Blog Abgreds

Ang pow ‘special’.

Posted on: 25 Januari 2011

Minggu depan kawan-kawan tionghua kita akan menyambut Tahun Baru Cina. Kong hee fat choi! Raikanlah kepelbagaian di negara Malaysia tercinta ini.

Aku ada kisah sendiri yang teramat-amat menyentap jantung aku tentang ‘ang pow’ ni. Kisah ini dah berlalu kurang lebih 8 tahun.

Masa tu aku baru bergelar pekerja. Gaji pun ciput. Tengah bulan dah ikat perut. Kerja opis boy naik honda kapcai 70 cc yang lama tu.

Satu hari, boss mintak aku jumpa sorang customer, ambik barang bawak balik opis. Senang je kerja tu. Tempatnya pun tak jauh.

Aku pun pergi buat tugasan tu. Dah jumpa customer, ambik barang yang dimaksudkan, lepas tu terus cabut balik.

Motor kapcai tu aku pecut sampai dapat potong mercedes yang bawak macam siput hehehe…Tiba-tiba motor aku berenjut! Ha, apsal?

Lor...tak perasan aku langgar lubang daa..haha..tapi tak jatuh..tak jatuh beb… Terrer aku masa tu hikhik… perasan akulah…

Sampai opis jer aku dengan konpidennya nak bagi barang tu dekat boss. Sekali aku baru perasan, barang tu tak ada! Dah jatuh la nih!…

Serta merta aku naik kecut. Teringat aku langgar lubang tadi. Berderau darah aku. Waa…kalau tak jumpa matilah aku!

Sebenarnya barang tu ialah duit payment customer tadi tu. Banyak…RM 1000 lebih. Dia masukkan dalam sampul ‘ang pow’ merah.

Aku apa lagi, start motor dan terus jalan ikut jalan balik tadi. Sepanjang jalan aku takbir ‘Allahu Akhbar!’, ‘Allahu Akhbar’!…kuat-kuat.

Panik siot..buatnya hilang terus, macam mana? Aku dah la tengah sengkek masa tu. Setahun gaji aku nak bayar balik. Gila ke…nak makan apa nanti…

Sampai je kat tempat lubang tadi aku terus parking. Lubang tu sebenarnya kat tengah jalan. Ah, aku tak kira…aku taruk juga motor aku tu.

Al-hamdulillah…syukur pada Allah, nampak tercongok tersenyum simpul :)  sampul merah tu kat lubang jalan...huhu…nak nangis aku beb. Nasib baik ko jatuh kat tempat istimewa ni. Nasib baik ko tak melayang tempat lain!!

Aku pun ambik sampul yang dah ada cop tayar lori ke apa tu…aku cium sampul tu puas-puas haha…dah macam orang gila aku dah…

Aku tak peduli. Yang penting semuanya SELAMAT….aduh…lega betul aku. Bila ada bunyi hon, baru aku tersedar yang aku masih kat tengah jalan haha..

Itulah peristiwa yang sampai bila-bila pun akan tersemat dalam kepala otak aku ni. Korang ni terutama yang muda-muda tu ambiklah teladan okey.

Inilah dia sampul merah tu. Aku akan simpan ia sampai akhir hayat insya Allah. Banyak sungguh moral of story yang dia bagi untuk aku...huhu...   

Kepada customer berkenaan (orang melayu), ingat lagi sampul ‘ang pow’ ni? Ha, inilah kisah disebaliknya kalau nak tau…🙂

20 Respons to "Ang pow ‘special’."

seribu tuh bro… nak bayar berapa kali bulan ntah… syukur ada jumpa kat lubang tuh..

Lambat reply pulak Zik…cuti le katakan…
Gitulah citernye salah satu memori hidup aku Zik…

Ya Allah..kalau sy dan pitam tkut niee..isk..sian abg reds ek..
nasib jumpa balik..kalau tak naya jee..tue la susah pegang amanah orang tkut bnda yg xpatut berlaku..terjadi plak..haihh..mintak jauh lg pasni..hehe

abg red kalau sudi’
tlg LIKE saya yg kesedihan nie di http://cstproduction.blogspot.com
untuk entri nombo 86 yer..thanks abg red..kalau sudi la

T_T
*malu*

Memang ujian bagi abgreds masa tu Lalink.. mujur endingnya melegakan. Tak tau la kalau tak jumpa..
p/s : dah ‘like’ Lalink, mudah-mudahan sukess yo..

Salam Abgreds, heee syahdunyer citer. Alhamdulillah 1) ang pow dapat balik 2) awak tak dilanyak keta tengah jalan tu!

W’salam Mohkembara…
Suka duka kehidupan macam itulah…masa berlaku jadi ujian, sudah lepas jadi kenangan…🙂

Ho3.. Lamanya bro simpan sampul ni.. Simpan dalam gambar ke betul2 punya angpow.. Tak berkarat? he3

Ni gambar betul deCrewz. Aku memang simpan elok punya. Tiap kali aku tengok, mesti ingat balik kisah kemalangan tu…

nasib rezeki ad lg..bahaya btol kalau duit2 ni..hoho

Kalau tak der lagi duit tu , rase tak jumpa kot korang semua nih.. balik kampung tanam jagung🙂 ..

Lagi senang bawa brg2 yg besar dari kecil kan? Kalau jatuh pun masih sedar lagi. Nasib baik la jumpa balik duit tu.. kalau tak bukan sahaja payah nak membayar balik, boss pun boleh hilang percaya sama kita. Gong Xi Fa Chai😀

Memang padan muka aku masa tu cek Mail.. pandang enteng perkara kecik konon…tapi yer la kalau tak gitu aku tak sedor sedor…🙂

huh kalau tak naya tu abgreds..nak kena bayar 1k pulak…sekarang org melayu dah pandai mintak ampow bila CHNY! he3..

Bukan sekarang Man, lama dah orang melayu kecek ang pow ni…dah la masa raya kita dia bagi, masa raya dia pun kena bagi 🙂 …

ha3,,klakar la cter abgred nh,,tringat adik kt umah msa dia djh 6 anta kain mak jahit kt plggn tertgl kt pdg bola,,pastu dia siap sujud lgi dkt padang tu,,n myg asar dkt masjid,,memg weird la ha3

Ko lum kena ngan ujian macam ni kot Wana..kalo ko kena, ha macam tu la reaksi dia…betul punya syukur ko…

Hui…kalau saya jd Abgreds, mau terkucil dulu ni….sempat lagi patah balik tu…Alhamdulillah…tu namanya rezeki org baik baik ….

Lepas tu terkucil aku doh…tobat tak nak potong mercedes lagik hehe….

nasib baik jumpa..kalau tak jumpa..jual kapcai pun belum tentu bleh bayar…

Betul tu bro… kapcai tu pun dah sizen dah…besi buruk kata mai..mai… haha…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,899 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: