Blog Abgreds

Puasa politik? Susah kott…

Posted on: 8 Ogos 2011

Berita tentang JAIS, aktiviti gereja, melayu murtad, dan serupa itu sedang panas berputar di media-media utama maupun blog-blog politik.

Boleh tak agaknya blog-blog politik ini puasa politik? Susah kottt…..

Namun bagi saya, ia hanya cerita ulangan. Perkara tersebut sudah lama menjadi rahsia umum. Cuma menambah deretan versi sediada.

Keutamaan beragama seakan menjadi lemah dan ke bawah berbanding keutamaan berpolitik yang kian tampak menebal membarah di kalangan pemegang kuasa atau para pemerintah.

Boleh tak agaknya politikus ini puasa politik? Susah kottt…..

Ditambah pula dengan kesopanan dan kesusilaan jawatankuasa berkaitan agama untuk bersuara, bertindak atau berhujah, hingga kita terpaksa meneropong seantero negara mencari bayangan mereka.

Boleh tak agaknya politikus bagi golongan ini puasa politik? Susah kottt…..

Kecewa? Tentulah kecewa dan gusar melihat agama, bangsa dan negara yang menjadi latar hidup dan kehidupan saya bernasib begitu.

Saya kena tahu pasal politik sebab ia perihal pemimpin atasan yang bertanggungjawab memandu arah perjalanan negara saya.

Boleh tak agaknya saya sebagai politikus solo ini puasa politik? Susah kottt…..

Nak puasa pun ada politik, tak percaya?

Cuba tengok tv segmen berita. Cuba tengok drama anak yatim dan jamuan berbuka. Cuba banding bulan bukan puasa…..

Mana ada ‘puasa politik’, kan? Kan?🙂

6 Respons to "Puasa politik? Susah kott…"

Assalaamu’alaikum Abgreds,
seperti yang telah abgreds katakan manusia dan politik tidak akan pernah lari berasingan. Sebab itulah dari zaman batu hinggalah zaman millenium nie semuanya mempunyai persamaan mengikut kacamata yang sengaja direka oleh Darwin dan kuncu-kuncunya. Perkataan “ITIK” dengan niat meng’ITIK’kan manusia-manusia yang bergelumang dengan politik. Puasa politik? Mustahil kot..

Wa’alaikumussalam MM…
Tak salah berpolitik. Yang salah adalah mempolitikkan segala macam termasuk masalah akidah dan agama. Itu sudut yang paling kritikal jika tidak ada sokongan ilmu, iman dan amal yang sewajarnya…

tu yg sangat susah nak kata bila agama dipolitikkan sedang Islam itu kemas & lengkap termasoklah di dalamnya politik.

moral of the story :

politik itu di dalam Islam dan bukan sebaliknya.

Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi.
Yang jadi masalah, politik ni adalah pemerintahan. Jadi sebagai rakyat, mau tak mau tetap kena tempiasnya.

bab JAIS, murtad tu boleh kira berita agama lagi bro. Yang berita politik sensasi masih jalan mcm biasa… Politik tak der bulan, tak der time. 24/7/365….😉 Selagi ada kerajaan, ada kuasa untuk dikejar,, selagi tu ada politik😀

Tu yang aku jadi malas nak layan bab politik tu…tak ada rentinya…penat weh..🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,899 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: