Blog Abgreds

Dilema cinta terlarang.

Posted on: 28 Januari 2011

Saya menerima satu pertanyaan daripada saudari Erysa :

“Assalamualaikum wbt.. sy nk tanye n nak mintak pendapat.. sy nie dr keluarga kalangan korporat.. khidupan sy mewah dan sempurne.. sy ade seorang kekasih tetapi hanya mempunyai SPM saja.. sedangkan sy ade DIPLOMA.. sy serius dlm hubgn sy dn si sia. hubungan sy dan si dia sudah di ketahui oleh ibu saya.. ibu sy x mrh sy bercinte dgn si dia.. tapi dlm masa yg sama.. ibu sy seakan tidak mahu saya berkahwin dgn si dia.. ibu sy sering kata kepada sy ” carik la orang yg kaya.. yang boleh menjamin masa depan ko.. carik yg berpelajarn “.. kata-kata tu terbawak2 di fikiran saya.. saya rasa serba salah sangat.. saya sygkan ibu dan sy sygkan dia sgt2.. salah ke sy mencintai seseorg yg hanya pelajaran nya tahap spm..? sy xnk kecewakan ibu dan sy xnak kecewakan si dia.. sy xtahu ape saya perlu buat.. sy buntu.. tlg la bantu sy..”

Pertamanya, saya mohon izin Erysa untuk menerbitkan persoalan ini kepada khalayak pembaca blog ini.

Saya fikir ramai juga mereka yang menghadapi situasi yang sama. Dan saya juga berhasrat meminta pandangan dari para pembaca yang lebih arif daripada saya. Kita sama-samalah bantu membantu.

Ulasan saya :

Saya kira persoalan pokok di sini adalah takrifan sekufu atau kebersamaan. Sekufu antara perkara yang menjadi aras tanda dalam sesebuah perhubungan.

Logiknya, lebih persamaan akan lebih memudahkan. Sebaliknya, lebih banyak perbezaan memungkinkan lebih banyak pertentangan.

Manusia fitrahnya memang berbeza-beza. Justeru, untuk mencari kesempurnaan sekufu tentulah sukar sekali. Dan kalau bertemu pun, ia bukanlah jaminan hubungan tersebut akan berjalan dengan baik.

Jadi, kita digalakkan mencari jalan tengah sebaik yang mungkin. Perkara yang utama saya kira adalah komunikasi dengan Allah swt. Buatlah apa jua saranan mengikut agama untuk membina sesebuah perhubungan itu seperti solat istiharah dan lain-lain.

Kedua, masih lagi tentang hubungan kita dengan Allah. Iaitu tentang sejauh mana hubungan kita sesama manusia (kekasih saudari dalam konteks ini) menepati garis panduan agama. Jangan sampai melakukan perkara terlarang. Kesusahan itu barangkali kafarah atas silap dan dosa kita.

Ketiga, jika yakin dengan petunjuk dari istiharah saudari itu, seterusnya adalah komunikasi saudari dengan ibu saudari. Berdoalah agar hati ibu saudari lembut. Terangkan juga yang saudari yakin dengan pilihan saudari itu.

Keempat, cuba dapatkan contoh setara yang berlaku di keliling kita, yang mana walaupun perkahwinan itu ketaranya seperti tidak sekufu, namun rumahtangga itu bahagia juga.

Kelima, di pihak kekasih saudari, selain berbuat perkara sama (istiharah dan lain-lain), perlu juga membantu saudari meyakinkan ibu saudari. Dapatkan kerja tetap pendapatan. Beli sedikit aset atau apa jua yang meyakinkan bahawa dia mampu menanggung hidup saudari kelak.

Keenam, saranan untuk semua, kembalilah kepada asal usul kita. Kita cuma makhluk Allah yang tidak layak menghina atau bersombong diri sesama kita. Kekayaan, harta, darjat dan pangkat, semua itu hanyalah hiasan duniawi. Jika kita tertipu dengan itu semua, nescaya kita akan rugi.

Sekadar itu ulasan saya. Diharap dapat membantu sedikit sebanyak. Saya buka kepada sesiapa untuk menambah atau memberi buah fikiran yang lain.

Mungkin pendapat anda lebih benar dan lebih serasi dengan dilema yang dihadapi saudari Erysa. Terima kasih untuk Erysa dan anda juga.

Wallahu’alam…

21 Respons to "Dilema cinta terlarang."

Assalaamu’alaikum Abgreds…

Satu persoalan yang cuba dirongkai baik bagi mencari penyelesaiannya. Saya setuju dengan saranan2 Abgreds di atas. Sekufu akan lebih membawa kebahagiaan namun tidak seratus peratus kebahagiaan diperlolehi melalui kekufuan.

Sekufu hanya sebagai penanda aras dalam agama bagi sebuah tingkatan sosial agar lebih sepadan dan tidak mendatangkan risiko di kemudian hari. sekufu boleh dibentuk melalui jalan usaha agar pipit dapat menjadi enggang. Itu tidak mustahil jika ingin membuktikan kejayaan dalam mencapai impian pemilikan.

Jika ingin juga meneruskan perkahwinan, lelaki harus kuat menempuh badai kerana dia adalah pipit sedangkan perempuan harus berani menerima ombak yang kencang untuk meredakan diri dalam gulungan ombak yang belum tentu dia mampu menahannya kerana biasa dengan kemewahan hidup.

Jika kesanggupan sudah termetarai dan semua itu dilakuakn untuk mendapat keredhaan Allah juga dipersetujui oleh kedua belah pihak. Insya Allah, jalan mudah akan Allah buka setelah lulus ujian dari pelbagai arah. yang penting adalah doa, doa, doa, usaha dan tawakal.

perkahwinan bukan barang mainan yang boleh dimudahkan begitu sahaja tanpa persediaan mantap dari aspek fizikal, rohani, intelektual, emosi dan sosial. Jika gagal, harus redha dan pasrah dengan tuntutan takdir yang tersurat dan tersirat.

Sekadar pendapat bukan saran. Semoga Abgreds dirahmati Allah dalam memberi bantuan kepada yang memerlukan. Salam mesra selalu dari Sarikei, Srawak.😀

Wa’alaikumussalam wbt puan Siti…

Terima kasih dengan catatan ilmu yang puan Siti nukilkan. Moga ia bermanfaat kepada sesiapa yang berkenaan.

Saya tak berhasrat mengulas apa yang puan Siti tuliskan ini. Segalanya jelas dan terang…

salam abg reds.
1) tahniah saudari..saudari sudahpun memulakan satu langkah yg baik iaitu dengan mencari jalan keluar di sini
2) saranan abgreds pada pandangan saya cukup baik utk dijadikan panduan dan pedoman…
3) sebelum menolak pandangan ibu saudari mentah2…saudari juga wajar berfikir yg seorang ibu pastinya hnya mahukan yg terbaik utk anaknya, maka berlembutlah dan banyakkan berdoa dan cuba yakinkan yg pilihan saudari ini mampu utk membahagiakan saudari
4) kalau isu tahap pelajaran si dia yg ibu risaukan, mungkin saudari boleh yakinkan ibu yg si lelaki mempunyai niat utk sambung pelajaran (kena betul2 ada niat yer).

Mudah-mudahan hubungan saudari akan menemui jalan penyelesaian yg terbaik…ameen

W’salam Hafizmd…
Terima kasih bro Hafizmd atas perkongsian pendapat…

setuju pipit sama pipit, engang sama enggang. mengurangkan stress di dalam berfamili.

Usahakan yang lebih manfaat dan meminimakan mudarat memang baik Khairul…
Makasih ya drop komen…

Memang susah kalau dah ibu-bapa nak menantu kaya/berpelajaran,yang kesian adalah anaknya.

Kaya/berpelajaran belum tentu menjamin kebahagian dimasa depan,lihat saja org kaya/artis hollywood..walaupun ada duit berjuta-juta USD tetapi masih lagi tidak bahagia.

Memang seorang ibu berkendakan anaknya senang dimasa hadapan/terjamin.Tetapi mampukah seorang ibu menjamin sesebuah kebahagian?

Bagi saya,si ibu sepatutnya berdoa supaya anaknya bahagia dan bukan dapat lelaki kaya,dan dalam masa yang sama berdoa agar anaknya beroleh kebahagian dunia akhirat.

Jodoh tuhan yang tentukan,bukannya mak ayah..

Untuk berlaku adil payah Man…tapi jika dapat berbuat demikian, itu satu sikap terpuji..
Semua perlu cuba usaha mencari keadilan bagi diri masing-masing samada anak, ibu, pasangan dsb…

pipit sama pipit,enggang sama enggang.money is not everything but everything needs money

Setuju dengan anda Iqinsay..
Namun tak salah untuk pipit bercita-cita menjadi enggang asal saja disertai dengan usaha, doa dan tawakkal..🙂

Salam Reds, lama abg tak datang bertamu!
Setuju dengan saranan, kembalilah kepada asal usul kita. Namun cabarannya bukan sedikit kerana melibatkan banyak pihak dan bukan semua pihak yang terlibat dapat terima kembali kepada asal-usul.

Beristiharahlah, semoga mendapat petunjuk dari yang maha kuasa. Yang manis tak akan kekal manis selamanya dan yang pahit juga begitu. Bersedialah untuk menerima sebarang kemungkinan.

W’salam wbt abg Azam..
Terima kasih mampir sini bang…selamat berblog kembali yah…
Semua ujian dan dugaan menuntut pelbagai kaedah dah bekalan untuk merentasinya..memang mencabar.
Itulah ketentuan Illahi yang menjadikan manusia punyai akal fikiran untuk digunakan…

Saya ingin mengulas tentang sekufu = persamaan akan lebih memudahkan. Waktu bercinta, mmg semua nampak indah berwarna warni, bak kata,kalau makan pasir pun sangguplah…tapi bila berkahwin, sanggupkah adik menukar cara hidup yang selama ini mewah kepada yang amat amat sederhana. kalau selama ini, bilik air di bilik tidur adik pun sama besar dengan ruang tamu rumah kami, tetiba bila kawin,semua tu tak ada. Perkahwinan bukan cubaan. Setahun dua mngkin boleh bertahan, bila dah bertambah ahli keluarga?
Saya ada pengalaman tentang ini- kerana perbezaan ini-si lelaki dipulaukan keluarga perempuan, kalau ada kenduri di rumah perempuan dan sebagainya- si lelaki mcm org asing, maklum ipar duai org ternama dan lebih parah, si isteri dah mula mengungkit segala kemewahan yang hilang.
Jadi,selain kembali ke saranan agama, cuba minta boyfriend adik tu sambung belajar ke, cuba nampakkan yang dia layak menjaga adik.

Cinta perlu dalam perkahwinan, tapi duit juga penting. Be realistic, kita tak boleh hidup dengan hanya merenung muka masing masing sesama sendiri sambil mengucap cinta setiap hari.

Saya takut awak jadi Sabariah dalam ibu mertuaku, kesian dia.

p/s:maaf,saya tak pandai berbahasa seperti Abgreds, dan saya tidak setuju dengan kenyataan Ibu adik.

Terima kasih berkongsi pendapat ini cikgu Nurin…
Suatu perspektif realiti dari kaca mata kaum hawa. Harap kita semua terutama yang sedang berkasih kekasih tu membacanya dengan tenang dan berlapang dada.
Saya sendiri percaya pandangan ini mewakili satu lagi senario ujian dan dugaan dalam alam percintaan dan perkahwinan. Sememangnya faktor sekufu tidak boleh dikesampingkan begitu saja…

thanks Cikgu Nurin….
betul juge ape yg Cikgu kate’n~
tq sgt2 atas pndgn cikgu tu.. sedikit sebanyak dpt membantu Erysa..

wah, abgreds ni dr cinta ke??hehe..gurau2..
erm, kembalilah kepada allah juga..istikharah yg pntg..tp istikhrah takkan brlaku kalo hati kita memg dah ad pilihan..jgn istikharah sekali saja..buat berkali2 untuk yakin..kdg2 org tua kt lbih mkn garam dr kt..diorg ad alasan..yg pntg fikir byk2 dan kita tak thu lg yg tu memg jodoh kt..
ni pndpt dr hsil pembelajran bukan dr hsil pengalaman..haha

Tika pun kena belajar ya. Satu masa nanti Tika akan jumpa mr. right Tika insya Allah. Masa tu masa praktikal setelah belajar sekian lama dari pendidikan maupun pengalaman orang lain..

salam..

istikharahlah..Allah mengetahui segalanya..jgn terlalu diikutkan perasaan kerana perasaan manusia bukanlah sempurna..kadang2 yg kita rasa baik, tapi di sisi Allah itu tidak baik dan sebaliknya..

W’salam Adele…
Pesanan yang baik dan moga sdri. Ersya dan kita semua dapat berusaha untuk mempraktikkannya…

jadi kepada wanita2 di luar sana…kalau masuk universiti tue tak salah cari jodoh sma..xde la pening kepala nnt xde psgn tp make sure jgn cr msa 1st year..seeloknya masa final year =D..tapi nak buat camnekan jodoh Allah yg tentukan..

mungkin ini cabaran utk beliau..
semoga beliau tabah menghadapi nye..

Kalau ada peluang tak salah usahakan…tapi cara mau ‘kena’lah…macam yang Lalink bagitau sini…makasih Lalink..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: