Blog Abgreds

Besar dan kecil.

Posted on: 25 Februari 2011

Maha suci Allah yang menjadikan makhluk bernama besar dan kecil. Sungguh banyak iktibar dan pelajaran untuk renungan kita bersama.

Penulis teringat bagaimana cikgu penulis memberi contoh bandingan besar dan kecil. Matlamatnya untuk menjelaskan ‘yang besar itu bukan besar, yang kecil itu bukan kecil’.

Contoh mudah katanya, lihat bagaimana semut menghurung cicak mati. Bangkai haiwan sebesar berkali-kali ganda itu boleh diangkat dibawa pergi.

Contoh lain yang klasik tetapi sentiasa relevan, iaitu otak manusia itu sendiri. Otak yang kecil itu boleh memberikan fikiran yang besar hingga merealisasikan perkara yang sungguh menakjubkan.

Jangan lupa satu lagi benda kecil yang kita selalu bawa ke mana-mana – perut. Kecil tapi sentiasa diingat kerana sifatnya yang tidak boleh dikosongkan.

Bertitik tolak dari perut yang kecil itulah, maka sekarang ini berlaku drama dalam skala yang sungguh besar, iaitu kebangkitan rakyat timur tengah dalam melawan orang besar masing-masing.

Orang besar atau pemerintah yang diktator ini sering terpedaya dengan kebesaran mereka. Sampai suatu ketika, mereka lupa bahawa mereka itu kecil saja dan mudah sebenarnya untuk di sepak diterajang oleh orang kecil atau rakyat sekaliannya.

Orang-orang kecil tadi sudah kehabisan sabar, kehabisan ikhtiar. Hidup susah angkara pembahagian kemakmuran negara yang tidak adil oleh orang besar.

Perut mereka semakin pedih kelaparan. Jika satu negara orang-orang kecil ini diperlakukan sedemikian, maka sudah pasti akan membentuk gelombang ketidak puasan hati yang sangat besar.

Seterusnya, terbentuklah satu siri kebangkitan yang tidak dapat sama sekali dipatahkan oleh orang-orang besar tersebut. Mereka tumbang satu persatu.

Sungguh menyedihkan untuk menerima hakikat bahawa mereka itu saudara seagama dengan kita. Sungguh merugikan ummah seantero dunia.

Begitulah balasan Yang Maha Besar Allah Azzawajalla. Sungguh Dia-lah yang Maha Besar dari setiap satu yang besar.

Kembali kepada diri kita sendiri. Kita adalah orang besar dalan kerajaan tubuh badan kita. Kita rajanya. Kita pemerintahnya.

Namun di atas kita ada Allah Taala, Raja segala raja. Maka janganlah kita lupa diri seperti orang besar para diktator itu.

Ingat akan segala hak-hak rakyat kita. Hak mata, hak telinga, tangan, kaki dan ‘rakyat-rakyat kecil’ kita yang lain itu.

Kesemua ‘mereka’ ada hak untuk ‘hidup’ dalam kebaikan dan beroleh pahala, serta dipelihara dari keburukan atau memperoleh dosa.

Ingatlah, kesemua ‘mereka’ akan menjadi saksi bagi setiap perkataan dan perbuatan kita. Mereka akan menjadi samada pembela atau pendakwa kepada kita. Sudahkah kita bersedia?   

Berjuanglah kita semua ini. Kita ada seteru besar bernama syaitan yang sentiasa cuba memesongkan kita. Lawanlah dengan iman dan taqwa.

Dalam diri kita ada kebesaran makhluk. Cubalah agar dapat kita keluarkan kebesaran makhluk itu, gantikan dengan kebesaran Allah…

14 Respons to "Besar dan kecil."

kebangkitan rakyat tu pasti akan berlaku.

Kebangkitan yang beri impak jika skalanya besar Ali …kalu ko sorang tak denyer..

info: sila rujuk teori domino yang melanda. hum..apakah ia akan melanda m’sia juga? sama-sama kita doakan dan nantikan satu kesudahan yg baik untuk kita.

Jangkaan sebegitu tak terfikir pula…namun kalau kesudahannya baik, mudah-mudahanlah…

post yg tepat. jgn lihat mesir. cuba lihat kebangkitan mahasiswa m’sia. ya, kita @ kami mahu perubahan! analogi cukup cantik. semuanya merujuk kpd fitrah inisan. sekali lagi takbir dan tahmid buat Allah yg menciptakan dgn cukup cantik penuh hikmah.

Wah cikgu..semangat nampak.. Perubahan itu memang perlu. Namun agenda perubahan itu perlu jelas. Kiranya sejajar dengan jalan Allah, Insya Allah akan dipermudahkan-Nya..

‘yang besar itu bukan besar, yang kecil itu bukan kecil’.

betul2.. yang kecil itu jangan disangka kecil..
tengok semut, walaupun kecil tp semangatnya besar..😀..

yang kecil selalu kt abaikan..
walaupun sebenarnya ia mampu memberi impak yang besar..

Tiadalah Allah menjadikan sesuatu itu sia-sia Ladybird. Hatta kuman, virus yang setengah debu kecilnya tu pun sangat besaarrrr peranannya…

Setuju dengan entri ni…perkongsian yang bagus….

Ko ni orang kecik yang jiwe besor kan cikgu..ele..aku tau doh..🙂

teringat pula kata pakcik Spiderman “with great power comes great responsibility”. Masaalahnya manusia (bukan melayu aje, chedet) mudah lupa bila dah jadi org besar dan berkuasa.

Yup, manusia mana-mana pun cenggitu sifatnya…mudah lupa terutama bila diberi nikmat kaya dan nikmat kuasa…

Alhamdulillah, tazkirah yg sgt menarik..terima kasih🙂

Adele…makasih ya mampir sini…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: