Blog Abgreds

Skil komunikasi.

Posted on: 2 Mac 2011

Nak mencari ilmu yang benar-benar memberi kesan sukar kan? Nak cari majlis yang benar-benar ilmunya memberi kesan pun payah kan?

Aku hadir dalam sebuah majlis maulidur rasul baru-baru ini. Sebenarnya aku jarang tergerak hati untuk menghadiri majlis seumpama ini.

Bukan aku tak suka majlis seperti itu. Tapi aku tak suka formaliti dalam majlis itu. Lebih-lebih lagi majlis yang melibatkan tetamu vip.

Pengurusan persediaan majlis itu lebih tertumpu kepada aspek material dan luaran. Soal tempat majlis, soal tetamu kenamaan, tatarias dewan, kerusi vip, sajian, khemah…macam-macam…

Aku jangkakan dengan persiapan rapi itu turut tempias kat pengisian ilmunya nanti. Tapi aku hampa. Penceramahnya hari itu kurang berkesan. Walaupun ilmu yang disampaikan banyak, namun audien kurang memberi perhatian.

Puncanya, skil beliau berkomunikasi agak kurang. Intonasi mendatar, kurang melibatkan audien, tiada pertanyaan spontan, malah lawaknya juga kurang menjadi.

Sudahnya, para hadirin mula berceramah sesama sendiri. Pok-pek pok-pek sampai suara penceramah kian sayup. Alahai…inikah rupa majlis maulidur rasul? Lebih kurang satu jam, berakhirlah sesi ceramah tersebut.

Giliran tetamu kehormat dijemput berucap (untuk merasmikan majlis). Sebaik saja habis kata-kata pendahuluan, beliau terus bertanya “tuan-tuan nak untung ke rugi?!” Tersentak seketika para hadirin.

“Tuan-tuan nak untung atau rugi?!”, tanyanya lagi dengan kuat dan jelas. Serta merta hadirin membalas “untung…!!”…

“Kalau nak untung, begini…dan begini…”, jelas tetamu kehormat tersebut. Beliau memetik tafsiran Quran surah wal-Asr (demi masa….).

Terlihat betapa jaraknya skil komunikasi antara penceramah tadi dengan tetamu kehormat tersebut. Kedua-duanya pasti selalu bercakap dan berceramah. Tetapi gaya dan caranya tidak sama.

Lantas timbul kekesalan di benak aku bahawa kaedah penyampaian ilmu yang tidak sesuai akan menyebabkan ilmu tersebut tidak akan sampai kepada audien atau pendengar.  

Walaupun ilmu itu ilmu yang baik, yang benar dan hak. Masih ada ilmu lain iaitu ilmu komunikasi untuk menyampaikannya pula.

Amat sayang rasanya jika ilmu yang disampaikan itu terbantut begitu sahaja. Perkara semacam ini sepatutnya diambil perhatian oleh pengurusan majlis.

Mungkin gaya penceramah itu sesuai di majlis yang lain, tetapi bukan untuk majlis maulidur rasul, yang mana para pendengarnya telah diberitahu ada makan nasi beriyani selepas ini!🙂

Aku fikir itulah skema hidup hari ini. Itulah budaya membuat sesuatu acara. Dan kalau begitu, aku akan semakin bersikap memilih majlis.

Itu skema hidup aku pula. Aku kena berusaha agar majlis yang aku hadiri menyumbang ilmu sebanyak mungkin kepada aku.

Nak tambah ilmu pun kena ada ilmu, betul tak?

14 Respons to "Skil komunikasi."

Salam Abgreds, simple entry Yob tapi amat jelas mesejnyer. Ramai dari kita bercakap tp tak berkomunikasi. Sayang ada suara tp salah penggunaannya. Kekadang org yg berceramah ni tak buat homework tentang bakal audience, venue dan program yg dia nak hadiri. Bila datang tengok tak kena dengan isi atau target, melencong ler dia atau lebih teruk gelabah. Minta dijauhkan!

W’salam Mohkembara….
Kali ni kita kembara ke mana? Hehehe…macamlah saya ikut cek pi luar negori tuh…
Apapun, makasih ya singgah dan beri komen. Saya teringat dengan deretan info yang diberi. Cukup banyak hingga rasanya sukar juga dihadam sekaligus oleh memori saya…
Tapi dek cara disampaikan mendatar jer, yang tukang dengor buat dekk..jer..aduhai…

Assalaamu’alaikum Wr.Wb Abgreds…

Kemahiran berpidato dan berkomunikasi bukan diperolehi secara semula jadi tetapi memerlukan latihan dan kebijakan dalam menguasainya dengan baik, juga dengan izin Allah yang menunaskan keinginan juga perhatiab penonton kepada apa yang dibicarakan.

Selain itu, keakraban atau raport sangat penting diawal perbualan sehingga pendengar merasa dirinya sangat dekat dengan pembicara.

Saya juga, antara orang yang memilih untuk menghadiri majlis ceramah. Jika penceramahnya dikenal pasti seorang yang punya wibawa tinggi dalam menyampaikan ceramahnya, saya pasti peluang itu tidak akan disia-siakan. tidak semestinya ceramah harus berapi-api.

Saya lebih senang mendengar ceramah yang bernada lembut tetapi semangat dalam kata-kata yang lembut itu dapat mengoncang jiwa saya berbanding yang berapi-api, kemudian tidak difahami butir bicaranya.

Semoga kita, selalu berusaha meningkatkan daya komunikasi yang berkesan jika ini menarik perhatian dalam berbicara.

Tulisan dari pengalaman yang menarik. Saya selalu suka membaca tulisan tentang pengalaman diri penulis kerana ia adalah benar bukannya direka cipta. sungguh menraik dan meresap ke hati.

Salam mesra dari Sarikei, Sarawak.

Wa’alaikumussalam wbt puan Siti..

Zaman sekolah dulu pernah juga cuba bakat sendiri. Bukan berceramah. Sebaliknya jadi juruacara majlis.

Di situlah saya belajar serta mempraktikkan skil komunikasi ini. Peranan juruacara majlis tak kurang penting. Dialah yang jadi tumpuan audien dari awal hingga akhir.

Itulah sebabnya saya jadi seorang yang selektif sedikit jika ada sesuatu majlis yang saya hadiri.

Bukan mahukan kesempurnaan apa pun, cukuplah seperti yang puan terangkan dalam komen puan ini.

Mesej yang penting pun kalau tak sampai kepada pendengar / peserta tidak akan kemana…

Terima kasih puan atas komen yang bernas dan berilmu…

bg penceramah, ilmu komunikasi tu teramat penting..
kalau tak, sia2 jer berbicara berjam2.. tapi lgsg tidak meninggalkan kesan pd pendengar..

p/s : bukan sekadar penceramah, bg semua org.. kemahiran berkomunikasi tu amat diperlukan..

Tugas memberi penerangan seperti guru atau penceramah lebih baik mahir dalam komunikasi…

Ye…setuju sangat..ilmu tu memang selalu kena cari dan ditambah…macam cikgu juga, makin lama mengajar anak-anak, makin banyak ilmu mengajar kena belajar, sebab anak-anak sekarang amat jauh berbeza dengan anak anak 20 tahun dulu.

Bak kata Ticer Shida’ jadi cikgu kena happening, kalu tidak, penin….’

Abgreds, timo kasih atas ucap selamat hari lahir yang ke 17ku itu…he he …dah 20 tahun leeeebiihhhh dah tu….- berapa lebihnya…biarlah rahsia…he he he…

Sangat setuju cikgu…
Korang tengok cikgu kita cakap apa…tu yang hari-hari dok bercakap jer kerjanya…

assalamualaikum

cara dan gaya itu penting. nada dan atonansi juga yg dapat memikat. kadang yg simple yang lebih realible.

kena juga berhati-hati, ditakuti yg datang bukan kerana ceramah tapi kerana nasi beryani. rugi misi. apapun pertolongan & hidayah itu dari Allah. semoga setiap majlis ilmu diberkati.

W’salam CT ..
Bagi mereka yang pernah berjumpa dengan majlis ilmu yang lebih berkesan, tentu akan kehampaan juga bila bertemu situasi seperti itu…

assalam.. betol3, skrg yg berilmu pun slh tuntut ilmu hehe

W’salam kak Maiyah..
Menuntut ilmu memang tiada hentinya kan..

Betul tu bro. Bukan senang nak bercakap dgn baik. Kalau syok sendiri aje, semua org tension dan meluat pun ada. Sbb tu kawe ni pendiam aje orgnya. Tahu skill tak hebat. Tapi kalau dapat tingkatkan ilmu tu syukurnya…

Cecece..cek Mail…aku cam tak cayer jer abg Mail ni pendiam..hakhak…
Tapi respek orang yang kenal diri macam cek ni..kita semua ada lebih dan kurang yang kena diakui…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,899 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: