Blog Abgreds

Yakin tak betul. Betul tak yakin.

Posted on: 14 Mac 2011

Dalam kisah manusia tersohor seperti wali-wali, kedapatan bermacam peristiwa yang sarat dengan ilmu hakikat dan falsafah hidup yang meyakinkan.

Antaranya kisah tentang dua orang wali Allah ini. Seorang daripadanya mendapat amanah untuk menyampaikan suatu amanat kepada seseorang.

Dalam perjalanan, dia singgah di sebuah masjid untuk bersembahyang. Lalu didapatinya bacaan fatihah imam jemaah itu salah. Dia yakin itu salah.

Timbul hasrat di hatinya untuk menangguhkan perjalanannya untuk membetulkan bacaan fatihah imam tersebut.

Selesai jemaah, imam tersebut terlebih dahulu menegurnya, “pergilah kamu meneruskan perjalanan kamu, dan biarkan saya dengan bacaan fatihah yang tidak betul ini”

Terkejut wali yang pertama itu. Bagaimana dia tahu yang aku ingin membetulkan bacaan fatihahnya?, tertanya dia di dalam hati.

Ternyata imam itu bukan sembarangan orang walaupun bacaan fatihahnya tidak betul. Mungkin Allah membuka hijab hingga dapat imam itu mengetahui isi hatinya… 

Sambil meminta maaf atas niatnya itu, wali pertama itupun lalu berlalu pergi meneruskan perjalanannya… 

Ternyata kemudian, sahabatnya yang sedang menunggu titipan itu sudah mahu berangkat pergi. Sekiranya dia tinggal di masjid tadi lebih lama, tentu amanat itu tidak dapat disampaikannya…

Wallahualam, begitulah kisahnya. 

Kedua-duanya begitu yakin dengan ilmu masing-masing, walaupun si imam tahu bacaannya salah. Tentu ada kisahnya tersendiri.

Yakin ini sesungguhnya kurnia Allah atas makhluknya, tidak kira makhluknya itu bertuhankan Dia ataupun tidak.

Setiap kita diberi rasa yakin yang tersendiri. Yang membezakan cuma ilmu untuk memperoleh keyakinan diri itu. Jika sempurna ilmunya, sempurnalah yakinnya. Sempurnalah niat dan perbuatan kita.

Masalahnya, kita sering tersalah. Kita tahu yang kita buat itu betul. Tapi kita tidak yakin disebabkan pelbagai faktor. 

Contohnya beribadah, bekerja yang halal, dan lain-lain perbuatan baik. Betul tapi tak yakin. Jadi perbuatan kita menjadi cacat, rosak, salah dan tidak diterima atau memuaskan. 

Adakalanya kita tahu perbuatan kita salah. Tapi yakin sungguh akan berjaya. Contohnya nak mencuri, menyamun, menipu dan sebagainya. Yakin tapi tak betul.

Sentiasa ada ruang untuk mempertingkatkan iman dan yakin kita. Sentiasalah berusaha dan terus belajar.

Manusia yang berkeyakinan akan terserlah karakternya samada sebagai manusia yang baik atau manusia yang jahat!..

Nota  :

Untuk mendapat hikmah dari kisah wali-wali seperti itu, kita hendaklah berilmu dan sentiasa merujuk kepada guru yang murysid.

Perilaku serta peristiwa tertentu kadangkala terlihat sebagai menyalahi hukum, sedangkan ia dikaitkan sebagai kebaikan atau kurniaan Allah.

Contohnya dalam kisah di atas, mungkin timbul tanda tanya, kenapa dengan bacaan fatihah yang salah masih boleh jadi imam?

Itulah sebabnya kita kena berguru. Bukan baca sendiri kemudian faham sendiri, kemudian buat kesimpulan sendiri. Walaupun yakin, itu bukan caranya! Itu berguru dengan syaitan!

Belajarlah dengan guru sebenar yang yakin diri dan berkeyakinan dengan murid-muridnya, Insya Allah kita akan sama-sama yakin lagi meyakini…

16 Respons to "Yakin tak betul. Betul tak yakin."

Assalaamu’alaikum wr.wb, abg Reds…

Lama tidak menyapa dan singgah di blog yang penuh inspirasi pelbagai ilmu ini. Maafkan saya baru menyempat diri di malam ini. Semoga ukhuwwah tetap terjalin baik dalam perkongsian ilmu yang bermanfaat. Didoakan Abg Reds sihat dan bahagia selalu.

Banyak pengajaran yang diperolehi dari kisah di atas. Apa yang tersirat adalah dalam pengetahuan Allah dan mempunyai hikmah disebaliknya. Ramai orang menyangka ahli Sufi berkelakuan aneh dan lebih teriuk dianggap gila, sedangkan hubungan mereka dengan Allah berada di luar jangkaan kita sebagai orang awwam.

Keyakinan adalah senjata menghilangkan kesangsian. Tanpa keyakinan banyak hal tidak dapat dilakukan dengan betul. Iman itu hendaklah diucap dengan benar dan keyakinan di hati. Barulah terserlah sifat-sifat orang mukmin padanya. Apabila disebut nama Allah, akan bergetarlah hatinya.

Berusahalah untuk mencapai keyakinan diri agar setiap apa yang dilakukan tidak bercanggah dengan apa yang ingin kita usahakan.

Salam mesra dari Sarikei, Sarawak.

Wa’alaikumussalam wbt puan Siti….
Semoga puan dan keluarga sentiasa mendapat rahmat Allah swt hendaknya.

Saya minta maaf kerana lambat untuk reply komen puan ini. Seperti puan, saya turut merasakan masa saya untuk bertalian maya ini semakin susut. Justeru hanya sekelumit kesempatan inilah saya cuba berbuat sesuatu.

Sebagai manusia yang penuh kekurangan dan kelemahan, saya kira kisah-kisah seperti ini amat penting untuk menjadi sebahagian rutin kehidupan kita.

Selain sebagai penawar resah dan duka nestapa, ia juga berperanan sebagai motivator dan terapi minda yang cukup berhemah dan mengesankan.

Semoga dapatlah kiranya kita sentiasa memperbaiki kualiti hidup kita sebagai mukmin dan muslim di persada maya ini…amin…..

kalau bacaan fatihah dah salah.. kena buat sesuatu , dari pihak2 yang tertentu jangan dibiarkan macam tuh.. nanti tanggung dosa… susah tuh..

Betul tu Zik. Fatihah tu wajib dalam sembahyang. Kena bezakan tersirat dan tersurat kalau baca kisah macam nih…

sala..entry yang bagus..sesuai dijadikan hidangan bervitamin untuk santapan minda dan jiwa

Hehehe…vitamin apa bro…
Saja kongsi-kongsi ide bro…yang baik buat teladan…

Psst..Abgreds..nak riak ni..jom tengok sapa datang blog haku…ko jangan jeles tau…dosa…

Ele…tak jeles pun…aku punya rekod tetap dia orang tak leh pecah punya wakaka….

salam..
entri yg mengesankan..
brp byk dah keyakinan diri ini utk perkara yg salah.. T_T

W’salam Adele..
Nak yakin tu satu bab, nak yakin benda yang betul satu bab lagi…banyaknya ilmu Allah ni…

teguran haruslah ikhlas semata-mata kerana Allah.

Hmm..betul dan setuju..nak berilmu kena berguru dengan orang yang berilmu dan pastikan ilmu itu betul dan meyakinkan. Saya sendiri masih lagi mencari dan memperbaiki diri, dan ilmu ini,makin dicari makin nampak yang yg kita ni banyak rupanya yang masih belum tahu…

Itu tanda yang berkat…ilmu dipelajari untuk ‘membuang bodoh yang ada dalam diri’.. bukan nak jadi pandai…

kalau dekat kampung,ada yg sanggup gi masjid jauh semata2 nak mengelak jadi makmum yang bacaan Fatihah Imamnya salah..

Kalau yakin bacaan dirinya lebih bagus, niatnya bersih tidak mahu riak atau berselisihfaham, mungkin itu jalan sebaiknya…
perlukan diskusi panjang jika mahu persoalan seperti ini diperjelas…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: