Blog Abgreds

Edisi retro : raya paling indah!

Posted on: 11 Ogos 2011

Masa tu kat tempat aku cuaca redup. Ada mega mendung sikit-sikit. Tak jadi ni…bisik hati aku. Dua tiga kali aku hembus kat udara. Mana tau cerah balik.

Sampai ke petang, macam tu je la. Makin kuat rasa tak jadi. Mak dengan abah pun selamba je. Abang, kakak buat kerja masing-masing.

Berita Nasional TV1 habis tepat jam 8.30 malam. Satu desa menjadi senyap sunyi. Semua mata terpaku kat depan tv…menanti…dan menanti…

‘…..jatuh pada hari ESOK !, sekian haribulan, sekian tahun…. sekian….’

Demikian diumumkan. Sejurus, seluruh perkampungan menjadi hingar bingar. Semua anggota keluarga bersorak riang. Esok hari raya!

Serta merta kedengaran bunyi meriam buluh, bunga api, mercun…dan tidak ketinggalan suara isi rumah di sana sini.

Inilah memori raya paling indah bagi aku. Sungguh klasik dan nostalgik. Tak akan dapat aku ganti dengan mana-mana momen raya yang lain.

ESOK yang dimaksudkan adalah 1 Syawal, iaitu hari pertama hari raya sebab telah kelihatan anak bulan syawal.

Tetapi kalau anak bulan tidak kelihatan, ertinya masih ada kemungkinan esok kena berpuasa lagi untuk mencukupkan 30 hari berpuasa jika anak bulan tidak kelihatan. Dalam kalender biasanya ada tanda ** seperti gambar di atas.

Dengan pengumuman tersebut, semua orang disamping gembira, tetapi jugak menjadi kelam kabut dek persiapan raya yang belum siap!  

Kelam kabut itulah yang teramat-amat manis dalam ingatan aku hingga hari ini. Bayangkanlah, dalam tempoh beberapa jam sebelum subuh aidil fitri esok hari, seribu satu macam kerja yang nak dibuat.

Langsir belum pasang, ayam belum tangkap, cat tak sudah lagi, ketupat lauk pauk semua nak kena masak….hish...macam-macam….

Pertama sekali kena serbu…kedai runcit yang cuma ada sebuah dua tu. Berebut-rebut cari barang itu, barang ini. Habis stok pulak..., dah kena cari kat pekan atau kedai kampung sebelah.

Bahagian aku dah tentu kena tangkap ayam. Cehh... malam-malam pi sakat ayam yang tengah tidur. Susah wooo…ayam ni cuma tidur-tidur ayam je…baru nak jerkah, dia dah lari 100 meter haha…

Semua orang tak tidur malam tu. Ada saja kerja nak buat. Dah dapat tangkap ayam, aku cabut pergi ngulor…ehh..pergi main meriam buluh. Tak tahan dengar bunyi meriam kawan aku kat sebelah sana.

Sedar tak sedar, aku main sampai subuh rupanya. Balik rumah semua dah siap!! Ketupat rendang dah saji atas meja. Tapi muka masing-masing dah macam kuli batak…minyak-minyak… ahak!

Tak apa. Kejap lagi mandi. Lepas tu muka ceria sebab hari ini hari raya!!

Yang lebih dramatik itulah seperti yang aku tulis di permulaan tadi – cuaca mendung. Macamana nak nampak anak bulan, kan? Jadi masing-masing agak lusalah rayanya. Tup-tup besok ko…ha hambik…

*   *   *

Sekarang dah tak ada suasana tu. Iyalah, susah juga nak tunggu pengumuman yang suspen’ macam tu setiap kali. Kelam kabutnya pun nanti dah jadi berganda-ganda pulak.

Baik tetapkan saja. Puasa 30 hari, lepas tu raya. Tak ada ‘suspen’, tak ada kelam kabut. Jadual raya boleh susun cantik-cantik punya…

Habis tu, apa hal dengan teropong anak bulan tu? Teropong makin canggih, tapi asyik tak nampak jeroppss….itu gua tak tau beb!🙂

Nota : seingat aku, mulai tahun 90 an tarikh raya ni macam dah tetap, kan?

19 Respons to "Edisi retro : raya paling indah!"

mengimbau hari raya di zaman kanak2, tersangatlah manis utk di kenang..lebih2 lagi apabila mengingat kembali beraya di kg halaman bersama ayah dan ibu … namun semua telah berlalu…sgt berbeza masa kini..

Kadang-kadang saya terfikir apalah kemanisan zaman anak-anak kini apabila mereka dewasa kelak, yang pada kita macam sudah tawar suasananya…ah…itu kan kenangan manis mereka pula…

Assalaamu’alaikum wr.wb, Abgreds…

Alhamdulillah, dalam waktu senggang ini, dapat juga diusahakan untuk membalas kunjungan Abgreds. Mudahan amalan sepanjang Ramadhan yang sudah berlangsung 16 hari ini mendapat barakah dan limpah rahmat dari Allah swt.

Hehehehe… saya juga mengalami hal yang sama seperti apa yang Abgreds tuliskan di atas. Saya fikir, jarak kita ini tidak jauh sangat bedanya kan.😀 Saya benar2 kembali ke zaman kanak-kanak dan masih ingat suasana suspen sambil semua ahli keluarga menunggu dengan hati yang berdebar2 akan pengumuman tarikh hari raya. Ia satu momen yang indah dan mengasyikkan.

Bila sahaja pengumumnan – esok hari raya – saya melompat2 kegembiraan kerana esok akan solat dengan baju baru, kasut baru dan sibuk menolong emak yang kelam kabut di dapur untuk memasak rendang, bapak pulak dengan lemang bakarnya. Bunyi meriam buluh dan mercun juga bunga api terus kedengaran kuat keliling kampung. malam hari raya sangat meriah seperti sebuah pesta… masa itu tidak tahu akan kesedihan yang sepatutnya dirasai bila Ramaadhan berlalu pergi.

Sayang sekali, suasana itu tidak ada lagi masa kini dan saya sendiri merasai kesunyiannya. Seperti kata Abgreds, salah satu faktornya adalah tarikh hari raya sudah ditetapkan bersadarkan hisab. Kemeriahannya langsung tidak ada lagi. tiada suspen untuk anak-anak masa kini. Kasihan mereka.

Selamat menyambut Ramadhan dan berpuasa dengan sabar bagi baki yang tinggal. Mudahan keampunan dari Allah selalu menyirami kita dalam berbuat kebaikan.

Salam mesra dari Sarikei, Sarawak.😀

Wa’alaikumussalam Puan Siti…

Terima kasih melapangkan waktu untuk ke mari. Perubahan tetap berlaku seiring masa yang berlalu. Hanya kenangan itu samada indah atau sebaliknya menjadi memori hari tua nanti.

Saya fikir tentu ada kelompok-kelompok blogger di alam maya ini memang tidak jauh jarak bedanya. Mungkin usianya. Mungkin latar keluarga, latar pendidikan dan seterusnya.

Justeru antara yang mempengaruhi kita untuk bersilaturrahim tentunya keserasian yang ada di situ. Dalam kes kita, tentu sekali lebih senang saya merujuk Puan atau Bunda di blog puan sebagaimana rakan blogger yang lain.

Merujuk komen puan, ya barangkali memang generasi kelahiran 60/70 an. Pasti momen yang sama juga dirasai oleh rakan sebaya yang lain. Bagi kita itu yang terindah. Mungkin tidak bagi generasi terkini.

Selamat menyambut 7 likur untuk puan dan famili di sana…🙂

Psttt… dulu lain sekarang lain😀

Benerr sekalik bung Mail !

tarikh puasa dan raya mmg ditetapkan mengikut kalendar, di mana ia adalah haram sama sekali dlm islam. sepatutnya kita lihat anak bulan, bukan ikut ketetapan kalender.

kalau ada pengumuman, perasan x, org tu cakap, “tarikh puasa ditetapkan pada ……”

dan lebih jelas lagi, negara2 lain ada yg puasa lebih dan ada yg terkurang hari. kenapa? sebab kita dipecah2kan dgn negara2 kecil. bayangkan, kalau kita bersatu di bawah NEGARA KHILAFAH…….

Ahlan wasahlan SM…

Semua yang berlaku tentu dalam pengawasan dan perancangan Yang Maha Tahu. Para pemerintah dan rakyat kebanyakan ada ijtihad masing-masing menurut ilmu, iman dan amalnya. Sebarang ketidakadilan pasti ada pembalasan…

Setiap kita akan ditanya, dituntut, dan diadili se Adil-adilnya kelak….

Yeah. Tangkap ayam untuk dibuat rendang. Hebat.

Yang lagi hebat…kena buli ayam tu keliling rumah…haha.. kena kepung pat lima orang baru dapat sekor…

Salam,
Suka sangat buat persiapan last minute
seperti ramai yang buat..
Ada yang sampai ke subuh tak tido..
Pagi raya tue masih terhegah-hegah
nak lap2 habuk…
Memory tue..
Susah nak lupa🙂

Ko tu yang jadi cheff ya Ozi…tak pun yang tukang pasang lampu kelip-kelip …🙂

Assalamualaikum… pertama kali saya berkunjung…

Seronoknya menyambut raya zaman dulu2… menanti pengumuman raya 1 syawal… hanya orang yang pernah mengalami saja yang dapat merasainya… `suspen’… hehe…

Wa’alaikumussalam Tiara…

Makasih ya mampir di sini. Dari tawanya jelas Tiara pun pernah melalui zaman itu kan? Gimana mau terjah blog kamu..linknya tidak ada…🙂

Yang Pia ingat tahun 90’an, ade yg bajet esok raya tapi kene berpuasa sehari lagi. Lauk yang dah siap tu, knelah simpan untuk lusa pula. Tak ingatlah tahun bile..

Rasanya mulai 90 an itulah raya ni macam dah ditetapkan, tengok anak bulan tu macam jadi buat syarat jer…

Nostalgianya…….
Saya rasa memori macam tu memang selalu menggamit perasaan orang lama. Serius raya zaman ‘batu’ memang gembira berbanding raya millenium nie. Saya tak pasti kenapa kemeriahannya semakin kurang. Suasana, budak-budak dah kemeriahannya pun dah tak macam dulu. Tidak kiralah di desa atau di bandar. Mungkin hanya saya seorang yang merasa….. Alahai

Masa berubah MM. Saya pun rasa semakin kurang teruja. Agaknya dah terlalu banyak kemudahan, kesenangan, hiburan dan lain-lain…jadi Aidil fitri sudah kurang keistimewaannya…

Mungkin… tapi satu yang saya sedar ialah hakikat mengenai raya yang sepertinya sekadar satu perayaan dan bukanlah kemenangan bagi kita!

Ditambah lagi dengan kekangan itu, ini, begitu dan begini, maka lahirlah hari raya versi moden untuk kita.🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,899 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: