Blog Abgreds

Buang salah ke salah buang?

Posted on: 20 April 2011

Sungguhpun kita berusaha untuk mengoptimumkan kebaikkan dan kesejahteraan hidup kita, seringkali tersalah juga.

Adakalanya, kita tersalah langkah lalu termasuklah kita ke tempat yang salah, masa yang salah, dan situasi yang salah.

Dan kesalahan itu sebenarnya kembali semula kepada kita. Bukannya masa, atau tempat, atau keadaan yang salah…

Setahu aku, ada hadis Rasulullah yang menyebut kalau kita membuang ranting kayu dari jalanan, itupun satu kebaikan yang ada balasan pahala.

Minggu lepas lain pula yang aku nampak. Seorang bapa sedang merumput di laman. Selepas itu rumput dan dahan-dahan itu dibuangnya di tengah jalan!

Ish…? Orangnya berjanggut dan nampak baik perwatakkannya. Hampir aku hendak bersangka buruk. Takkan salah buang abang ni? Takkanlah tak tau pasal hadis kat atas tadi?

Mujur seorang jiran datang bertanya. Agaknya dia pun musykil macam aku juga. Aku tumpang dengar perbualan mereka.

Kenapa buang rumput tu kat jalan? Soal jiran. Tersenyum si bapa tadi. Aku saja taruk kat situ. Biar motor kereta lalu perlahan sikit…! Oooo….macam tu ke? Jiran tadi mengangguk-anggukkan kepala. Jalan ni dah makin sibuk. Kereta motor laju-laju…sambung bapa itu.

Hah…iyelah tu. Balas jiran. Tak lama jiran tu balik semula ke rumahnya. Si bapa meletakkan beberapa lagi dahan kat jalan. Bukan sampai menyekat laluan, tapi cukup untuk menyebabkan kereta motor lalu perlahan.

Aku start motor dan lalu kat jalan yang dipenuhi dahan tu. Si bapa tersengih tengok aku lalu perlahan-lahan depan dia…hmmm…tercapai sudah maksud dia…semua yang lalu depan rumah dia kena jalan perlahan-lahan…

Matlamat tak menghalalkan cara!

Hanya itu kesimpulan yang aku dapat. Banyak lagi cara nak memperlahankan kenderaan andai benar hendak dilakukan.

Kejadian itu berlaku di kawasan jalan kampung, bukan jalan utama. Jalan itu memang agak lurus dan dakwaan si bapa bahawa kenderaan yang lalu adalah laju mungkin benar.

Cuma ideanya untuk memperlahankan kenderaan itu tentulah tidak praktis. Silap-silap mengundang fitnah kepada dirinya pula. Betul ke tidak dia ni…kan?🙂

Dan lagi, andai berlaku kemalangan akibat dahan dan rumput yang dibuang itu, tentu sekali dia boleh disyaki kerana ada saksi yang melihat. Tidakkah itu meletakkan dirinya ditempat yang salah?

Alangkah molek kiranya kita berfikir sejenak ketika membuat sesuatu perbuatan atau keputusan.

Alangkah patut kiranya kita bermohon kepada Allah swt. agar keputusan itu adalah yang terbaik untuk diri kita dan untuk orang lain.

Jangan berpuashati dengan keputusan akal fikiran sendiri.Adabanyak kelemahan ada banyak kekurangannya.

Sentiasalah periksa diri sendiri. Manusia sentiasa terdedah dengan bisikan dan tipudaya serta muslihat syaitan dan iblis. Sentiasa ingat itu.

Sesungguhnya setiap peristiwa yang terjadi kepada manusia itu mempunyai hikmah dan pengajaran…

8 Respons to "Buang salah ke salah buang?"

Assalaamu’alaikum wr.wb, Abgreds…

Apa khabar ? lama sungguh tidak bertandang ke laman sahabat yang banyak berkongsi pengalaman sehariannya.

Membaca tulisan di atas, saya jadi fikir kenapa lelaki tersebut bertindak demikian dengan segala bahan yang mudah di dapatinya tanpa berfikir lebih jauh akan keburukan lain yang tentu sahaja mendatangkan fikiran serong orang lain atas tindakannya.

Apa yangs saya fahami sebagaimana di tulis oleh Abgred di atas, adalah hadis Nabi yang menyuruh membuang ranting kayu atau duri di tengah jalan. usahan ini dinamakan sebahagian dari iman.

Hal ini mengingatkan saya seorang lelaki berbangsa Iban (kristian) yang bertindak lebih realitik daripada lelaki di atas dalam menangani masalah kelajuan orang ramai yang melalui kampung dan rumah berhampiran.

Ketika saya pulang pejabat suatu petang, kelihatan dari jauh seorang lelaki sibuk menulis sesuatu di tengah jalan dengan satu bekas berbentuk tin cat berwarna putih. Saya memperlahankan kereta ketika melalui lelaki tersebut. Lelaki itu berhenti dari aktivitinya sebentar. Saya tertanya sendiri apakah yang ditulis lelaki tersebut di tengah jalan (selekoh jalan).

Rupa-rupanya, lelaki itu menulis perkataan SLOW. Kelihatan dua perkataan SLOW sudah ditulisnya. Saya jadi terharu dengan usaha lelaki tersebut demi keselamatan penduduk kampungnya. Akhirnya, kebanyakan kereta yang melalui selekoh tersebut akan SLOW/memperlahankan kereta mereka. Cukup dengan menulis SLOW pada dua arah bertentangan, disiplin terwujud kepada pemandu jalan raya.

Situasi yang sama tetapi dilakukan dengan cara berlainan dan tentulah apa yang dilakukan lelaki dalam tulisan abgreds memalukan kita berbanding lelaki Iban yang lebih profesional dalam menangani masalah lalu lintas ini.

Mudahan kita mendapat manfaat dari apa yang dikongsikan.
Salam mesra dari Sarikei, Sarawak.😀

yer..niat tak menghalalkan cara…tkot mendatangkn lebih teruk nt sprti accident ke..hoho

kita haruslah sentiasa berwaspada terhadap perkara yang sering di lihat baik…perkara yang buruk tak semestinya selalu membawa keburukkan kerana ia sentiasa mengingatkan kita agar sentiasa berwaspada.

bagus jugak kan idea die.. kalau kat kg lady tu JKK buatkan bonggol kat jalan.. banyak giler bonggol.. sebab kawasan orang berlumba haram.. jalan lak lurus kat depan rumah ni..

kdg2 sakit hati sebab terpaksa perlahankan kenderaan setiap kali nak melintasi bonggol tu.. kalau time mood molek xpe.. tp kalu mood x elok rs nak bawa cangkul cantas je bonggol tu.. (tp kalu buat pun mmg xleh buang, permanent..)

yg positifnye.. senang nak bgtahu jalan ke rumah lady.. bilang bonggol yg dilalui jerk.. kalau rumh lady bonggol ke lapan belah kanan.. kompem x tersesat😛..

niat tu elok tapi cara tu tak betul.. kalau ada penunggang yang tak sempat nak perlahankan moto dan langgar dahan2 tu, sure penunggang tu dah jatuh cium jalan.. apa pakcik tu rasa kalau perkara yang sama jadi kat anak dia.. mesti marah betul tak?

Betul, syaitan tak selalu menghasut kita berbuat jahat, tapi dia juga menghasut orang untuk berbuat baik dengan niat jahat….

Perlunya ada tegur menegur..
Jadi yang salah dapat dibetulkan..

buat baik mesti kena pada caranya…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: