Blog Abgreds

Berlapar bukan kelaparan

Posted on: 3 Ogos 2011

Selamat menjalani ibadah puasa buat para pembaca semua. Semoga kita mampu mengesan dan merasai nikmat dan hikmah berpuasa.

Ibadah puasa membawa maksud menahan diri dari dari makan dan minum dalam waktu, syarat dan kaedah yang tertentu menurut hukum syarak.

Lihatlah, kita hanya diminta untuk berlapar sebentar. Dan awal dinihari tadi telah pun bersahur. Cukup untuk memberi tenaga hingga waktu berbuka.

Kita berlapar dalam keadaan kita sihat. Punya tempat tinggal yang selesa. Kita juga punya wang untuk membeli atau memasak makanan.

Kita berpuasa tanpa gundah gulana. Petang nanti sudah ada juadah tersedia. Malam nanti perut kita akan berisi semula.

Ada pula di kalangan kita, ada insan-insan yang acapkali berpuasa. Selalu mereka ini berlapar dan dahaga. Ah, bukan sengaja berlapar, tetapi mereka sebenarnya selalu kelaparan…

Mereka bukan memilih untuk lapar. Tetapi mereka diduga dengan kemelaratan hidup. Tidak cukup pendapatan, makanan dan pakaian.

Dalam rumah atau pondok-pondok buruk, mereka berteduh dalam sejuk, lapar dan dahaga. Mereka tidak meminta-minta. Mereka berusaha dan berdoa jua.

Dugaan yang sedemikian, menuntut mereka sabar dengan kelaparan. Hampir sepanjang waktu. Hampir setiap masa. Tiada sahur tiada berbuka. Tiada ramadan dan hari raya….

Mereka berdiri di balik pintu. Mata melihat kita yang lalu. Menjeling apa yang dijinjing. Plastik makanan yang ‘bunting-bunting.’

Sayunya hati mereka. Mengalirlah si air mata. Menahan sebak dada dalam lapar dan dahaga. “Mana ayah? Kenapa belum tiba?”

Petang hari berengsot pergi. Ayah kembali, “nah anak, ini ada roti”. Anak-anak sangat gembira. Menjamah roti sebuku dua. Sebagai hidangan berbuka puasa. Dan merangkap makan malam jua…

Puasa kita dan puasa mereka, hanya Allah yang menilainya. Kita diuji dengan cukup, dengan selesa. Dengan juadah yang beraneka. Mereka diuji dengan susah dan sengsara. Dengan lapar dan dahaga.

Miskin kaya tua muda, tiada beza semua diduga. Sesiapa yang mengaku dirinya beriman, bersiap siagalah ujian Tuhan…

p/s : Jangan lupa kepada mereka yang serba kekurangan. Banyakkanlah doa dan sedekah untuk diri dan untuk mereka…

Label: , ,

4 Respons to "Berlapar bukan kelaparan"

Selalu jugak kawe tunjukkan pada anak-anak keadaan fakir miskin ni. Bukan apa.. supaya mereka tahu bersyukur akan nikmat yang mereka rasa.

Betul bro…kena depan mata baru meresap kat hati…setakat gambar tak denyerr…

Selamat Berpuasa..
Semoga kita belajar dari kesusahan orang lain..
Belajar lebih bersyukur

Makasih cikgu…abis keletah murid masuk dalam blog cikgu yekk….🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,899 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: