibus…hehe..
Kita tak tau maksud penulis sebenar guna perkataan tu Lalink, kalau rajin carilah kamus…

Tak tau,tak tau, saya bukan Cikgu Tadika…..:)))
Kat Malaysia ni, tadika dah guna semua perkataan tu ke? mak aih, ni dah kira canggih tahap Tok Gaban Hantu Kak Limah dah ni….takut pulak bebudak tu naik tahun satu nanti bahasanya boleh membuatkan cikgu cikgu kepitaminisme…..

Kepitaminisme…haha…aku ingat bahasa German tadi…
Kalau cikgu kepitaminisme, murid dia kekantinimisme…hehe…makan nasi kelemakinisme..hehe..
lama-lama pening juga yang tukang baca…ni cikgu Nurin yang mula arr aku tak tau..🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,899 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: