Blog Abgreds

Khutbah ‘wanita hari ini’….

Posted on: 18 Februari 2011

“Hari ini Jumaat ya ibu-ibu, adik-adik. Nanti sudah habis sembahyang Jumaat, kamu semua siap sedia ya…”

“Sampai-sampai saja orang laki-laki depan pintu, kamu sergah dia – bang, hari ini khutbahnya cerita apa ya?

“Tanya dia sungguh-sungguh. Jangan bagi dia masuk sebelum dia jawab. Haha...tapi kalau anginnya jadi ribut, kamu cabut lah…”

“Itukan rumah dia, masakan kamu tidak benarkan dia masuk…”

“Ertinya ibu-ibu dan adik-adik…kita orang perempuan juga kena rebut kelebihan hari Jumaat ini”

“Laki-laki memang udah sepatutnya mendapat lebih kerana ada sembahyang Jumaat, ada jemaah, ada khutbah, dan macem-macem...”

“Tapinya kalo ibu-ibu tidak check dengan bertanya seperti itu, maka kita tidak tahu sama ada suami atau anak-anak kita itu bener-bener mendengar khutbah”

“Malahan kata suami saya, yang bener-bener tidur itu lagi ramai dari yang mendengar…waduhh..gimana ya….?”

“Khutbah Jumaat itu adalah pengganti dua rakaat zuhur. Justeru ia sebahagian dari sembahyang Jumaat juga. Kena dilakasana seumpama sembahyang. Kena dengar dengan to’at, kena khusyuk…”

“Kalau sampai ketiduran…apa ertinya sembahyang Jumat itu?”

“Begitulah ibu-ibu, kakak-kakak dan adik-adik ya…kita sekeluarga harus saling membantu. Begitu juga hal khutbah ini….”

“Tanyakan apa khutbahnya. Jadi semua dapat merasa kelebihan hari Jumaat – penghulu segala hari. Yang laki-lakinya, bila ketahuan akan ditanya oleh isterinya, atau kawannya akan ‘apakah khutbah hari ini?’, tentu akan bertambah pengertiannya memahami perkara itu”

“Seterusnya, tentulah si suami berazam untuk mengukuhkan ingatannya agar dapat mengingat isi khutbah itu, kerana akan dicheck oleh isterinya…”

“Yang kakak-kakak atau di Indonesia dipanggil cewek, kalau punya pacar, nah tanyakan cowok kamu itu udah sembahyang Jumaatkah?”

“Apa khutbahnya? Apa suri teladannya? Nah, gitu dong jadi cewek yang solehah dan bakal isteri muslimah…ya…”

“Ingat juga ya, betulkan niat kita semasa mahu bertanyakan itu. Jangan mempersenda atau memperkecil suami atau anak atau pacar kamu”

Niat kita kerana Allah untuk mendapat bagiannya kebaikkan hari Jumaat. Disamping itu, kita mahu para laki-laki ini bener-bener juga…”

Bener solat Jumaatnya. Bener dengarin khutbahnya. Bukan tidur pula…”

“Awas ya laki-laki sang suami. Isteri, atau anak perempuan, atau rakan wanita kamu sudah dengarin di sini…nanti kalo di pintu ada ‘jaga’, atau tukang tanya khutbah, jangan marah ya….”🙂🙂 ….

20 Respons to "Khutbah ‘wanita hari ini’…."

Perkongsiaan menarik..
Harus dicuba🙂

Banyak kelebihan hari jumaat yang boleh direbut baik lelaki maupun perempuan…
Sori yer missGee..dah seminggu baru reply…

bru balik dr lombok ke???heheh..ok2..tq atas pringtan yg dberi..

Gue nggak gi mana-mana kok Tika… gue eksyen saja tu…hehe.. makasih Tika ya..

asssalam..
bisa di atur😀

Yes..kak Maiyah…semuanya memang bisa di atur dong….🙂

hahaha…abgreds…omu kadang2 kalau jalan jauhkan…masa jumaat, selalu lah jugak mendengar khutbah sama…so, saje nak test ayah dan adik…omu tanya dorang khutbah pasal ape…hehe…padahal dah dengar masa menunggu dorang….

Ha Omu…ko dah praktis dulu yer…bagus tuh…
Sok-sok Omu dah ade mr. right boleh ler guna teknik ni kat dia pulak.. sama-sama tingkatkan iman!

antara waktu yang paling nikmat melelapkan mata ialah semasa khutbah jumaat. maka, sang isteri kena paham2 lah ye.. petiklah suis tv dan radio, dengarlah khutbah secara langsung. jangan pulak, dok sibuk tanya suami apa isi khutbah tadi sedangkan pada waktu rehat 12.15 – 2.45 sang isteri berjemaah di shopping complex. hahaha very nice entry bro..

Hehe.. betul tu Syam..lagi-lagi yang kerjanya sebelum tu meletihkan. Lepas tu baru makan tengahari…pehh.. ngantuk dia bagai tak tertahan…
Aku dulu macam tu jugak Syam…la ni kena lah adjust. Mana boleh lagu tu kan? Tak baik tu..
Bab jemaah kat shopping complex tu aku setuju sangat-sangat…haha.. tu pun patut kena adjust tuh…🙂

hamek..banyak kena khutbah hari ini. hehe..

Salam kenal cikgu Faezah, terima kasih drop komen…

Abgreds,abgreds…cepat bangun laaaa…aduiii..malau nihh…Bunda Siti,Bunda Siti ..kkkkokooommmeennn…tu,tu kat entri semalam…nak nyorok,nak nyorok….

adeh…sampai silap eja…*malu* bukan malau…he he

Hehehe….hah ko cikgu…cikgu besar datang tuh…🙂
Aku tak tau eeee…..

boleh ambil manfaat khutbah daripada siaran TV jgk..tp kalau nak cek suami atau anak2 tak tidur ketika khutbah, bolehlah jadi jaga dpn pintu😀

Alahai kalau bini check di TV, si laki tu kantoi buat khutbah sendiri.. kan haru tu..😀

Ko jangan cakap baca kat sini Adele… karang ada pulak orang condem blog haku nih..haha..

kenapa tetibe tukar ke bahasa indonesia pulak nie pakk??? hehehe

Aku sih enggak tau Laling eh..Lalink… nanti aku ejas balik…🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: