Blog Abgreds

Terima kasih bunda Siti.

Posted on: 15 Februari 2011

Saya mengambil kesempatan kali ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat blogger Puan Siti Fatimah Ahmad.

Beliau antara sahabat blogger yang saya hormati dan kagumi. Beliau merupakan seorang pendidik dan juga seorang Munsyi Dewan di Dewan Bahasa dan Pustaka (bahagian jawi).

Menelusuri blog beliau, saya rasa diketemukan dengan sebuah taman ilmu yang indah lagi mengasyikkan. Beliau sememangnya mahir dalam pengayaan bahasa.

Baru-baru ini, sahabat beliau menghadiahkan award sebagai aktiviti penghargaan sesama blogger.

Lantas dipanjangkan pula kepada saya sebagai salah satu penerima yang seterusnya. Terima kasih untuk award comel itu ya bunda.

Oh ya, sekali imbas, kelihatan blog bunda Siti ini seperti blog dari negara tetangga Indonesia kerana rata-rata komentatornya dari sana.

Namun hakikatnya bunda Siti adalah blogger Malaysia iaitu di Sarikei, Sarawak, Bumi Kenyalang. Tapi bunda Siti memang punya ramai peminat dari negara tetangga itu. Salah satunya disebabkan sikap bunda Siti sendiri yang cukup mesra dengan khalayak pembaca negara jiran itu.

Blog bunda Siti merakamkan perkongsian ilmu dan pengalaman beliau tentang kehidupan ini, khususnya yang beliau lalui.

Dipersembahkan dengan gaya penuh keilmuan, kematangan, dan keibuan. Langsung bagi saya ia merupakan satu blog yang amat dekat di hati dan minda saya.

Lagi satu, bunda Siti juga seorang yang berbakat menghasilkan imej suntingan. Boleh dikatakan hampir dalam setiap entri, bunda Siti akan menyisipkan gambar-gambar yang berkaitan hasil gubahan sendiri.  

Saya menyambut baik usaha beliau bersusah payah menyunting award tersebut dan menghadiahkan pula kepada kawan yang lain seperti saya.

Akan tetapi bunda dan para pembaca blog ini, saya tidak pula berniat berbuat perkara yang serupa. Saya tidak fikir adanya kesempatan untuk saya meneliti lalu meng’tag’ siapa-siapa lagi.

Saya fikir penghargaan boleh dibuat dalam pelbagai bentuk yang lain, tanpa menolak usaha bunda Siti ini pun amat baik sekali.

Kepada anda semua, mari kita singgah ke laman bunda Siti di sini – http://webctfatimah.wordpress.com/ . Mudah- mudahan ada diantara buah fikiran dalam entri beliau dapat memberikan anda sesuatu ilmu yang baru.

Kepada bunda Siti Fatimah, saya ucapkan selamat maju jaya. Semoga Allah memberkati dan merahmati puan dan famili di sana. Maaf ya bunda jika preview ini tidak secantik award bunda…🙂

Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga…         

12 Respons to "Terima kasih bunda Siti."

anugerah pingat seorang blogger.heee..

Boleh jugak naikkan semangat nak menulis kan Ali…

Aduh…takut rasanya penulis blog kecil macam saya ni nak ke sana..membaca komennya di atas pun dah rasa naik bulu roma….

eemmm nak pergi juga..jadi silent reader…takut nak komen, saya ni meghapu…

Hai Cikgu Nurin….

Senang kalau dapat mengenali cikgu juga. saya selalu ke blog Cikgu dan iya.. jadi silent readernya.😀 Tulisan dan bahan cerita cikgu Nurin juga sangat menarik. Blognya sangat indah kalau berbanding blog saya. lembut rona warna dan punya aura tersendiri. tahniah ya. cikgu ini memang sangat kreatif.

Ingin menulis komentar di sana tapi selalu kena tendang sebab saya tidak punya akaun untuk masuk ke blogspot.com. Bukan blog cikgu aja, malah semua teman2 blogspot yang ke blog saya pun saya tidak dapat balas komentar mereka kerana sebab di atas.

Harap Cikgu sudi juga ke blog saya dan saya senang menerima sahabat dari Malaysia. Jangan takut komen Cikgu, insya Allah tiada ada apa2 yang menakutkan di sana. 😀

Salam mesra dari Sarikei, Sarawak.

Aduh Ibu Siti…terima kasih…Ya Allah…*malu saya*…:)
Blog yang kecil saja Ibu…terima kasih kerana sudi membaca…:)

Sama-sama borak kat sini pun boleh apa…nanti aku siap kan KOPI yeerrr…🙂

Tahniah Abgreds.
Blog saya rasanya tak leh dapat award cam nih.. BM pun tunggang langgang..😀

Aisey…brader Mail…mane ader saper-saper cakap macam tuh….🙂 …
Ini semua rejeki dari -Nya…

Blog yang berkongsi ilmu yang baik..
Harus dipuji dengan penghargaan..
Tahniah! (^.^)

Makasih missGee…
Ko pun rajin jenguk aku missGee…ko pun ada saham budi untuk bekalan esok hari Insya Allah..

Assalaamu’alaikum wr.wb, Abgreds…

Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara

Ingin rasa memakan kari,
Kari cendawan batang keladi;
Girang rasa tidak terperi,
Bertemu tuan yang baik budi.

Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Terima kasih saya ucapkan,
Semoga Abgreds diiring restu Ilahi.

*****
Subhanallah, saya sangat terharu dengan penghargaan dari Abgreds. walau hanya memberi sebuah award persahabatan yang tak sepertinya itu, tetapi balasannya dengan sebuah posting khas yang menyentuh hati.

Masya Allah, bimbang benar saya dengan tulisan Abgreds yang sepertinya memberi “kredit” kepada saya. Semoga Allah mengampuni saya dan menambahkan kebaikan kepada Abgreds kiranya tulisan baik Abgreds tentang saya menambahkan rasa keinsafan saya denga nikmat dan kurnianya.

Terima kasih tidak terhingga untuk posting penghargaan ini. Semoga persahabatan maya antara kita menjadi satu medan perkongsian bijak bagi maslahah ummah. Didoakan selalu ada kebaikan dan rahmat Allah kepada Abgreds dan keluarga di sana.

Merenung langit di kala senja
Mengharap fajar akan menjelma
Padamu Tuhan kupanjatkan doa
Persahabatan ini subur selamanya

Salam mesra selalu dari Sarikei, Sarawak.

Wa’alaikumussalam wbt…puan Siti…

Petang hari membeli tebu
Tebu dibeli untuk tanaman
Datang kami mencari ilmu
Untuk bekalan hari Kemudian

Tebu dibeli untuk tanaman
Itulah hasil titisan keringat
Saling berdoa saling berpesan
Itulah tanda orang beringat….

Terima kasih bunda Siti atas komennya yang sangat membina. Harapan saya agar kita semua dapat saling memberi dan menerima persahabatan yang bermanfaat.

Saya sudah berusaha agar teks penghargaan saya itu sesederhana mungkin, agar niatnya selurus mungkin, agar maksudnya setepat mungkin…

Saya berdoa agar puan menerimanya secara hak dan saya yakin sekiranya ia berupa ujian bagi puan, puan dapat menanganinya secara berilmu dan beriman…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: