Blog Abgreds

Aku pernah masuk gereja.

Posted on: 9 Januari 2011

Dalam kisah sufi, ada kisah seorang wali Allah – Abu Yazid Al-Bustami – yang mendapat seruan Allah agar pergi ke sebuah gereja untuk satu tugasan khas.

Sebuah kisah kesufian yang cukup ilmiah dalam bentuk pertanyaan dan jawaban tentang Islam. Aku fikir kita semua tahu cerita tersebut.

Kisah ini hampir serupa tapi tidak lah sama dengan kisah Abu Yazid. Ini coretan pengalaman seorang kawan anggota risikan khas keselamatan negara.

Sebagai seorang perisik, tugas kawan aku ni penuh dengan muslihat, penyamaran, dan tentu sekali perlu keberanian menghadapi risiko yang tinggi.

Aku berjumpa dengannya tahun lepas sewaktu dia ditugaskan di bandar Muar ini. Mulanya sukar juga nak mengorek rahsia kerjayanya.

Namun agaknya sudah rezeki aku, dia tergerak hati untuk bercerita. Dia dalam misi khas. Tugasannya kali ini adalah untuk menyiasat seseorang yang hidupnya rapat dengan gereja.

Bererti dia perlu masuk ke dalam gereja! Berdebar hatinya pertama kali menerima arahan tersebut.

Walaupun tidak berkaitan dengan aktiviti gereja, kawan aku ni kena juga masuk untuk menjalankan tugasnya.

Sebagai persediaan, dia dikehendaki ke JAKIM untuk taklimat khas berkaitan akidah. Semua perkara berkaitan iman, islam, dan ihsan disentuh secukupnya.

Dia juga perlu berkursus untuk membina ketahanan jiwa, fizikal dan mental. Dan yang cukup mengejutkan, dia kena mempelajari tentang agama kristian, tentang protokol gereja dan sebagainya.

“Kalau engkau macamana Red?” tanyanya yang terus membuatkan aku terkedu. Tak sangka pula kerjaya dia begitu mencabar.

Dia tidak boleh cerita tentang pengalamannya secara terperinci semasa melakukan tugasannya. Itu sudah termasuk rahsia yang diamanahkan kepadanya.

Sesudah melakukan tugasannya itu, sekali lagi dia diarahkan ke JAKIM. Kali ini untuk mempastikan imannya tidak tergelincir. Soalsiasat perihal akidahnya cukup meletihkan.

Selepas JAKIM berpuashati dengan keadaan iman dan akidah dia, barulah dia dibenarkan berehat sebelum tugasan seterusnya.

“Kau tau Red, JAKIM cakap dengan aku tak payah kerja ni, aku dah layak jadi imam dah. Dia orang boleh tolong rekmenkan haha…”

Tapi aku tak mahu, katanya. Dia dah anggap kerja dia sebahagian dari fardhu kifayah. Soal cabaran dan dugaan tu dah biasa dan dia redha.

Aku tabik engkaulah, kawan. Syabas. Mudah-mudahan Allah membantu engkau dalam tugasan yang seterusnya…amin…

Kadang-kadang kita terlupa kepada mereka yang bertungkus lumus siang dan malam bertugas menjaga keselamatan kita semua.

Sejenak, kenanglah akan mereka ini dan berikan hadiah barang sepotong doa untuk keselamatan mereka pula…

Nota : dengar khabar ada aktivis gereja di Muar ni ialah orang Melayu ... alamak, macamana tu? 😦

27 Respons to "Aku pernah masuk gereja."

semoga diberi kekuatan dan iman yang teguh.. murtad beerti neraka lar tempatnya..

Amin… sama-sama kita doakan Mira…

setakat nie belum lagi masuk gereja… nampaknya satu tugas yang besar tuh bro…

Kalau tak perlu tak payah la masuk Zik, masjid tu pun jarang jengah …🙂

Assalaamu’alaikum Abgreds…

Satu pengalaman berharga yang patut dihargai oleh empunya diri dan perkongsian yang bermakna di blog abgred ini. Tahniah kerana hal seperti ini jarang dimaklumkan.

Membaca pengalaman di JAKIM, betapa rumit juga untuk memasuki dan keluar dari gereja kerana harus punya persediaan fizikal dan mental. Kenapa kita tidak mempercayai kekuatan akidah seseorang sehingga harus ada sesi soal siasat yang meletihkan sedemikian.

Kenapa pula, akidah kita akan tercalar kalau masuk gereja ? Menurut saya, jika kekuatan iman dan akidah dimiliki menjadi tunjang ketaatan dan keyakinan kepada Allah SWT, masuk gereja manapun tidak akan lut oleh apa yang ada di dalamnya. Gereja hanya sebuah tempat seperti mana bangunan yang lain. Ia tidak berjiwa dan tidak mempengaruhi walau apapun aktiviti yang dilakukan di dalamnya.

Sedangkan yang banyak mengelincirkan akidah dan iman umat Islam bukan yang berada dalam gereja tetapi lebih dahsyat di luar gereja. Walau bagaimanapun, semoga Allah selalu memelihara keselamatan iman kita daripada tergelincir dari jalan yang lurus.

Terima kasih atas kongsian bermanfaat di atas. Saya banyak mendapat manfaat darinya.

Salam mesra dari Sarikei, Sarawak.

Wa’alaikumussalam wbt puan Siti..

Saya juga terpaksa edit beberapa kali entri ini puan agar hasilnya sederhana saja sekadar menambah bahan ilmu di sini.

Beberapa info yang tidak sepatutnya dan diamanahkan untuk dirahsiakan tidaklah saya tuliskan. Saya kira yang ada ini memadai untuk saya sampaikan mesej saya.

Saya rasa puan dapat membuat firasat lebih mendalam intipati kisah ini berdasarkan pengamatan puan terhadap penglibatan JAKIM dalam kisah ini.

Bukan tidak mempercayai tingkat iman dan kepercayaan teman tersebut, saya fikir itu usaha tambahan yang difikir perlu oleh unit risikan terhadap anggotanya yang terlibat dalan misi seperti itu.

Tentu sekali unit perisikan cuba meminimakan seboleh mungkin setiap risiko yang dihadapi oleh anggotanya.

Saya setuju bahawa memasuki tempat keagamaan penganut lain tidaklah sampai boleh menggugat keimanan kita. Tapi perlu kena tatacaranya.

Saya juga setuju bahawa faktor luaran di luar lingkungan gereja lebih banyak membawa kegelinciran akidah…

Terima kasih atas pandangan yang cukup bermakna. Semoga ia dapat dimanfaati oleh para pembaca blog ini.

Berat jugak tusag tu.. tergelincir iman, silap haribulan tukar agama. kalau dahulu imannya turun naik, zaman sekarang imannya kluar masuk..nauzubillah.. Minta2 jauhkanlah..amin..

Iman keluar masuk? Wo…kroniknya…
Itu takdir sebahagian kita deCrewz. Terpaksa mencari rezeki dalam situasi yang mencabar iman dan akidah..

semoga segalanya di permudahkan….amin..

salam..betul tu…mulianya abg tu…moga di permudahkn segala urusan…amin..

Terima kasih Queila…mudah-mudahan dipermudahkan…

kagum2….caya lah….

Terima kasih Akubest…

kagum dengan kerja kawan abg reds ni. semoga Allah permudahkan kerja dia.

Ada antara kita tugasnya memang mencabar macam tu GC..

saya pun kadangala terfikir adakah salah kalau kita mengunjungi gereja.Saya pernah memasuki Kuil Hindu dan juga Tokong Cina…tetapi tak pernah pun rasa ada kelainan kepada aqidah saya.
Cuma ada org kata kalau masuk Gereja kene minum Holly Water..
sebagai menghormati Gereja..tu yg buat saya tak berani nak masuk kerana katanya kalau dah terminum..Nauzubillah..kata org nak mengucap dua kalimah syahadat tak boleh..betul atau tidak..saya tak pasti cuma dengar cakap orang…

Tidak salah untuk masuk tempat ibadah lain asalkan niat dan tujuan kita betul.
Tapi jika kunjungan itu melibatkan upcara keagamaan tentulah tidak sesuai dan boleh menimbulkan fitnah.
Tentang holywater tu yang aku dengar macam tu jugak…pun dengar khabar. Belum jumpa atau dengar dari mulut orang berkenaan sendiri..

masyarakat hari ni perlu sedar bhw melayu xsemestinya islam..lebih byk anak2 muda islam kat malaysia yg perlu kita jumpa n bergaul, memahami agama lain penting tp jgn abaikn yg paling penting, ajar anak2 islam tentang Islam..pastu xda nak takut terpesong dah.
sekadar berpandangan bukanberfatwa!🙂

Satu kenyataan yang sedih Reejal. Dulu kalau sebut melayu kita kembarkan dengan islam. Sekarang melayu tak semestinya islam?
Ya, kena akui juga berdasarkan gaya hidup dan senario terkini umat islam. Perlu ada aktiviti proaktif mendekati anak muda berkenaan agar dapat mempelajari dan mempraktikkan nilai agama dalam hidup..
Terima kasih beri pandangan yang baik.

Salam….
Sungguh berat tugasnya itu.
Moga dipermudahkan oleh Allah dlm menjalankan tugas…

W’salam..
Moga begitu…

Mencabar betul tu..alang alang iman…berdoalah untuk semua yang terbaik bagi semua yang berniat baik dan untuk kebaikan ,kerapkali untuk memahami sesuatu, kita perlu masuk dalam kasut orang berkenaan…..

p/s:Abgreds,haku tak jadi pindah….dok umah lama balik…:)

Masuk dalam kasut? Ni mana punya peribahasa nih?🙂 Tercabarlah pulak aku nak mahamkam peribahasa tu hehe…
Kerja mencabar macam tu memang memerlukan orang yang hebat juga macam teman tu..
Tahniah dah dapat balik blog kesayangan ko tu…

Amat bahaya juga kerja2 macam ni..tapi dah diamanahkan kena buat juga…selamat rakan abgreds tu selamat menjalankan tugas..

Betul Man..dan sebenarnya bukan kawan direct aku, tapi ada sorang lagi kawan yang dia rapat dengannya. Melalui dialah aku dapat tahu kerjaya teman tu..

semoga kerja kawan abg reds tuh dipermudahkan. saya teringin nak masuk gereja sejak dari dulu lagi, sekadar mau menjengguk keadaan di dalam bukan mau mengikut anutannya. Rasanya tak salah kot asalkan jangan terpesong akidah sudah lah. kena kuat..

Untuk masuk tanpa melibatkan ritual agama boleh. Tapi terdapat protokol tertentu yang perlu di patuhi sekadar penghormatan biasa sebuah tempat suci dalam agama berkenaan. Ala Eiela.. sama jer macam dalam filem tu…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: