Blog Abgreds

Gampang!

Posted on: 2 April 2011

Aku scan dari akhbar Metro Ahad, 22 Ogos tahun, lama tu…tapi nak buat entri tak sempat-sempat. Jadi kali ni ada masa aku tulislah seadanya.

Di ruangan kolum Dr. Mashitah hari tu, satu muka penuh melibatkan laki-laki bermasalah. Aduss…ngapainn ya laki-laki jaman ini…

Yang satu tanya pasal rujuk. Yang satu laki-laki bertindik. Yang satu tinggal sembahyang. Yang satu ni, aku highlight kat sini – pasal terlanjur.

Ceritanya klisecouple, terlanjur, lakinya cabut lari, aweknya makan hati. Dulu bolehlah aku tanyakan, macamana semua ini boleh berlaku? Sebab jarang-jarang berlaku.

Tapi sekarang, rasa aku kau orang boleh jawab soalan tu. Segalanya nampak mudah zaman ini. Mudahnya nak couple, mudahnya nak terlanjur, mudahnya nak settel masalah…bagi si laki-lakinya tulah terutamanya.

Ada ke patut dia tak mahu bertanggungjawab dengan alasan tak mahu derhaka kepada ibubapanya yang sudah punya pilihan lain.

Cukup senang! Yang aweknya pun satu. Senang-senang bagi tubuh badannya jadi taruhan atas alasan cinta dan sayang yang teramat amat konon tu!

Semuanya senang belaka! Macamlah tak ada Hari Perhitungan nanti…

Aku tak tuding mana-mana. Bagi aku dua-dua memang ada masalah. Masalah ilmu, iman dan amal. Kurang agamalah pokok bicaranya.

Kalau benteng iman tu ada, aku tak fikir korang boleh bertindak sejauh ini. mendekati zina pun dilarang, korang kena fahamlah.

Dan aku cukup khuatir dengan prestasi laki-laki era baru ini. Bukan semua. Tapi segelintir lelaki yang membawa lumpur ni.

Wahai lelaki, korang tu diamanahkan untuk kepimpinan ummah. Masa depan anak cucu kita ni kena direncanakan sebaik-baiknya.

Kalau macam nilah gayanya, tentu perjalanan tu masih jauh tu brader.. banyak yang korang kena perbaiki.

Kita dipertanggungjawabkan untuk menjadi pemimpin, jadi ketua, jadi imam.. yang ko tu jadi hamba setan apa cerita ni bro?

Aku tau setiap generasi tu ada ciri tersendiri berdasarkan keadaan semasa. Tapi itu bukan jadi alasan untuk korang hanyut dalam dunia korang.

Agama kita yang syumul ni dah cukup hebat dah untuk guide korang. Kalau tak sampai dapat title ustaz atau ustazah pun, ambik yang fardhu ain tu.

Itu pun jangkanya dah cukup untuk jadi benteng korang. Tapi korang kena belajarlah, kalau dok ikut cakap setan tu sampai bila nak pandai?

Dah la yer. Aku ni laki-laki jugak. Sedikit sebanyak terpalit dengan lumpur- lumpur kelabu tu. Kena bersihkan juga mana yang patut…

Ni aku cerita bab yang tak bagus. Bukan maknanya semua lelaki tak bagus. Ada lho yang bagus, yang hero, dan yang super power gitu..

Yang dah bagus tu tak payah ceritalah. Kita cuma tegur, didik dan bimbing yang tak bagus, yang bermasalah, yang tersilap dan tersalah. Itu sajer..

14 Respons to "Gampang!"

AcHiKz salahkan si lelaki sebab minta dan salahkan perempuan sebab senang2 bagi..
lelaki selalu gunakan alasan bukti cinta untuk melanjurkan diri (ada ke perkataan ni?? sebab terlanjur tu dah tak sesuai digunakan) manakala perempuan pula guna alasan takut ditinggalkan kekasih bila menolak..
kalau takut ditinggalkan, jangan bercinta..
ditinggalkan kerana katakan tidak pada kelanjuran tu 250% lebih baik dari ditinggalkan setelah melanjurkan diri..

Mudah untuk kita yang insaf dan mengerti Wahida. Namun cukup sukar bila minda dah dipengaruhi nafsu syaitan…

Tak sesuai rasanya guna perkataan terlanjur. Perkata “ter” rasa seperti ketidaksengajaan dan ketelanjuran itu sepatutnya tidak perlu diulang lagi tapi bagi mereka yang ada masalah ini, mereka mengulanginya berkali-kali.

Aneh, mereka bukan tidak tahu agama dan takkan pula tidak membaca teladan kisah mereka yang ditinggalkan, kesan dan impak perbuatan mereka kepada diri dan keluarga tetapi dengan sengaja membutakan hati dan mata untuk bergelumang terus dengan kelakuan mereka.

Dan kesudahannya bila maruah tercemar, mengandung dan buang anak , mahu disalahkan siapa ?
Keluarga ? Dituduh tidak tahu menjaga anak
Perempuan ? Dituduh tidak tahu menjaga diri
Lelaki ? Dituduh menjadi perosak

Semuanya bermula dari diri. Kita yang memilih untuk jadi apa

Lagi nak minta maaf Sk yer…lama utk saya reply komen anda…
Kena baca balik, dapatkan ‘feel’ dai lah pulak…
Ok la, tentu saya bersetuju bahawa mereka yang sering terjebak ini bukan lagi kategori tak sengaja, sebaliknya sengaja menempah dosa…berat tu…sengaja…
Terima kasih Sk bagi pendapat.

As salam Abgreds..lama tak dengar cerita….sihat ker?

W’salam cikgu nurin…kejap sihat kejap tak…biasa la…

assalam..

singgah ptg

W’salam kak maiyah…makasih mampir sini…

salam..dua2 salah ni..kalo sblh pihak xlyan, xjd jgk kan..

dah lama xdtg sini…

W’salam tika leh.. betul bicara ko tu tika…

Zaman yang terlaku terbuka..
Istilah haram dan dosa adalah perkara ke-2..
Masyarakat makin hilang akidahnya..
hurmmm…

P/s: Mudah-mudahan kita kembali ke pangkal jalan-NYA..

Mudah-mudahan misgee…sama-samalah kita yer…

As salam..
Risau jgk walaupun anak masih kecil. Agaknya bagaimanakah keadaan mereka bila kita dah tak ada nanti..

W’sala Iza…
Berdoa dan berusaha beri yang terbaik. Masih ada masa dan cukup banyak harapan..moga suksess amin…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: