Blog Abgreds

Bahagia bahagian bapa

Posted on: 19 Julai 2011

Hidup mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan malam. Anak berderet enam, umur setahun sampai lapan (satu pasangan kembar).

Sewa rumah dua bilik, tak ada pagar, tak ada lapik. Tak ada kereta tak nak jalan-jalan. Sekejap ke depan ke belakang. Itulah rutin harian…

Anak membesar tak cukup panduan. Pagi buta dah ada di laman. Yang sekolah tak mandi pagi. Cukup sarapan air dan roti.

Bukan menidak rezeki Tuhan. Bukan menjaga tepi kain orang. Bukankah hidup saling saling mendoakan? Agar semua dapat keberkatan?

Alang berkahwin biar berfikir. Jadi bapak bukannya mudah. Buat anak pun kena zikir. Inikan pula jadi khalifah?

Anak terbiar disiplin kurang. Menganggu tetangga siang dan malam. Bapaknya kerja pendapatan jarang. Terpaksa ibu bekerja kilang.

Anda sekelian, terutama yang bergelar bapak, masa kini dan akan datang, insaflah. Kita lelaki ini sebenarnya yang menjadi mesin cetak untuk keluarga kita. Tanggungjawab kita untuk membahagiakan rumahtangga kita.

Selaku ketua keluarga, tidak dapat tidak, kitalah yang bergelar bapa ini menjadi punca segenap segi. Baik keluarga itu bahagia maupun sebaliknya.

Justeru, semua permasalahan keluarga sehingga membawa kepada kesengsaraan atau lebih teruk, perpisahan, tetap dipertanggungjawab kepada suami atau bapa.

Sebuah keluarga bahagia boleh direalisasikan jika suami atau bapa mempunyai ilmu yang cukup. Ilmu tentang keibubapaan, kewangan, kebertanggungjawaban dan sebagainya.

Sebenarnya, bahagia seorang bapa itu adalah melihat keluarganya bahagia. Jika zahir keluarganya nampak susah, bolehkah dia merasa bahagia?

Kalau si bapa itu tidak kisah akan hal itu, mungkin untuk dirinya sendiri sudah bahagia, itu sudah jadi masalah lain! Mesti ada yang tak kena!

Tulisan ini bukan pula menafikan peranan kaum hawa atau ibu. Sememangnya keluarga yang ideal adalah keluarga yang mana ibu dan bapa memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing.

Tetapi bukankah yang cari calon ibu dulu adalah LELAKI juga?

Tak gitu LELAKI-LELAKI di luar sana?

4 Respons to "Bahagia bahagian bapa"

bagi saya, bapa yang penting…bapa yang perlu bagi arahan dan memandu keluarganya…si ibu hanya pembantu dan menggerakkan matlamat bapa….ibu dan bapa perlu berganding bahu…erm…payah dan besar tanggungjawab mereka…nasib baik saya belom kawen, takut nak menerima tanggungjawab ni…kalau anak macam tu sbb ibu dan bapanya jugak…

Tanggungjawab ibu dan bapa memang besar Omu. Terkadang rasa tidak terpikul. Namun Allah Taala tidak sekejam itu. Tentu ada panduan yang telah diturunkan-Nya.
Belum kahwin pun dah ada tanggungjawab Omu. Iaitu kena cari mr. right yang betul, yang baik yang berilmu.
Mudah-mudahan Omu bisa ketemu dia itu yah…šŸ™‚

Peranan bapa mmg penting sambil disokong oleh ibu.Bapa juga bertanggung jawab dunia dan akhirat berat tu.

Makasih Man.. aku tau ko salah satu bapak yang mithali..harap ko dan famili ceria selalu..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: