Blog Abgreds

Rahsia kahwin. Kahwin rahsia.

Posted on: 22 Januari 2011

sumber : googlePerkahwinan mengandungi hikmah dan rahsia yang cukup banyak. Antaranya mengangkat darjat, mengelak maksiat, melahirkan zuriat, dan lain-lain.

Islam sangat menggalakkan perkahwinan sebagaimana yang diajar dalam Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya.

Islam juga menyuruh suatu perkahwinan itu hendaklah diuar-uarkan secara sederhana dengan mengadakan suatu majlis keraian.

Yang disuruh ialah kahwin dan dapatkan rahsia-rahsianya. Tapi sesetengahnya menterbalikkan pula. Kahwin dan rahsia-rahsiakannya! 

Waduh...belajar dari mana ini? Rahsia kahwin itu bagus dan dituntut untuk belajar dan mempelajarinya. Kahwin rahsia itu tak bagus dan dituntut untuk tidak melakukannya…tentu ada hikmahnya pula!

Adik lelaki seorang kenalan saya berjaya menyembunyikan perkahwinannya sehingga mendapat tiga orang cahaya mata! Hebatkan? Hebatkah?

Lebih hebat lagi, dia berperwatakan seorang yang berilmu, khususnya dalam hal ehwal agama. Gaya dan tuturnya lembut dan menarik.

Yang lagi hebat, isterinya juga dikhabarkan seorang ustazah. Maka kedua- duanya diandaikan sudah ada bekal ilmu agama di dada. Tapi begitulah…. Kenapa mereka boleh sampai berbuat demikian?

Saya tak punya jawapan. Cumanya saya tertanya apa rahsia lelaki itu hingga boleh berahsia paling kurang pun empat tahun perkahwinannya itu! Kena belajo nih...🙂 ...ops..

Agaknya dia lupa rahsia Allah lebih hebat dan mengatasi segala rahsia manusia. Akhirnya, suatu masa terbongkar jua status dirinya sebagai suami dan bapa.

Seluruh keluarganya terkejut. Lelaki itu bernikah di utara semasa dia berada di sana atas suatu urusan. Kemudian kembali ke selatan (tempat saya inilah) tanpa sebarang pengumuman.

Sesungguhnya berat dosa yang terpikul di bahu dia. Dia meletakkan dirinya seumpama seorang teruna, sedangkan dia telah berkahwin. Walhal keluarganya tiada masalah apa pun jua dengan dia.

Pendek kata dia telah menipu ahli keluarga, anggota masyarakat, keluarga mertuanya, malah dirinya sendiri.

Walau apa pun alasannya, seharusnya dia tidak bertindak sejauh itu. Apatah lagi dengan pendidikan yang telah keluarga beri.

Meletakkan diri kita ke dalam fitnah juga sangat dilarang. Lelaki itu tidak boleh menyalahkan orang di sekelilingnya akibat silapnya sendiri.

Kisah ini menjadi teladan bagi kita. Cubalah agar kita tidak berbuat perkara yang tidak elok.  Perkara yang tidak elok tandanya ialah kita tidak mahu ia diketahui orang.

Mungkin lelaki itu ada sebabnya tersendiri untuk merahsiakan perkahwinannya. Namun natijahnya, dia menanggung beban dosa jika tidak bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Alhamdulillah, khabar terbaru yang saya diberitahu, lelaki itu sudah bermaafan dengan keluarganya. Dia juga sudah membawa isteri dan anak-anaknya bertemu keluarganya.

Saya juga sudah bertemu dengan dia. Tapi saya tidak tertanya pula apa kaedah dia berahsia selama bertahun itu! Hehe…

17 Respons to "Rahsia kahwin. Kahwin rahsia."

Rahsiakn perkahwinan…hmmm, besar pahala tu kalau isteri prtama bole redha a/bila rahsia tu kantoi. bdw elok la brterus-terang sblum brlaku prkahwinn. kesian cik kak tu ibarat ditipu hidup2.

kter pon nikah gntung abg red,,sedara mara kt blh mak byk blum tau,,insyaallah hbis blaja nh kenduri la kt sana,,kter xsuka simpan rahsia mcm ni,,tapi nk buat cmner,,bercinta pun bkn elok sgt,x sdp hati jer,huhu,,

A ShOulDer To Me To CrY oN,,: Pergaduhan adik beradik paling TOP di Malaysia!!

Tahniah Wana…yang penting nikah tu…lepas tu buat lah kenduri sikit bagitau kita dah kahwin. Jangan jadi sampai cerita kat atas pulak..

seriau dengar perktaan kawen…huuuuuuuuuuu…

Jangan le gitu Lalink…belajo dan ikut apa yang hak Insya Allah perkahwinan jadi berkat…

perlu juga dirahsiakan sesuatu perkara sekiranya dikhuatiri akan membawa musibah yang lebih besar kalau tidak dirahsiakan
hehe

Itu betul juga Tehr…tapi tentu justifikasinya adalah ke arah kebenaran. Timbang antara musibah itu yang mana lebih besar, maka yang itu perlu di minimakan…

Assalaamu`alaikum abgreds.. Lama tidak menjenguk ke blog abgreds dan menulis artikel baru. Terlalu sibuk dengan kehidupan seharian. Pasal artikel di atas, saya lebih suka mengambil pendekatan mendiamkan diri kerana takut komen saya akan bertukar kepada fitnah atau mengaibkan. Tapi saya bersetuju dengan abgreds dan yang lainnya, perkahwinan tidak elok disembunyikan. Salam manis buat abgreds..

Wa’alaikumussalam MM..
Saya tidak terkecuali MM. Entri pun dah berjarak hari. Nak jenguk blog kawan-kawan pun dah kurang sempat.
Apapun terima kasih MM masih sempat ke sini dan berkomentar pula.
Entri ini saya tulis dengan niat untuk teladan dan sempadan MM. Sebab itu saya tidak sebutkan nama empunya kisah. Mudah-mudahan ada hikmah untuk dia dan untuk kita pula…

4 tahun agak lama..
Hebat tue orang..

P/s: Ilmu tanpa amal takde beza dengan orang memang takde ilmu..

Hebat itu subjektif Missgee…🙂
Kellass ko punya ayat tuh…sebab tu penting kita kena faham konsep ilmu dan amal ni…

perkahwinan adalah kesempurnaan bagi sebahagian agama..kenapa berahsia dalam menyempurnakan agama yg dpt memberi pengajaran kpd orang lain..berkahwinlah jika kita sudah mampu…

Mesti ada suatu rahsia kenapa dirahsiakan perkahwinan. Tapi ia akan menjurus pula kepada fitnah dan sangka buruk masyarakat..kena fikirkan..

kadang2 tak faham juga kenapa nak rahsiakan perkahwinan.. walau macamana sekalipun rahsia tu akan terbongkar juga satu masa nanti.. sedih si isteri apabila statusnya dirahsiakan walaupun bernikahkan secara sah..

Bab nikah kahwin ni berkait langsung dengan hawa nafsu Ida. Besar dugaan dan godaannya. Sebab tu ada iman ada agama masih lagi tergelincir…

Org yg kawin rahsia tu dapat ilmu dr P. Ramlee..( tak pasal pasal pulak )…

Emmm…kenapa lelaki tu buat macam tu ye? dia ada rahsia nak tambah cawangan lagi kut…ish ish..mulut haku….

Hehe.. lalaki memang itu macam lo…luit talak ada, ati mau ada.. tapi itu lalaki apasat itu maciam wa tak tau lo…🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: