Blog Abgreds

Ilmu di hujung jari.

Posted on: 19 Mac 2011

Ini zaman internet. Semua ada di hujung jari. Yang baik maupun yang buruk. Pilihan di tangan dan minda kita.

Namun perkongsian ini bukan pasal internet. Ini kisah suatu waktu dahulu. Bagaimana seorang hamba menggunakan jari jemarinya sebagai tamsil ibarat mengenai perpaduan ummah. Ikuti kisahnya…

Jari kita ni tuan-tuan sebenarnya melambangkan keperluan dalam sesuatu komuniti. Lima jari ertinya lima elemen kena ada tuan-tuan.

Pertamanya, ibu jari. Ibu jari ini adalah ketua jari-jari. Nak tunjuk bagus tak bagus…arr pakai ibu jari. Kalau ibu jari naik atas, thumbs up!...bagus!

Kalau ibu jari tunjuk bawah…kalah! Salah, rugi, tak bagus…betul tak tuan-tuan? Jadi ibu jari ni mewakili golongan pemimpin tuan-tuan.

Mesti ada pemimpin yang benar-benar berkaliber, berkualiti, berilmu, beriman…dan lain-lain aspek kepimpinan yang bagus.

Kalau pemimpin hampeh tuan-tuan, macamana golongan rakyat nak mencari panduan? Macamana rakyat nak berpadu dan bersatu?

Yang kedua, jari telunjuk. Ini siapa tuan-tuan? Ha, ini golongan berupaya atau kaya. Bukan kaya harta saja, malah kaya tawaduk dan bersifat dermawan.

Mesti ada dalam masyarakat kita golongan seperti ini. Yang kaya tapi kedekut tak termasuk sini. Kedekut tu ertinya mementingkan diri sendiri.

Dalam realiti tuan-tuan, “telunjuk orang kaya lebih bererti dari telunjuk orang miskin”…. Ini betul tuan-tuan. Tuan-tuan fikirlah sendiri…

Zaman segala-galanya memerlukan duit, kenalah ada wakil komuniti kita yang berduit, taklah nanti terpaksa minta tolong dengan orang kafir, kan?

Jadi yang jadi orang kaya tu ambillah peringatan ya. Duit yang kamu ada tu bukan semua milik kamu. Ada hak-hak untuk yang lain juga.

Yang ketiga, jari tengah. Tuan-tuan tengok ya, biasanya jari tengah kita ni lebih panjang dan lebih tinggi kan…apa ertinya itu tuan-tuan?

Itu maknanya yang paling tinggi dan mulia. Dalam konteks masyarakat, jari tengah ini mewakili golongan ulama tuan-tuan.

Golongan bijak pandai agama ini duduk paling atas. Dia kena jadi pakar rujuk. Dia kena tegak hukum. Tak boleh main-main…

Golongan ulama inilah peneraju komuniti Islam. Menjadi nakhoda agar perjalanan hidup masyarakat itu terpelihara dari kemungkaran.

Tegak dan tegas berbicara berhukum. Kiri tidak kanan pun tidak. Semua mesti ikut Quran dan Sunnah. Itu peranan ‘jari tengah’…

Yang keempat, jari manis. Senang nak ingat ni tuan-tuan. Jari manis ni tempat kita sarung cincin tunanglah, cincin risiklah, cincin kahwin…

Ertinya tuan-tuan, jari manis ini adalah golongan belia dan beliawanis dalam masyarakat. Apa peranan golongan belia ni tuan-tuan?

Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara…ertinya tuan-tuan, golongan belia ini pusat pertahanan bangsa dan masyarakat.

Dalam fasa belia, kita manusia ini dalam tempoh optimum dari aspek kehidupan. Penuh semangat, penuh wawasan, penuh idea dan auta..haha..

Masa inilah, pemikiran lama dan baru dicerna sesebati mungkin, demi membentuk halatuju baru yang lebih dinamik…ini kerja orang muda tuan-tuan yang muda-muda ni ya…ingat tu!…

Yang terakhir, kelima, jari kelingking. Jari yang paling kecil dan halus. Siapa dia tuan-tuan?

Betul tu…jari kelingking tu ertinya adik-adik dan anak-anak kita ni. Generasi baru. Generasi yang akan mencerminkan hidup manusia akan datang.

Apa peranan golongan ini tuan-tuan? Dia orang tak lah ada peranan apa, melainkan belajar, belajar, dan belajar…

Kitalah yang sebenarnya berperanan mendidik agar generasi anak cucu kita ini menjadi manusia yang mukmin dam muslim jati.

Kitalah yang bertanggungjawab melahirkan insan-insan yang berhambakan Allah Taala, bukan hamba dunia dan hamba harta…

*     *    *     *

Demikianlah tuan-tuan dan puan-puan, pembentukan keharmonian sesebuah masyarakat itu perlu ada semua peranan kesemua golongan yang disebutkan.

Setiap kita mewakili golongan tertentu berdasarkan faktor usia, ilmu dan harta kita. Berusahalah kita agar peranan kita itu berkesan dan bermanfaat.

Insya Allah, semua usaha kita ada nilai di sisi Allah Azzawajjala…

16 Respons to "Ilmu di hujung jari."

Moga jari-jari ini bisa mengenggam mandat dan maruah agama, bangsa, dab negara.

Amin…ko salah seorang tokoh tu Lib…moga ko dapat realisasikannya…

sekarang ni kat ofis dah start pakai thumb-print untuk masuk pejabat..tapi tak semua guna ibu jari..saya sendiri guna jari telunjuk..

kalau ikut entri,saya jari manis..masih belia lagi..hehe

Hehe…ko suka kelainan..bagus-bagus…mudah-mudahan boleh jadi belia genius gitu..

ibu jari dikira jari yang utama…. sebab itu dijadikan cap jari pengenalan… sebab setiap orang lain2 dia punya corak…

Itulah tanda kekuasaan Allah Zik…tak satu pun cap jari kita sama walaupun kembar…

hehe..banyak gak kelebihan jari.. nikah di masjid boleh atau tidak??##

Sentiasa ada ilmu di mana-mana bagi seorang yang suka berfikir…🙂

Menarik entri ni bro. Alangkah bagusnya kalau masy hari ni mcm jari-jari di atas tu. Masaalahnya ada pemimpin – korup, Ada org kaya – kedekut dan tamak haloba, Ada belia – tak leh nak harap, Ada generasi akan datang – dibuang dalam tong sampah, Ada ulama – sesat.. Hmmmm.. kudung la tangan kalau macam tu.

En. Mail…tu kiranya separa fantasi jugak tuh…hakikatnya macam yang en Mail dok bayang tu lah.
Kalau dah semua segmen ter’pele’ot’ macam tu, macamanalah nak jadi islam hadari ni kan…
Jawabnya sendri mau ingat beb…

Harusnya kita menggunakan
jari itu sebaik-baiknya..
buruk dan baik datangnya dari kita sendiri..

Tersangatlah setujunya saya dengan jari jemari cikgu tuh…hehe…

Betul jugak.. X pernah terfikir pun.. Sebab itulah ibu jari dijadikan petunjuk untuk cap cari..

Banyak analogi boleh dibuat dengan jari jemari ni deCrewz…nak kreatif jer…ok bro..

like entry ini….
=)

Makasih Rose…
Abgreds doakan kamu dapat melunasi peranan kamu dalam komuniti kamu jugak ya…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: