Blog Abgreds

Luar biasa yang biasa.

Posted on: 10 Februari 2011

Maaf la kawan-kawan, aku masih nak cerita pasal banjir lagi ni. Maklumlah, ramai suku sakat orang kampung aku jadi mangsa, terasalah juga.

Hari ini banjir dah makin pulih. Ramai mangsa dah balik rumah masing- masing termasuk abang aku yang menumpang tempohari.

Pun begitu, tentu sekali mereka berhadapan pula dengan kehampaan dan kesedihan melihat kemusnahan dan kerosakan harta benda mereka.

Apa yang aku nak berkongsi adalah fenomena cuaca ekstrim yang akhir- akhir ini menjadi biasa, selepas dulunya dianggap luar biasa.

Di seluruh dunia, pola perubahan cuaca semakin tidak menentu dan semakin sukar diterka. Perubahan suhu, arah angin, laluan awan melangkau tahap normal hingga menghasilkan bencana yang tidak keruan.

Penduduk di pekan Panchor umumnya telah biasa dengan istilah ‘banjir Segamat’. Ertinya, mereka sudah menjangka bila tiba musim hujan dan daerah Segamat mengalami banjir, kelak mereka juga akan kena.

Ini disebabkan Segamat adalah kawasan hulu bagi sungai Muar. Apabila banjir, maka air itu akan turun ke muara melalui pekan Panchor.

Namun berbeza sewaktu banjir tahun 2006, banjir kali ini sedikit tidak dijangka kerana cuaca adalah cerah. Tiada hujan di Panchor. Air banjir naik dalam cuaca terik matahari!

Luar biasa? Tentulah tidak lagi. Kusangka panas sampai ke petang, rupanya banjir di tengahari...hahaha…ini bual bicara orang kampung …

Dalam dunia global, fenomena ini tidak terkecuali. Banjir telah berlaku di tempat yang berpuluh atau beratus tahun tidak terjadi seperti di Australia.  

Salji yang sangat tebal melanda Eropah hingga menyebabkan kemusnahan bangunan dan menjejaskan aktiviti penduduk.

Kebakaran dan banjir yang berlaku serentak di sesuatu tempat berdekatan atau bersebelahan saja. Bukan lagi perkara luar biasa kini….

Sesungguhnya semua ini adalah berlaku dengan izin Allah Taala. Dialah yang mengatur perjalanan kesemua makhluk termasuk yang bernama ‘cuaca’ ini.

Aku juga perasan, bukan cuaca dunia saja yang berubah resam, cuaca kita yang namanya manusia ni pun nak ikut sama…🙂

Sikit-sikit marah, sikit-sikit angin, sikit-sikit terajang, sikit-sikit penampo… ah, bukan luar biasa lagi…semuanya udah jadi biasa lor…

Kita dan dunia ini sama-sama menuju tua. Sama-sama kelelahan menahan tekanan demi tekanan untuk menyambung nafas kehidupan.

Semoga kita prihatin dengan tanda-tanda kekuasaan Tuhan, yang merupakan juga tanda-tanda akhir zaman….

12 Respons to "Luar biasa yang biasa."

Abg red, sungguh indah alam kejadian Allah..
ku teringin sekali merakamkan dalam bilah2 kata..
namun aku hampa kerana tidak memiliki kemahiran untuk kucoretkannya.. kucuba, namun apabila melihat hasilnya.. mcm sampah.. sob2x.. terus ku berputus asa..

huhuhu

LadyBird…janganlah macam tu kawan..mencuba itu lebih baik dari tak mencuba langsung…
Putus asa itu pilihan yang keliru dan haru biru…cubalah untuk memilih untuk tabah dan kuat
Insya Allah akan ada jalan dan bantuan dari -Nya…

Salam kenal@singgah,add link kat blogg

Makasih Bahulu…kang aku terjah blog ko okey..

ye, btol tu..semua ni tnda2..allah beri peringatan..tiada lg luar biasa..

Bagus le ko dapat tangkap maksud tu Tika…semua ni peringatan…

Waktu dilanda tsunami, masing-masing seperti bertaubat, melihat kesilapan diri yang akhirnya membawa musibah. Kini tsunami seperti telah dilupakan.

Adakah mereka fikir Allah hanya turunkan bala berbentuk tsunami?

Manusia abg Azam…macam tu la.. yang dia minat cepat ingat, yang dia tak suka cepat la lupa…termasuk le yang tukang tulis ni..

sikap kita adalah kehidupan dan kehidupan itu adalah sikap kita..saling berkait dan menyempurnakan..🙂

Tu dia…ko ni terer jugak bab bahasa jiwa ni ya Adele…

Bukan cuaca je Abgreds…anak pun macam tu…kejap kejap buang anak, kejap kejap buang anak…dah jadi biasa dah manusia ni…sebab tu lah agaknya, Allah turunkan bala, kalau tak banjir, kemalangan dasyat dahsyat…pun dah jadi biasa…

ko sihat ker…?

Ye la cikgu…zaman luar biasa macam dah berlalu jer kan?
Semua dah jadi biasa-biasa la ni…fenin-fenin…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,899 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: