Blog Abgreds

Encik sibuk nak bercuti…

Posted on: 1 Februari 2011

Maaf kawan-kawan, aku dah cuti ‘ngeblog’ beberapa hari ni. Aku cuti pasal nak bagi cuti untuk orang lain yang akan bercuti.

Orang lain tu tengah sibuk nak beraya dan bercuti. Aku pulak sibuk nak bereskan kerja dia orang biar dia orang boleh bercuti lepas ni. Jadi masing -masing sibuk la kiranya.

Setiap tahun memang macam ni. Setiap kali menjelang Tahun Baru Cina, aku punya jadual jadi sibuk semacam. Ini semua gara-gara pelanggan syarikat tempat aku bekerja.

Aku kerja kat syarikat konsultan projek. Syarikat ni menguruskan pelan tanah dan bangunan untuk kelulusan majlis tempatan. Aku jadi draughtman jer.

Ramai pelanggan syarikat terdiri dari bangsa cina. Korang tau la, bangsa cina ni sepanjang tahun sibuk memanjang. Cari duit jer kerjanya. Cukup sibuk sampai tak ingat nak cuti.

Jadi bila sampai perayaan Gong Xi Fa Cai, encik-encik ‘sibuk’ ni sibuk pulak la nak bercuti. Mereka selalunya cuba membereskan apa jua kerja atau projek yang masih dalam proses kerja.

Makanya, bersusun-susun permintaan, permohonan, peng’ugut’an agar fail masing-masing dikemaskini seberapa segera oleh pihak syarikat.

Bahagian aku jaga lukisan bangunan. Segala mak nenek punya draft, sketch, rekabentuk aku kena siapkan. Lagi-lagi rekabentuk yang sudah dipersetujui pelanggan. Mereka nakkan lukisan akhir siap seberapa segera.

Masa belum Tahun Baru meleceh-leceh. Design tak lawalah, nak ubah tingkaplah, ubah pintu, dan macam-macam songeh…

Bila dah nak Tahun Baru, dah nak pakai duit, tau pulak suruh cepat-cepat siap. Kalau dah semua bersikap macam tu, tak ke fenin aku jadinya. Semua nak siap. Semua nak cepat...haru jer…

Terpaksalah kerjakan dulu menatang tu. Periuk nasik kena jaga beb…tapi kos melepasnya aku kenalah cuti ‘ngeblog’ hehe…

Macamanapun, aku nak ucap terima kasih kat korang semua… dalam tak ada entri baru, korang masih sudi menjenguk blog ini.

Aku juga nak ucap terima kasih kepada sahabat maya yang sama-sama memberi buah fikiran dalam komen mereka untuk entri aku terdahulu.

Mudah-mudahan komen tersebut dapat mencambahkan fikiran kita semua, dan dapat membantu khususnya kepada saudari Erysa untuk membuat keputusan yang penting dalam hidupnya.

Nota : Selamat bercuti kepada yang akan bercuti. Yang kena kerja tu, selamat bekerja untuk memberi cuti kepada rakan yang lain pula… :)  Gong Xi Fa Cai !

23 Respons to "Encik sibuk nak bercuti…"

Assalaamu’alaikum wr wb Abgreds…

hadir untuk memaklumi ada bingkisan khas AWARD dari Sarawak di sini,

http://webctfatimah.wordpress.com/2011/02/08/ct41-yang-ketiga-darimu-untukku-untukmu/

Silakan dengan hormatnya untuk menerima award tersebut. Semoga persahabatan ini akan sentiasa baik hendaknya.

Salam mesra selalu dari Sarikei, Sarawak.

Wa’alaikumussalam puan Siti…

Saya sudah maklum tentang bingkisan itu puan. Terima kasih.

Nantikan entri khas untuk puan atas persahabatan murni yang dihulurkan lewat ruang blog ini…

[…] 7.  Muhammad Joe Sekigawa 8. Mamung 9. Kang Kopral Cepot 10. Wajidi 11. Setyantocahyo 12. Wits 13. Abgreds 14.  MrPall 15.  Trinil 16. Cenya95 17. Yusuf 18. Lyna Riyanto 19. Zulfa 20. Amien 21. Mama Murai […]

Selamat Bekerja..
Kerja seikhlas hati insyaallah pahala ganjaranya🙂

Makasih Missgee…gue sama lu sama lain-lainnya kena sama-sama ikhlas dong…🙂

Assalaamu’alaikum Abgreds…

Selamat menjalani tugas dalam “percutian” yang memberi pengalaman berbeza dari orang lain.

walau apapun yang ditugaskan kepada kita, ia satu amanah yang harus ditunaikan. Kehidupan ini memerlukan kita selalu berkorban agar memperolehi kenikmatan yang berbeza dari hari ke hari yang lain. Tentu ada sesuatu yang menarik untuk ditulis nanti. Ditunggu kisahnya.😀

Salam mesra selalu dari Sarikei, Sarawak.

Wa’alaikumussalam puan Siti…

Agak sedikit lelah dengan pekerjaan seharian. Untuk berceloteh panjang juga terasa suntuk.

Terima kasih puan kerana sentiasa hadir dengan sokongan yang lumayan buat saya.

selamat bekerja En abgreds..sy bercuti seminggu..hehe..nt nak mintk tlg lukis plan rumah sy boleh??

Terima kasih Tika…
Tika nak umah camner..cakap je..Insya Allah Abgreds boleh tolong…

tgh memikirkannya dan duit skali..duit xde untuk rumah lg..huhu..

Biasalah Reds, dah namanya kerja. Cabarannya tetap ada saja walau apapun kerja yang kita lakukan. Banyak dapat ang pow?

Aku ada juga kawan cina abg Azam…merasa jugak la ang pow. Boleh la buat belanja masa cuti nanti..

Assalaamu`alaikum abgreds..
selamat bercuti dari dunia blog dan berkerja keras dalam dunia realiti Mama Murai ucapkan. Jangan biarkan blog bersawang terlalu lama, nanti banyak kerja yang nak dibuat.🙂

Wa’alaikumussalam MM….
Terima kasih atas sokongan MM atas kehadiran saya dalam alam siber. Insya Allah saya akan kembali nanti.

xpa,buat kerja sambil curi2 masa utk blogging,hehe

Ha ni curik-curik masa le ni reply ko punya komen Saiful…
Makasih bagi komen ya..

samalah kite…
keje melambak nieh lagi2 klinik akan berpindah tak lama lagi.pening nak angkat barang yang berkotak2 besar ke tempat baru…

nanti free encik reds update lagi yerk =0

Bebaik ko bawak kotak tu Rose.. jangan tercicir macam aku ni ha…(entri ‘ang pow spesel’…)

keje mmg sentiasa byk…huhu. kalau xde keje sgt pelik rasanya😀

Tu la Adele, kerja mana ada abis, tangguh adaler…

ko jangan cuti lelama Abgreds, ngalahkan deme lagi nanti…bersawang nanti blog ko nih…he he he..

Selamat coti….

Aku memang tak boleh lelama ni..karang ade orang carik aku hiohoho…🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: