Blog Abgreds

Kena kencing…

Posted on: 25 Julai 2011

Kelmarin :

“Alwi masuk tak pertandingan mewarna esok?”

“Masuk”

“Alwi pergi dengan siapa?”

“Dengan ayah dengan mak”

Semalam :

“Mana budak Alwi cikgu? Katanya dia masuk pertandingan?”

“Alwi? Tak adalah cikgu. Dia tak masuk. Sekolah saya dah cukup peserta dah…”

Hari ini :

“Alwi pergi pertandingan mewarna tak semalam?”

“Pergi!”

“Alwi pergi dengan siapa?”

“Dengan mak dengan ayah”

“Alwi menang tak?”

“Menang! Dapat nombor sembilan…”

“Apa hadiahnya?”

“Err…tak tau. Tak bukak lagi…”

* * *

Sah! Kita dah kena kencing kelmarin. Ya lah, kita ngaku kita jenis cepat percaya. Tapi kan, dia ni kecil lagi. Baru tadika.

Air muka nampak comel. Cakap petah. Intonasi penuh yakin. Dia jawab bersahaja jer sambil tenung mata kita. Macam tak tipu pun…

Ah! Inilah kali pertama kita diperdaya oleh budak tadika. Sungguh malang nasib kita. Tapi lebih malang si Alwi ini…

Dalam usia sebegitu muda, dia sudah belajar, malah berupaya mempraktikkan ilmu temberang dengan jayanya. Siapakah dalang di sebalik itu semua?

Ayahnyakah? Keluarganyakah? Kawan-kawan? TV? Internet?…

Ah, sungguh besar cabaran kita sebagai guru. Sungguh besar dugaan Alwi- dikelilingi nilai hidup yang salah di sana-sini…

* adaptasi keluhan rasa seorang teman guru tadika.  

18 Respons to "Kena kencing…"

Ada banyak sebab kenapa seseorang menipu, tapi dalam kes Alwi ia bukanlah disebabkan oleh rasa takut di marah dan guru yang garang kerana ianya jelas digambarkan bahawa pertanyaan itu bukanlah dalam situasi si Alwi kena marah. Ini mungkin berkait rapat dengan perasaan ego dan sifat zahiriah seorang insan yang suka dipuji. Si Alwi seperti ingin menarik perhatian dan menerima pujian kerana aktif dalam tadikanya. Pada saya ia bukanlah masalah serius sekiranya kita tahu menasihati si Alwi kesan daripada perbuatannya. Langkah menyedarkan lebih baik daripada memarahi. Bukan begitu abgreds?🙂

Kes Alwi terdedah kepada tafsiran yang pelbagai juga. Ada mungkin benarnya ia hasil pengaruh dalamannya sendiri. Namun bila diketahui pengaruh itu menghasilkan tindakan yang salah, tentu sesuatu perlu dilakukan…

Alwi perlu didikan dan perlu tegas mendidiknya…
jika dari kecik dah lentur sebegitu..dah besar mcm mana erk??
jadik kena ubah kan..masih ada masa lagi. rebung lagi tu..

kita sama – sama doakan alwi dapat menemui contoh yang baik-baik..insya Allah…

yea, kanak2 akan belajar dari apa yang dia nampak.. terutamanya dari rumah.. apa yang buruk atau baik dia masih tak boleh nak beza.. harap orang tua alwi cepat2 ambil tindakan..

institusi keluarga amat penting dalam dunia kanak-kanak. itulah tempat pembelajaran awal mereka. kalau tempat itu pun dah tak elok, tentu akan mempengaruhinya kelak…

cabaran yang sudah berada di depan mata kita. ibu bapa perlu main peranan yang paling penting. selain menambahkan ilmu pendidikan sebagai ibu bapa, doa lah b anyak2 kepada ALlah supaya keluarga sendiri sentiasa diselamatkan dariapda sebarang cabaran yang merosakkan ini.

Betul tu Syam. Jangan berhenti dari belajar. Sentiasa ada yang baru untuk diketahui dan diadaptasi termasuk soal pendidikan anak-anak…makasih bro..

Assalaamu’alaikum wr.wb, Abgreds…

Lama juga tidak bertandang ke mari dan menjenguk sahabat yang selalu berpesan kepada kebaikan untuk dunia juga akhirat. Saya juga jarang BW ke mana-mana kerana kesibukan dunia offline yang memendekkan langkah untuk bergerak jauh ke blog teman-teman. Hanya membalas kunjungan sahabat yang berkunjung agar silaturahmi terjaga dan memastikan blog tetap ada isi kandungannya untuk dikongsi bersama. Diharap silaturahmi ini tetap sentiasa baik.

Sikap seperti Alwi sudah menjadi lumrah kepada anak-anak kecil masa kini. Di mana-mana sahaja akan ada pembohongan yang kita dengar walau wajah mereka sangat tulus dan suci, tetapi sebaliknya berlaku. Banyak faktor yang membawa kepada gejala bohong ini seperti media masa, tingkah laku orang tua, sikap guru yang garang, rasa takut di marah dan sebagainya.

Mudahan ibu bapa selalu berhati-hati dengan kata-kata anak mereka dan sebaiknya diteliti terutama sikap anak yang sudah berubah agar mudah dilentur sejak kecil. Kasihan si Alwi yang sudah terdedah dengan sifat mazmumah ini. Kalau sudah besar nanti, apakah kejadiannya itu ya. ?

Salam mesra dan selamat menyambut Ramadhan mubarak. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan baiknya.

Wa’alaikumussalam bonda Siti..

Gusar saya membaca telahan bonda Siti. Yelah, kalau bonda berpendapat masalah ini lumrah, ertinya sudah kritikal kehidupan masa depan cucu cicit kita. Tapi memang itulah yang kita dengar di mana-mana.

Saya kira menjadi tugas kita pula sekurang-kurangnya memberikan panduan dan didikan kepada kerabat kita. Ini langkah pertama selaku unit terkecil dalam masyarakat iaitu keluarga.

Mudah-mudahan sekiranya kita berhasil memberi contoh teladan yang baik untuk keluarga sendiri, tempiasnya akan mengena kepada jiran tetangga dan masyarakat umum.

Salam Ramadan juga untuk bunda Siti. Semoga kita semua beroleh keberkatan dan keampunan-Nya insya Allah.

Salam abgreds,

SK andaikan budak Alwi itu hanya mangsa kepada persekitaran dia yang tidak begitu sihat dan tidak begitu membina . Dia belajar melalui apa yang dia lihat dan dia lalui

Perhaps persekitaran itu termasuklah ibubapanya juga. Wallahualam

Saya dapati memang persekitaran Alwi ni sungguh menyedihkan. Latar keluarga, kawan, dan tetangga di situ kurang positif. Moga takdirnya kelak lebih baik lagi..amin..

hmm postingan menarik..
salam kenal, salam hangat dari ambon…🙂

Makasih Mamung mampir ke blog saya… Insya Allah saya akan berkunjung ke blog anda nanti…

Susah nak komen..
Tapi kena balik kepada didikan dan
jugak persekitaran..
Budak2 belajar dari apa yang mereka lihat..
Apa yang didengar..
Kasihan Alwi.. Dia perlu dididik..
Masih sempat lagi

Kita doakan Alwi dan kanak-kanak senasibnya akan ketemu contoh teladan yang lebih baik pada masa akan datang…

sebuah pelajaran bisa kita dapatkan dari siapapun itu.. anak kecil, dewasa atau apapun🙂

Makasih ya mampir ke blog ini…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: