Blog Abgreds

Bahasa cari makan.

Posted on: 13 Februari 2011

Rezeki bagi seorang penulis datang dalam berbagai bentuk bergantung kepada niat, matlamat, dan hasil tulisan tersebut.

Ada yang berbentuk material seperti honorarium atau royalti wang ringgit. Ada yang datang secara penghargaan dan kekaguman para pembaca.

Yang pasti, sejauh mana hasil tulisan anda mempengaruhi minda pembaca, sejauh itulah jarak pencapaian tulisan anda.

Semuanya memerlukan elemen kreativiti. Dan pastinya juga memerlukan ilmu berbahasa yang tidak kurang pentingnya.

Seorang pengemis buta duduk menanti rezeki tuhan dari simpati orang ramai. Di hadapannya ada bekas mangkuk menindih sekeping kadbod.

Di kadbod itu tertulis “BANTULAH SAYA. SAYA BUTA”. Seharian menunggu, namun rezeki tiada berkunjung datang.

Lalu datang seorang pemuda. Dia menghulur sedekahnya sambil mengambil kadbod itu, diterbalikkan lalu menulis sesuatu. Seterusnya diletakkan semula ditempat asalnya.

Beberapa waktu kemudian, pemuda itu kembali dan ditegur oleh si pengemis buta. Mungkin deria telinganya dapat mengecam rentak langkah pemuda itu.

“Apa yang anda lakukan tadi? Selepas pemergianmu, orang-orang jadi bermurah hati memberikan sedekahannya…”

Benarlah kata pengemis tadi. Mangkuk dihadapannya dipenuhi wang sedekahan orang ramai, sedang biasanya tidak begitu banyaknya.

“Syukurlah…aku menuliskan di kadbodmu… SUNGGUH INDAH HARI INI, MALANG, SAYA TIDAK DAPAT MELIHATNYA….”jelas pemuda itu.

Kisah dipetik dan disesuaikan dari Mastika Januari 2008.

Dengan izin tuhan, bait-bait ayat tersebut berjaya meruntun hati para khalayak hingga mendorong mereka menghulur sumbangan dan sedekahan.

Ayat asal hanya memberitahu bahawa pengemis itu buta. Namun ayat kedua lebih merujuk agar mereka yang dapat melihat itu supaya bersyukur tidak menjadi buta seperti dirinya…indah bukan?

Dalam konteks dunia blog, anda para penulis juga saban kali berusaha mengatur aksara dan bicara, agar lunak di mata dan jiwa pembaca.

Dengan itu, para pembaca akan dapat merasa dekat dengan anda. Mereka dapat menghayati dan merasa denyut nadi artikel anda.

Seterusnya menghirup enak segala ilmu bicara hingga habis tidak bersisa. Dek kerana keenakan itu, maka puaslah jiwa raganya dengan bicara tersebut.

Lalu ternantilah dia akan artikel seterusnya, dan seterusnya…Itulah rezeki dari bahasa yang indah murni.

Hendak cari rezeki, kena pandai berbasa-basi; hendak rezekinya bertambah, kena pandai berbahasa indah!

Tanyalah kepada para peniaga tu… tak gitu bang?🙂

8 Respons to "Bahasa cari makan."

Saya sukakan susunan bahasa yang indah macam dalam entry ini. Sejuk mata dan sejuk hati membaca bahasa kita yang indah, tersusun penuh maksud.

Syukur SK…
Abgreds menulis sekadar yang termampu oleh masa dan idea. Kadang-kadang teratur, kadang-kadang terabur…hehe…

krn bahasa org mengenali kita dan kerana bahasa juga org mudah melupakan kita * klu tersilap menggunakan bahasa *

Salam kenal untuk Azzey…
Bahasa pun cuma alat saja. Boleh memberi manfaat dan juga mudarat..

setiap manusia ada soft-spot di hati mereka. jadi kalau kena caranya,pasti dia boleh membantu atau lembut kepada kita.
penggunaan ayat dan kadbord pengemis itu normally berkesan utk cairkan hati org biasa. Bandingkan dgn cara kasar sesetengah pengemis yang mahu kita berikan sedekah padanya.
Sama lah spammers yg mula2 ada kesan, lama2 org jadi marah. So, kalau blogging pun tulislah sesuatu yg unik dan manarik. Lama2 boleh cari makan jugak tu😀

Hehehe…cari makan bro…blog cari makan…
Aku tabik dekat bro Mail ni…aku tulis apa jer dia boleh masuk komen…korang boleh?..ngehngeh..
Makasih atas support ko cek Mail..

Kadang-kadang manusia lebih faham yang tersirat dari yang tersurat….

Kadang-kadang…alangkah bagus kalau selalu-selalu….
macam ler pro yek cikgu!🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: