Blog Abgreds

Mimpi suatu realiti?

Posted on: 31 Julai 2011

Hamba berada di sebuah masjid disuatu permukiman. Kami sedang menanti masuknya waktu solat subuh. Syukurlah. Ramai anggota kariah kelihatannya.

Sekali pandang seolah penuh seisi masjid itu dengan para penduduk seperti waktu sembahyang Jumaat ramainya.

Sesudah masuk waktu, maka hamba pun melaungkan azan hingga selesai. Maka berdirilah orang- orang semuanya itu untuk bersolat.

Hamba melangkah perlahan menuju saf utama di hadapan. Tatkala itu, hamba terasa begitu aneh. Orang-orang tadi yang turut bangkit tiada pula ke arah mimbar!

-Hei, mau ke mana kamu semua ini? Bisik hati hamba.

Aneh sungguh. Mereka berbondong-bondong menuju arah kanan masjid. Hampir kesemuanya. Apa ertinya semua ini?

Sekonyong-konyong, mereka sudah tegak berbaris mengadap dinding kanan seolah-olah mahu bersolat! Berderau hati hamba melihat perkara itu.

Sedang hati hamba tertanya-tanya, hamba melihat sekujur tubuh sahabat hamba dan beberapa orang lagi di saf depan sana. Sahabat itu hamba kenal di dunia nyata. Memang orangnya baik, soleh dan alim.

Segera hamba menyertai mereka. Bilangan yang kecil saja. Boleh bilang dengan jari. Hamba kembali tenang dan yakin. Syukur pada-Mu ya Allah…

Sedetik, hamba merenung jauh ke arah dinding kanan itu. Orang-orang sedang berasak berbaris. Apa yang mereka buat?

Apakah mahu solat? Mengapa tiada mereka mengadap kiblat? Na’uzubillahi min zalik…peliharakanlah hamba ini dari musibah itu!”   

Itulah mimpi seorang hamba Allah, lewat malam Jumaat yang berkat lalu. Tuan-tuan hamba semua tahukah mentafsir mimpi?  

Hamba ini tiadalah pandai ilmu mimpi. Tapi hamba yakin ada mimpi yang mengandungi erti…seperti mimpi hamba Allah tersebut.

* “Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak” *

8 Respons to "Mimpi suatu realiti?"

Saya memang tidak tahu mentafsir mimpi, tapi rasanya memang ada sesuatu yang cuba disampaikan dalam mimpi tersebut walau sedar mimpi itu kononnya mainan tidur (ini dari sudut sains, kuasa Ilahi siapa yang tahu bukan?). Menarik! Mungkin ada hikmah disebaliknya.

Di kalangan orang awam, ulama mengatakan 1 daripada 40 mimpinya itu adalah mimpi yang hak dan benar…wallahu’alam…

Tak pandai mentafsr mimpi..
Baik rujuk ngan orang yang tinggi ilmu agamanya…

P/s: Selamat Berpuasa🙂

mu ni Ozi…mimpi pandai pulak hehe…
selamat pose utk kamu jugak…

Hmm susah nak tafsir ni..tetapi ada msg tersirat🙂

samalah kita man…mimpi pun ada ilmu dia…kena belajo baru tau…

pelik tol mimpi tu…erm..ada buku tafsir mimpi tapi kat rumah mak ayah…sekarang tak de pulak…rasanya macam dunia makin leka jer…nauzubillah moga bukan berada digolongan tersebut.

sekurang-kurang Omu dah doa..tu pun ok la tu…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: