Blog Abgreds

Cuti banjir.

Posted on: 8 Februari 2011

Salam sejahtera teman-teman. Aku ada sedikit masa untuk kemaskini blog. Terima kasih atas kunjungan teman semua.

Pertamanya aku nak jelaskan sikit pasal entri cuti tahun baru cina yang lepas. Entri tu sebenarnya nak beritahu teman-teman bahawa aku dah cuti berblog sebelum entri tersebut lagi, bukan baru nak bercuti.

Ertinya aku dah mula sibuk hingga menghadkan aktiviti berblog beberapa hari sebelum aku tulis entri tu.

Orang yang nak bercuti yang aku maksudkan ialah tauke-tauke dan kawan-kawan cina yang nak sambut tahun baru, yang sebelumnya ‘sibuk’ sepanjang tahun bekerja, bukan aku.

Aku pula sibuk nak selesaikan kerja agar para tauke tu yang ‘sibuk nak bercuti’ dapat bercuti tahun baru cina.

Tapi bila aku baca balik, memang boleh pula bermaksud aku yang nak bercuti haha…okeylah, alang-alang teman berfikir macam tu, elok juga aku cuti betul-betul. Malangnya, lain dirancang lain yang jadi.

Ini bab keduanya, masa kawan-kawan cina tengah ‘makan besar’, aku ingat nak pergi mana-mana makan angin ler kononnya.

Tiba-tiba aku dapat berita air banjir telah naik di kawasan Panchor dan Pagoh. Kat situ ada saudara mara aku yang menjadi mangsa banjir dan di arahkan berpindah ke pusat penempatan.

Alamak, harus batal rancangan aku tu. Memang betul. Tak lama lepas tu, abang aku telefon, nak tumpang rumah aku. Takkan lah tak bagi, kan? Aku pun cakap, datanglah.

Maka dia sekeluarga pun datang. Jadilah rumah aku pusat penempatan banjir tak rasmi untuk abang aku. Sebelumnya dia orang dah daftar di pusat penempatan banjir yang sebenar.

Tapi tau sajalah, mana selesa duduk ramai-ramai macam tu. Kenderaan ada. Rumah aku ada. Apa lagi, cabutlah duduk rumah aku…

Dah ada tetamu ni, takkanlah aku nak dok tercongok depan pc, kan? Rumah kenalah dikemas mana yang perlu. Sediakan bilik dia orang. Jadual rutin pun kena ubah sikit. Nak ‘ngeblog’ memang tak adanya…

Itulah serba sedikit cerita ‘percutian’ aku yang sangat menarik :) . Nanti ada masa aku sambung ok.

Maaf sebab masih belum dapat melawat blog teman-teman. Banjir belum surut doh…. Pusat penempatan masih ‘beroperasi’haha…😉

14 Respons to "Cuti banjir."

Takziah untuk semua mangsa banjir, simpati sungguh bila mengenangkan nasib mereka. Seorang bekas rakan sekerja dan seorang adik saya turut terlibat dengan banjir yang melanda Kundang Ulu.

Duduk di pusat pemindahan, indah khabar dari rupa. Bantuan yang disalurkan kepada mangsa banjir “hanyut dibawa arus” dan pihak lain pula yang yang mendapatkannya. Ada mangsa terpaksa makan di warung untuk mengelak “kebuluran”.

Hehe…itu citer biasa kat pusat penempatan abg Azam..
Kalo iman senipis kulit, semua benda dipusing dibelit…

masih xsurut lg ke abg reds? di mana nie area jhor ke?? utamakan tetamu yg datang lebih baikkk..

Masa aku reply komen ko ni, banjir dah surut Lalink.. itulah kisahnya…

Len kali…ikut cakap P.Ramlee..”cakap biar teghang….”…

lah..banjir ker…sian…nak tolong pun ,jauuuhhh…

Ko tolong doa dah ler cikgu…dah nombor giliran sampai…tabah jer lah…

tulah member y dok kat sana pun teruk jugalah.katanya air naik sampai ke dada.habis semua ternakkan dan tanaman.

Maaf ye lambat reply…
Teruk-teruk pun masih lagi bernafas Rose…semput-semput sikit sekadar fitrah manusia…

Uruskan yg penting2 dulu. Blogging ni suka-suka je kan😀
Teruk jugak banjir di Johor kali nie. Nasib baik family kawe semuanya allhamdulllillah selamat2 aje.

Abg Mail…sangat bersetuju dengan perkataan yang keluar dari urat saraf fikiran tersebut…🙂

Salam…
Mgkin ada hikmah disebalik tu…
Sabar je la..

W’salam Iza…
Mungkin itu satu hikmah juga antara usaha dan ikhtiar…

Salam…agak menyedihkan percutian tahun baru ni bila kene musibah..apapun tentu ada rahmat disebaliknya.

W’salam bro..
Tiap sesuatu ada sesuatu sebaliknya. Dan tiap sesuatu yang sebaliknya itu ada sesuatu yang lain lagi…hehe….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,899 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: