Blog Abgreds

Tak salah tersalah, tak silap tersilap…

Posted on: 10 April 2011

“Tak sempurna itu adalah kesempurnaan manusia. Tak salah dan tak silap kita tersalah dan tersilap…”

Ini kali kedua entri berdasarkan satu komentar yang aku tulis di blog orang lain. Komentar ini aku tulis di blog Kakcik Seroja http://kakciknurseroja.blogspot.com/2011/03/bila-jari-dan-otak-tidak-sekata.html tidak berapa lama dulu.

Bertepatan pula dengan suatu insiden yang sungguh mendalam terjadi dalam hidup aku, aku teringin untuk mencoretkannya kat sini.

Sedikit sebanyak akan berlaku kesalahfahaman orang terhadap perkataan dan perbuatan kita. Itu sangat mudah terjadi dan amat banyak pemudahcaranya.

Yang mengesalkan aku adalah apabila kesannya itu berlanjutan hingga mencapai hilangnya kepercayaan secara total.

“Aku hampir hilang kepercayaan terhadap engkau Red…”

Itu kata bicara seorang kawan aku tak lama dulu. Bermula dari perselisihan yang sekelumit cuma – bagi pendapat aku.

Dia kecewa kerana aku gagal menjawab beberapa perkara yang menjadi kemusykilan di benaknya. Barangkali jawapan aku tidak sama dengan pengharapan dan doa baginya. Aku tidak tahu.

“ Kata sekolah pandai. Kata ngaji pandai. Tengok rajin sembahyang…”

Sambung kawan aku memuaskan hatinya meluahkan persepsinya terhadap aku. Aku biarkan saja. Namun hati aku mula terasa.

Aku bukan terasa dengan kawan aku tu. Itu hak dia untuk melihat aku dengan caranya. Tapi aku terasa dengan perkataan dia.

Kata-katanya yang secara langsung mengaitkan guru-guru aku begitu mengesankan. Bukan salah dia sama sekali.

Tetapi akulah yang sememangnya harus memikul beban salahfaham tersebut. Kata-katanya menyedarkan aku betapa besar dan berat tanggungjawab seorang manusia yang mengaku islam dan beriman.

Tingkahlaku dan perkataan aku tentu saja diperhati dan diteliti, terutama oleh mereka yang dekat hidupnya denganku.

Di satu sisi, aku kesal kerana tidak dapat memberikan cerminan yang terbaik buat kawanku itu. Suatu tanggapan yang tentunya kurang enak sudah menguasai akal fikirnya. Ah, aku tidak dapat mengubah kenyataan itu.

Namun di satu sisi, aku fikir ini satu peringatan dari-Nya juga. Satu petanda untuk mengejutkan aku yang sudah alpa dan leka.

Seharusnya aku giat untuk terus berusaha memperbaiki diri. Peribadi luaran dengan pengisian dalaman sepatutnya sama sejalan. Tidak berlebihan dan tidak berkurangan.

Aku tahu, sebagaimana aku meletakkan kepercayaan kepada beberapa orang teman, seperti itulah kawanku itu percaya kepadaku.

Dan kepercayaan itu sendiri bukan diundang dan bukan dimimpi. Ia datang dari keikhlasan hati pemberi dan penerima.

Justeru, suatu wajaran tertentu harus dirujuk bila berlaku perselisihan faham. Janganlah sampai berpatah arang berkerat rotan. Ini cuma kehidupan yang fana.

Kawan, aku seorang manusia biasa. Bukan bijak pandai menelaah tandatanya. Aku manusia tidak sempurna. Kadang tersalah kadang terlupa.

Tidak mengapa kawan. Kau tetap kawan aku sampai bila pun.

Selisih tetap selisih. Faham tetap faham. Kawan tetap kawan okey…

Apa yang terjadi akan terjadi dengan ketentuan Ilahi…

15 Respons to "Tak salah tersalah, tak silap tersilap…"

as salam abgreds,
nampak gayanya, kawan abgreds tu tak dpt kawal emosi bila gunakan perkataan yg mmg akupun rase kurang patut dilontarkan

tp kagum dgn semngat +ve abgreds…satu pengajaran juga buat aku ni spya sentiasa berigt…thanks😀

abg reds.. sebenarnye ape yer? lady x faham…

Minta maaf Lady…entri ni memang sedikit personel. Justeru ada bahagian tertentu yang perlu Abgreds rahsiakan.
Namun secara umumnya adalah peristiwa Abgreds kehilangan kepercayaan dari kawan baik Abgreds..
Suatu peristiwa yang barangkali pernah ditempuh oleh Lady dan para pembaca semua…
Itu cuma sebutir kerikil dalam perjalanan hidup kita…

Selalunya begitulah..kdg2 susah juga kalau kwn baik sendiri yg tak paham dgn kita ni…🙂

Biasalah Man…bukan semua yang kita harap akan menjadi kenyataan..

salam ‘alaik bro..
em, sy pun baru diuji dgn seorg kawan kini..
masalah yg timbul dr pihak dia..
mmbuatkan sy menjauhkan diri..tidak bercakap..
dia sudah minta maaf..yg sy terkilan, dia tidak mengaku kesilapannya..
mungkin masih tidak matang..
walaupun sudah minta maaf, hati masih jauh utk bermesra spt selalu..
masa lah yg menjadi penawarnya..

Wa’alaikumussalam Adele…
Semua akan jadi sejarah dan kenangan kelak. Tetapi saat menghadapinya tentu pahit dan pedih…itu petanda Allah menguji kita dan mahu kita kembali kepadanya..

tak mampu nak puaskan hati semua org. adakala kenyataan itu terlalu pahit. simpan saja jika lebih memburukkan. jika benar sahabat, dia akan mengerti.

Terkesan sungguh dengan entri ini..memang, sungguh payah mencari sahabat yang memahami luar dalam..kebanyakannya berkata ‘faham kamu’, tapi bila sedikit perselisihan, yang nampak hanyalah sisi hitam..maka keluarlah’tengok rajin sembahyang’ dan berbagai lagi..sukar nak menerima hakikat yg kita mmg tidak sempurna..

Salah paham tu perkara biasa bro. Kawe pun baca entri ni pun boleh salah paham maksudnya.. Hang punya ayat2 canggih la bro. Respect!
Cuma satu la perangai kawe.. ULANG SEKALI LAGI NI (Jangan hang tak caya lagi) kawe ni pendiam. Kdg2 org ingat sombong kalu tak kenal. Kawe takut jer salah cakap.. rambut sama hitam, stail lain-lain. So bab bercakap ni, kawe amat berhati-hati except di alam siber ni.. main balun aje… 😀

kawan terbaik adalah kawan yang saling ingat mengingatkan.

banyak cara Allah datangkan hidayah buat hambanya.
– dalam kesusahan
– dari kesilapan
– dengan ujian
dan banyak lagi, selama mana kesilapan itu menjadi titik iktibar untuk bertukar.

wallahua’alam.

salam abgreds,lama saya xdatang sini.huhuhhu..maaf ye. sibuk kebelakangan ni..

by the way,gaya bahasa abgreds sudah berubah rupenya….sekarang guna ganti nama “aku” dah ye???

tentang post ini,

kepercayaan yang bagaimana yang menjadi salah faham tu abgreds? sampaikan dia mengungkit sampai tahap rajin sembahyang ?

cakap kat kawan awok tu, manusia tak le pandei.. tpi kene la blajo.. jadi kalau salah jawab tak kan le nak putus kawan.. len la kawan tu buat hai ke apo

Nak kawan kena blajo, nak kawin kena blajo, nak putus kawan kena blajo tak cik Su?…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: