Blog Abgreds

Resepi rojak terpupus.

Posted on: 3 Januari 2011

Baiklah tuan-tuan dan puan-puan, hari ini kita ada resepi istimewa. Resepi klasik lagi asli dari orang kampung.

Resepi ni sudah pupus ya tuan-puan sebab chef-chef dia dah tak ada di kampung. Ataupun kampung-kampung chef dia dah tak ada ...haha... 

Bahan utama :

Nenas masak / separuh masak / suku masak 3 biji. Putik nangka / putik cempedak seplastik. Jambu batu masak / mentah 3/4 biji.

Semua bahan dibasuh bersih. Jumlah bahan untuk hidangan 10 orang. Err..10 orang budak-budak kecik… kalau ada lebih, tambah lagi ye..

Bahan penambah perisa :

Garam dan gula secukup rasa. Sedikit cuka. Seberkas pucuk daun asam. Satu cedok air masak. Sedikit cili api untuk memerahkan telinga budak-budak.

Bahan penggaul :

Cari lesung kayu (lesung buat menumbuk padi untuk diambil antah/berasnya) dan bersihkan. Cari alunya dan bersihkan juga la. Panggil abang Leman mintak tolong tumbuk. Budak-budak mana kuat angkat alu kayu tu.

Cara-cara membuatnya :

Kupas nenas dan cincang. Tumbuk sedikit sedikit. Masukkan bahan utama yang lain. Tumbuk sedikit-sedikit sampai jadi macam rojak petis tu lah..

Masukkan bahan penambah perisa dan tumbuk serta gaul hingga sebati. Jadilah rojak kampung versi pop yeh yeh lapan puluhan haha

Kemudian, panggil makcik Yutt suruh dia rasa okey ke tak…Dah okey makcik Yutt? Okey… rojak kampung dah siap untuk dihidang!

Suruh budak-budak ambil daun pisang untuk dijadikan pinggan polystren original hehe… Bersihkan dan koyak-koyak sebesar kertas A4 tu. Ambil seorang satu dan suruh beratur.

Cedok pakai senduk. Seorang dapat satu senduk. Carilah tunggul kayu ke, batang kayu rebah ke… alah, bersila atas tanah pun jadi!

Sambil makan tu sambil ngata la baru sedap, kan? Kalau tambah nenas sikit sedap ni…kalau manis sikit sedap ni…kalau jadi rojak petis sedap nih..! minda budak-budak pasal makan memang laju…🙂

Jadi, itulah saja resepi kita hari tuan-tuan dan puan-puan. Kalau kat kampung tuan-tuan ada otai-otai rojak kampung ni, apa kata usha dia orang.

Mana tahu ada yang masih kepingin buat rojak kampung ni. Cuma satu benda je la yang susah nak cari…lesung kayu! Mana mau cari?

Nota : entri retro mengenang kisah rojak kampung penulis zaman kecil-kecil dulu. Faktanya cuma berdasarkan ingatan separa tua penulis..🙂

33 Respons to "Resepi rojak terpupus."

abgreds, omu tak pernah makanlah rojak ni…memang tak pernah jumpalah…yelah orang lahir kat dunia moden…huhu…nak rasa…macam sedap…dan menarik…tak rasa belum pure melayu malaysia lagi ni….

Tak pa Omu.. itu masa lalu generasi Abgreds…
Masa Omu kecil tentu bukan begitu. Tentu ada momen lain pula yang Omu rasa sangat indah dan abadi dalam hidup ini…itulah kehidupan Omu…

memang inilah makanan kegemaran masa kecik2 dulu..tapi dah tak buat lagi..memang sedap….patut buat dan ajar2 anak2 resepi ni supaya tak pupus…

Assalaamu’alaikum Abgreds…
Hahaha… mohon ketawa dulu ya. Inilah pertama kalinya selama saya memegang jawatan menyimpan segala resepi keluarga sejak zaman nenek hingga anak saya… tak pernah jumpa resepi yang mempunyai cerita panjang seperti resepi kampung Abgreds ini.

Jenuh juga membaca cara-cara membuat resepi ini. penyediaan yang paling mencabar adalah menyediakan lesung kayu. Sah… saya tidak akan pernah berjaya menyediakan resepi ini kerana saya hanya ada lesung batu bulat yang kecil sahaja.😀

Walau bagaimanapun, tahniah kerana sudah memaparkan sesuatu yang bagus untuk perkongsian bersama. Mudahan makanan orang dulu2 tetap dapat dirasai oleh anak generasi masa kini. salut atas resepinya yang dibuat dengan bersungguh2 dan saya dapat merasai kemeriahan suasana tika menikmati resepi kampung ini.

Salam mesra dari Sarikei, Sarawak.

Wa’alaikumussalam wbt puan Siti..

Saya senang dengan mood ceria puan setiap kali berkunjung ke sini. Kalau ada masa ingin saya cerita lebih perinci lagi. Namun saya terpaksa mengeditnya sesuai untuk satu entri sederhana ini dan dengan masa yang terhad.

Dulu senang puan, semua bahan dan alat lengkapan untuk membuatnya ada di setiap rumah seperti pokok/tanaman, kebun, lesung serta orang tua yang mesra budak-budak.

Saya tuliskan kembali sekadar memperingati momen-momen indah dan ceria zaman kecil saya. Memang itu salah satu perancangan tentang pengisian blog ini.

Terima kasih atas komen yang mesra entri dan pembaca sekaligus saya selaku penulis di sini..

Baru 1st time dengar nama menu ni abgreds. Thanks berkongsi reseipi dan info

Menu dulu-dulu Sk…
Sebenarnya cuma salah satu aktiviti budak-budak kampung jer, bukan resepi formal…

wah menarik.. cume sakng nak cari lesung kayu tu agak sukar jugak kan.. sayang betul benda2 lama ni jarang digunakan skang… tapi kaalau ada sangat la unik kan..

Rasa memang dah tak boleh buat lagi dah…pewaris chef ni pun dah jadi orang bando..

Wah nilah dia rojak kampung yer…mmm letak pucuk assam gelugur lagi mantap yer abgreds….kalau kat kampung isteri dipanggil rujak bubuk…dorang tebuk batang kayu lebih kurang sekaki panjang,lepas tu mulalah start tumbuk…tapi tak besar macam lesung dalam gambar tu…

Teringat pesta buat emping masa kecik2 dulu..lesung tu dan lesung pijak..rasa dah tak ada lagi kut..

Pucuk asam tu buat ulam dia..sodap gitu…

bila tgk bahan2, ada cempedak tu, confirm tak pernah makan rojak ni. huhu

Rasa dah tak ada orang buat lagi Affan..buat kenangan jer..

Boleh try nih, x penah dgr pun.. Sakit perut x?

Orang dulu tahan bro, kita ni dah generasi cikedes…mudah sakit itu ini..

Harus dicuba..
Dekat Sabah tiada resepi nie..

Kalau ada semua barang boleh saja..

wah, mau rsa..sdap ke x..hoho..

ad kat pasar mlm, pakcik jual rojak petis siap ad guna no..rmi org beli..kuah die memg trbaik dr ladang…

Pakai nombor? Wah..mesti best tu..sebab tu ramai orang suka..

waduhhhhh…abgreds…ko kalu tak kacau aku dgn resepi ni tak boleh kerr…wehhh mana nak cari ni……kg kampung nenek ada lagi lesung tu…tapi jenis yang panjang,hayun dgn kaki…dan lesungnya ditanam dalam tanah…memoir tumbuk padi ngan mak….

abgreds…saya tgh sedey..blog ader problem…ni link blog baru tau….

Hehe.. cikgu Nurin…resepi asli tuh. Aku kena carik nenas..bantai nenas mentah pun jalan…perut orang dulu tahan-tahan…rumah makcik Yutt tempat kita orang lepak dan buat projek tuh..
Apa kesah dengan blog ko cikgu..aku bukak nampak tulisan je manjang (yg dulu tu).. tak boleh tolong sebab memang tak expert..
Tak pe cikgu.. dugaan… start balik la dengan blog baru tu..musti aku datang punya..jangan sedey-sedey ok…

shuke shuke….ko lah pengunjung pertama blog baru Cikgu Nurin..tak sompek nak buat pulut kuning,nak sambut ko datang abgres….tq tq…semangat balik nak menulis….

wahh resepi bakat terpendam dah keluar dah..
abg reds nie chef ke? ehhehe

Hehe…cheff celup jer Lalink..kalo test masak maggi dengan ko boleh menang kot…

Amboi, ada bakat juga Abgreds dlm soal resepi2 ni. Boleh jadi chef juga. Kagum saya dgn blogger2 yg ada entry resipi ni sbb ianya ianya satu2 kategori posting yg saya tak pernah buat.😀

Haha…abg Mail chop aku cheff pulak dah. Point dia bukan kat resepi tu, tapi kat ‘retro’ dia..lagi sedap lagi asyik. Terkenang semasa dulu. Tapi nak cakap entri resepi boleh jugalah..🙂

selalu buat lagu ni pakai buah cermai…adoilah…sedap tu
tak pernah guna nenas….rasanya sampai ke sudah tak akan jumpa la ni…. mana nak cari

Pakai cermai? Versi mana pulak tu kak Jie..
Kat tempat saya nenas tu la bahan utama dia…sodap sampai licin satu lesung…
Dah tak akan jumpa dah senario tu lagi…sobsob..rindu Abgreds junior…

kunjungan din hari🙂

Terima kasih atas kunjungan anda..

Salam…
Lesung kayu boleh cari kat muzium padi, gunung keriang…

W’salam kak Iza..
Perh..jauh tu..karang nenas aku habis kat jalan jer…haha..

Bawak la banyak guni sikit…
selori ke…hehe..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: