Blog Abgreds

Melayu lawan melayu…

Posted on: 6 Mac 2011

Mungkin hamba terlalu idealistik. Hamba fikir tak salah kiranya idea tersebut mendorong kita hamba rakyat untuk terus berusaha dan tidak berputus asa.

Hamba begitu berharap satu hari nanti kita semelayu dan seislam ini dapat bersatu dalam erti kata yang lebih bermakna.

Bersatu iman dan hati. Bersatu cinta dan cita-cita. Bersatu air mata gembira dan air mata berlinang duka nestapa.

Bersatu seteguh-teguhnya. Erat mempererat di bawah panji-panji Iman, Islam, dan Ihsan. Cukup kuat hingga sukar di ganggu-gugat.

Lalu bertebaran para pejuang kebenaran dan hak melerai keluh kesah manusia yang bodoh, jahil dan keliru. Meninggikan syiar Allah merata nusa.

Sinar keagungan islam bergema, sekutu dan seteru diadili sesaksama. Berkat hidup terasa aman, selamatlah di dunia dan hari kemudian…

Mungkinkah boleh terjadi yang demikian itu?….

Itu impian kecil seorang hamba. Impian yang indah mengulit tidur. Namun realitinya masih jauh dan masih samar.

Sebenarnya, hamba tadi baru kembali dari kelana ke Merlimau sana. Bukan untuk mengundi. Bukan makan angin.

Hamba kena kerja overtime. Dapatlah gaji barang sehari dua. Beli tempe, beli tahu, habislah ia. Duit hari ni, tuan hamba tau-tau saja lah yee…

Di wilayah Merlimau serta wilayah Kerdau diadakan pilihanraya kecil hari ini. Satu lawan satu. Melayu lawan melayu.

Satu bangsa, satu agama, satu negara. Namun berseteru juga bersengketa. Saling memburuk, saling mengata. Merebut kuasa merebut laba.

Hamba bukan orang siasah. Tak pandai cakap, tak tau belasah. Tak reti lobi, tak faham ‘kopi’. Tak ada kabel, tak ada kroni.

Tidak, tidak…hamba ini cuma hamba rakyat. Menumpang hidup di bumi bertuah ini. Sebelum ajal menjemput nanti.

Kenapa tuan hamba sekaliannya itu? Kenapa tuan hamba berseteru sebegitu? Kenapa tuan hamba tidak mahu bersatu?

Sebentar waktu nanti, akan tiba masa dinanti. Waktu diumum nama pengganti. Waktu YB baharu akan dirai.

Siapa yang menang? Siapa yang kalah? Ya… demokrasi yang menang, dan melayulah yang kalah, kerana siasahnya yang tersalah arah.

Ah…biarkanlah. Hamba masih ada impian yang menemani hamba. Yang setia menitip semangat hamba tiap detik dan ketika…      

p/s : Bila berbicara perihal siasah ni, aku lebih suka meneliti tulisan-tulisan Dr. Ridhuan Tee Abdullah.

Beliau ada mengulas betapa orang kita ini terlalu suka berpolitik hingga merugikan bangsa dan agama.

Lihat tulisan terbaru beliau –http://ridhuantee.blogspot.com/2011/03/beza-antara-politik-melayu-dan-cina.html

19 Respons to "Melayu lawan melayu…"

Begitulah lumrah kita manusia… Berasa langit dan bumi milik kita, beralasan dengan firman hingga menghalalkan makian sesama manusia.. Mungkin perpaduan mutlak hanya utopia.. Atau mungkin sehingga bumi bergetar dan laut bertempik seperti di Japun, baru kita mahu duduk bersatu.. wallahualam..

Selamat datang Mutalib..terima kasih bagi komen..
Mungkin juga benar perpaduan mutlak itu utopia..tapi usaha ke arahnya tetap satu fitrah kemanusiaan..

Betul.. langkah ke arah itu tetap perlu dihayun walauapapun.. hehe🙂

ramai yang berpolitik demi kepentingan sendiri.. bukan untuk kepentingan bersama..

Itulah yang terzahir Wahida…niat tu biarlah masing-masing jawab nanti…

Macam manalah agaknya kita hendak bersatu, sekiranya diri masing-masing sibuk menjaga kebajikan kroni dan kepentingan sendiri. Bila tidak berpuashati diselesaikan cara ‘berdebat’, memfitnah dan saling mengaibkan walhal pintu permuafakatan sebenarnya sentiasa terbuka. Melayu sebenarnya telah dikalahkan oleh sebutir beras untuk diisi dalam perut yang tidak kunjung kenyang.

Aku naik malas sebenarnya nak cerita bab politik ni MM…cuma kebetulan ada PRK dekat-dekat sini…tempias jugalah.. aku ada kawan golongan pertengahan yang ada contact datuk-datuk ni…ceritanya aduhaiii…malas aku nak cerita..nambah dosa jer…

nampaknya abgreds pun lahir berlatarbelakangkan politik🙂
mesti abgreds menyimpan banyak cerita mengenai dunia politikkan?

Bukanlah MM…saya orang biasa saja.
Saya cuma ada kawan yang kawannya-kawannya ada yang datuk-datuk gitu…

Setuju, sebab merebut kuasa, semua ditelanjangi. Politik memang busuk.

*tak jadi bersara…ada entri*

Dulu aku ingat bab ilmu dan guru ni clear… tapi maaf cakaplah cikgu…kawan aku salesman buku sekolah cerita…sama jugak…politiking cukup masak kat area sekolah, pejabat pendidikan…ler…
-ko tu suka nulis mana aci nak pencen-pencen ni..hakhak…

serius politik Malaysia dah busuk sangat2..caci mencaci,hina menghina,fitnah,dan macam2 lagi..teruk sangat dah org2 kita ni

Lebih buruk lagi, bab-bab rezeki pun diaorang tibai semacam..dah rasa macam minta sedekah kat negara sendiri… aduih..

melayu yang pecah melayu yang belah tapi ada yang tersenyum puas sambil bertepuk kegembiraan…
takan nak tunggu hilang segalanya baru nak sedar… dan berharap semuanya boleh kembali seperti sedia kala…
ingat kita bukan selalu bernasib baik…

Itulah melayu Dno…suka tengok bangsa sendiri sengsara. nak tolong takat doa saje…
Korang yang muda-muda ni mungkin ada idea dan semangat melayu baru..usahakanlah..
Moga melayu takkan ‘melayu’…

Saya tak pergi ke sana Abgreds sbb tinggal jauh di sini. Kalau balik Muar, mungkin boleh terjah ke sana kejap. Tapi dapat juga lihat gambar2 dan video di blog. Sebagai hamba rakyat yang sebangsa dan seagama, saya rasa agak malu dengan tindak-tanduk penyokong kedua-dua belah pihak. Selain dari taksub, sikap yang keterlaluan hingga lupakan ada resam sendiri buatkan saya berfikir apa nak jadi dengan negara ini dan bangsa melayu/islam khasnya?

Macam abgreds tulis, sapa2 yg menang pun, nampaknya kita tak akan untung lagi. Jadi Pak Kadok lah kita nanti.

Dr. M meninggalkan lompang yang cukup besar dalam politik tanah air. Antara beliau dengan barisan kepimpinan sekarang agak jauh kredibilitinya.
Namun itulah pemimpin yang kita ada. Mahu tak mahu kena ikut rentak tarinya…
Yang pasti, politik sekarang terlalu merugikan Melayu….

Politik mainan kata..
Tuduh menuduh..
Tuding menuding..
Melayu sesama melayu..
Bilalah semua kita bersatu..
hurmmmm

Dalam politik,bersatu itu jadi retotik…dan trik…dan politiking….aduss…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,899 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: