Blog Abgreds

2011, Melayu baru, baru Melayu…

Posted on: 1 Januari 2011

Aku saja letak gambar Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari kat entri aku kali ini sempena tahun baru 2011.

Aku harap aku dan kau orang semua dapat sedikit sebanyak menyerap semangat yang ada pada beliau untuk mengharungi tahun baru ini. 

Semua orang tau siapa beliau. Tapi tak semua orang tau kisah beliau. Dan tak semua kisah beliau diketahui orang.

Aku pun tidak pernah jumpa beliau. Cuma aku ada seorang kenalan yang agak rapat dengan beliau.

Semestinya kenalan tersebut seorang usahawan yang pada mulanya menjadikan beliau sebagai idolanya.

Setelah beberapa tahun berlalu, perusahaannya mula berhasil. Kenalan niaganya bertambah seorang demi seorang.

Akhirnya, berkenalanlah beliau dengan Tan Sri Mokhtar. Kemudian, selepas beberapa waktu lagi, kisah kenalan aku dengan Tan Sri tu bertambah seri dan serius! Haha…

Beliau bukan saja dapat berurusniaga dengan idolanya, malah mula mendapat perhatian Tan Sri untuk menjadi kawan akrabnya.

Bermulalah hubungan yang lebih erat antara kenalan aku dengan Tan Sri hingga mereka pernah ‘ngeteh’ kat warung tepi jalan kat Muar ni.

Banyak kisah bangun jatuh Tan Sri dalam bidang perniagaan hingga bergelar jutawan ini. Dan banyak kisah terkini beliau diceritakan kepada kenalan aku tu yang tidak diketahui umum.

Sebagai kawan, dapat jugalah aku dengar kisah-kisah yang barangkali bukan rahsia rasmi disampaikan oleh kenalan aku tu tentang Tan Sri. Sungguh panjang perjalanan beliau…

Beliau memang contoh seorang Melayu baru yang kental mendokong ciri-ciri bangsa melayu jati walaupun bergelar jutawan…itu baru Melayu namanya…

Nota : Hmm… bilalah aku nak tengok melayu baru yang lain nih… :( 

Nota 2 : Baiklah, sempena tahun baru ini, marilah sama-sama kita berusaha lebih baik pada tahun ini dan semoga dapat mencapai cita-cita dan impian masing-masing..🙂

Selamat tahun baru 2011 kepada kau orang semua!

21 Respons to "2011, Melayu baru, baru Melayu…"

walaupun dah berjaya, beliau tak penah bgga diri n kedekut. tp mlyu skrg, br bjya sikit, dah rs puas,bangga n lupa diri. huhu

Itu yang susah nak cari tokoh pelapis Tan Sri ni Husna..
Berjaya dah berjaya … tapi kena penyakit – penyakit rendah akhlak seperti itu pulak..

Ramainya orang sekarang ni, nak cepat kaya, buat cara piramid.. Ada yang berjaya, ada yg x.. Kadang2 tu ada yang beriklan ajak orang jadi kaya sedangkan orang yang beriklan tu guna hanya kapcai..apa kes..? Mungkin belum sedar dengan reality dunia.. Mana ada org senang cara senang kalau x menemouhi cara yang susah.. Yang diatas x semestinya kekal…

Ini pendapat kaki bisnes nih..ko bisnes apa deCrewz? Kita biasa cepat tangkap senario sebenar bila dah biasa dengan kerja tu. Macam ko cakap la, bisnes ribu-riban, naik kapcai pun tak segan, macam orang tak perasan!..

Mia…kuikui.. :
Sanggup ko mencemar duli ye datang sini…o..terharunya blog aku…hehe.. Selamat tahun baru untuk ko jugak Mia..

Sam :
Amacam uptown haritu ..ok? Aku tak jejak lagi la…harap bisnes canteek bro…

Tenang :
Moga pahala dan kebaikkan dari beliau terus luas tersebar…

Mira nas :
Memang tak ada orang susah kalau semua berjaya. Malangnya tak semua orang boleh berjaya Mira…moga Mira berjaya juga ok..

Sollehahn :
Semua tu masuk lah Solleh.. aku jer ciputwan haha…

Abadi :
Ko semekin ke bro..? Macam tak caya pulak.. apa pun kita usahalah cara masing-masing agar dapat menjejak sikit sebanyak kejayaan tokoh kita ni..

Wahida :
Betul tu. Orang yang berjaya dalam sesuatu bidang, biasanya dia amat memahami dari A-Z bidang tersebut kerana telah terlibat sejak kecil…

Cikgu Nurin :
Selamat tahun baru untuk cikgu juga…

Mankuchai :
Banyak nilai positif beliau yang harus dijadikan teladan, Man.

Tika :
Ha, jangan jadi kacang lupakan kulit ye Tika. Mesti tanam azam nak ikut berjaya macam Tan Sri.

Assoyfinger :
Rumit? Rasa dah sempoi tahap gaban nih hehe..rumit kalau difahami masih bagus kan.
Terima kasih bertendang dan berkomen di sini ya.

Missgee :
Betul tu. Orang yang rasa susah,jiwanya jadi tabah, usahanya makin tambah, onak duri cekal diredah…
Lalu dia akan berjaya Insya Allah…

Zik :
Pilihan tepat untuk menjadi inspirasi mereka yang mahu berjaya…

memang teruja. Salah satu idola aku. Nak juga jadi Melayu baru!

Seronok bila tengok ramai Melayu yang berjaya tetapi sayang majoriti Melayu masih berada di paras miskin tegar terutama dibandar.

p/s-aku termasuk juga dalam senarai miskin tegar..huhuhu

uih..idola aku…bukan jutawan la abgreds..bilionwan…eh..hartawan…hehe

kalau semua senang berjaya.. takde la orang susah dah.. kan?

memang hebat dan juga dermawan.. siap bina masjid lagi..

kejayaan tu lebih bermakna bila kita mulakan dari bawah.. setiap sasah payah tu berbaloi bila apa yang diusahakan tu berjaya..

semoga kita usaha jadi Melayu yang terbaik dan mengekalkan asal usul Melayu itu.. bukan hanya Melayu pada nama..

baru aku tahu cerita dia nie… ternyata bukan mudah untuk berjaya… akan ku jadikannya inspirasi.. insyallah…

Biasanya orang yg berjaya..
Pernah rasa hidup di bawah..
Mereka mengubah hidup dengan cara beubah..
Berubah lebih kuat..lebih yakin.. lebih berusaha..

P/s; Semoga melayu terus maju🙂

Salam….penulisan kao sedikit rumit tapi menarik….(pedas tapi sedap)..huhu

wah, tan sri ni lah yg memberi biasiswa tuisyen masa spm dulu..siap bagi buku free lg..
anak melayu yg sntiasa fikir masa dpn melayu..

Kagum juga dengan Tan Sri ni…salah satu syarikat yg beliau uruskan Muzium Kesenian Islam di Kuala Lumpur🙂

Ya…semoga kita akan menjadi Melayu yang mempertahankan Melayunya….Takkan Melayu Hilang di Dunia….

Selamat Tahun Baru, azam baru….dan barukan azam….hi hi hi….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: