Blog Abgreds

Internet terunggul

Posted on: 28 Mac 2011

Sepuluh hari berlalu tanpa sebarang entri baru. Sepuluh hari berlalu tanpa bicara. Tiada khabar berita. Tiada suara tiada apa…

Namun teman, sepuluh hari itu cukup bermakna bagiku. Menjauhi dunia tanpa wayar ciptaan manusia yang serba lemah.

Aku berkelana dalam satu dunia yang lebih indah. Lebih bererti. Juga dunia tanpa wayar yang zahir terlihat. Tapi penuh nikmat tersirat.

Ia adalah dunia internet yang punya roh dan jiwa. Sesungguhnya ia jauh lebih mempesona. Tiadalah yang lebih asyik selain mensyukuri anugerah dari-Nya.

Hampir-hampir saja aku memutus untuk tidak lagi berbicara di ruang yang sepi dan maya ini. Selain terasa begitu berharganya masa hingga menerbitkan nilai negatif untuk menelusuri internet sebegini rupa.

Ya, didatangi perasaan demikian, memaksa aku berfikir sejenak. Peringatan itu datang untuk menunjuk arah dan panduan.

Al-hamdulillah, aku dianugerahkan pesanan lewat peristiwa sepuluh hari kebelakangan ini, kesemuanya ke arah memperingati Dia…

Aku terharu dengan ziarahmu teman. Tiadalah aku dapat membalasnya melainkan doa agar Allah memberi kebaikkan untuk teman semua.

Apakah peristiwa itu?

Tidaklah aku berhasrat untuk menukilkannya di sini. Cukup untuk aku katakan bahawa ia antara peristiwa besar dalam perjalananku sebagai seorang hamba untuk kembali kepada Penciptanya….

Berdoalah kita semua teman, agar sentiasa mendapat taufik dan hidayah daripada Allah SWT…setiap detik dan ketika, setiap tidur dan setiap jaga….

Semoga doa itu akan termakbul lalu terzahir dalam kehidupan kita, lalu menjadi suri teladan dan membentuk suatu peringatan.

Aku bermohon maaf sebanyak-banyaknya kepada para tetamu blog ini. Bicaraku akan kian berkurang. Masamu akan kian berkurang. Silaturrahim akan turut merenggang.

Aku juga bermohon maaf kiranya entri ini kurang dapat dimengerti. Kiranya begitulah sifat sesetengah perkara itu – agak misteri dan agak berseni…

Cubalah anda membaca dengan mata hati, insya Allah akan dipermudahkan oleh-Nya untuk memahami….🙂

Begitulah. seketika tanpa internet duniawi ini, demi seketika untuk internet ukhrawi ….aku fikir suatu yang amat berbaloi. Sungguh berbaloi…

Berpadalah dalam perbuatan kita. Janganlah sampai hiasan dunia yang sementara ini dapat melalaikan kita dari dunia yang kekal nanti.

Sekali lagi, aku mengucapkan berbanyak terima kasih atas kunjungan teman semua. Entri ini aku tulis setelah melihat statistik tetamu tadi.

Insya Allah, kiranya ada rezeki lagi untuk aku mencoretkan sesuatu di sini, aku pasti akan tuliskannya. Mohon permisi dahulu…..

15 Respons to "Internet terunggul"

mana yg utama, perlulah kita utamakan…bagus sgt entri ni…

terus terfikir, berapa byk masa yg kita peruntukkan utk kita kpdNYA?

thanks bro

Buat yg penting dulu reds. Ada masa ber tenet lagi😀

Makasih bro Mail..ko bab ni memang alert…tabik bro..

Hikmah..
Alhamdulillah🙂

Makasih jenguk aku cikgu…

Masih kebingungan….harap Abgred masih sempat meluangkan masa kerana dis ini juga salah satu medium untuk “menyampaikan”apa yang sepatutnyanya disampaikan.

Maaf le bro…aku memang moody sikit masa tulis entri..biasalah…laki-laki pun ada hangin jugakkk…🙂

lumrah dalam kehidupan seharian, pasti suatu ketika ada pasang surutnya. selamat sukses dan terus berkarya buat tatapan para sahabat.

Terima kasih Seri…
Pasang surut tu penting untuk keseimbangan alam sekitar…hehe..

walau ape yg berlaku, sentiasa tabah hadapi dugaan darinya..
sama-sama kite berpesan..

memang kurang memahami entri nie tp cuba untuk memahaminya..

Sesekali buat entri syok sendri Lalink…
Makasih le ko masih gak nak paham menda yang ko tak berapa paham…jihad ilmu tu…

Salam abg reds..🙂.. ape2pun lady doakan yg terbaik tuk abg reds..
Abg reds, bagi lady menulis di blog juge boleh mendekatkan diri pada Allah.. cuma jgn terlalu taksub dan terpesona sehinggakan terlallai mengerjakan perintahNya.. tidak 24 jam menumpukan pd blog.. lady sendiri, kdg2 jer lady menulis di blog.. dan kdg2 shj lady melawat teman2 seangkatan dalam dunia maya.. ape2pun abg reds.. lady pasti merindui tulisan abg reds dan akan menantinya insyaAllah..😀..

Terima kasih Ladybird….setiap masa memang Allah sentiasa menguji hamba-Nya walau dalam bentuk apa pun jua samada nikmat suka atau duka, sihat atau sakit…
Kitalah yang kena sentiasa alert akan keadaan kita itu…
Terima kasih atas sokongan Ladybird…

As salam..
Singgah sini awal pg.
moga abgreds sihat selalu..

Amin…moga kak Iza pun sama sihat yer…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: