Blog Abgreds

Cabaran Blogger / Satu hari di hari raya

Posted on: 17 Ogos 2011

Mula-mula kawe (kawan) mintak izin nak cilok tokey Mail punya gantinama okey. Kawe dah lama teringin tulis macam nih.  Boleh tokey? Mintak halal tokey ya…

Satu hari sebelum raya

Ko main jauh-jauh Red. Ko tak tau. Ko kecik lagi.” Abe Man macam biasa memang eksen dengan kawe. “Ko nengok nih…susah ni…kena macam ni…macam nih…”

Eleh…setakat sapu-sapu macam tu kawe taulah…bisik hati kawe.

“Ha…dah siap. Ko jangan usik mende nih. Bahaya! Kang tangan ko tebako (terbakar).” Ujar abe Man. Matanya sengaja dibeso-besokan tengok kawe.

Eleh…ingat kawe takut ke..tembak kang dengan pistol air baru tau!, bisik hati kawe sambil jeling-jeling takut…🙂

Petang tu kawe datang situ. Memang hajat kawe nak try buat kerja tuh. Bukan susah mana pun. Kang raya tahun depan dah boleh buat sendiri.

Dah tak de orang ni, bisik kawe lepas tengok keliling. Pelan-pelan kawe ambik tin tertulis ‘VARNISH’ tu dengan berus sapu dia. Kawe pun mulalah…

Dapat sapu dua tiga round, adik kawe datang. “Abang buat apa tu?”, tanyanya.  “Mana buat apa. Abe nengok jer…”, balas kawe. “Eleh…adik nampak…”

Ahh… Kawe pedulik hape… Kawe buat deekk aje…

Satu hari di hari raya

Kawe tengah makan pagi tuh. Tiba-tiba kawe dengo abe kawe jerit “ni sape punye keje ni !! Abih dah seluar aku !”

Semua pakat pergi depan. Abe Ari tengah marah-marah. Terpusing-pusing kepalanya menengok punggung seluar dia. Sebelah tangan pegang telefon.

“Apanya?” tanya mak tak paham. “Ni ha… mak nengok nih. Berbelang sudah seluo aku. Seluo mahal nih…” suara abe Ari separuh marah separuh sayu.

(Sebelum tu ada bunyi telefon. Telefon tu kat ruang tamu sebelah kerusi kayu. Sape-sape yang dapat call gerenti duduk kat situ).

“Man oo Man…mai sini. Ko tengok ni. Kata ko dah kering semalam…” Abe Man cepat-cepat jawab “ehh…semalam dah kering lah!”

“Tengok nih..tengok nih…mana ada…” abe Man duduk kat kerusi yang lain dua tiga tempat. “Tak de belang pun”

Abis yang nih…?!” tanya abe Ari. “Mana aku tau!”

Tiba-tiba adik kawe nyampuk “adik tau… adik tau…!” Alamak!…baru kawe ingat adik kawe ada kat sebelah semalam….aiseyman…

“Abe Red yang buat…abe Red…”

Demi mendengar je nama kawe disebut, apalagi, sepantas kilat kawe lompat ke tanah ikut pintu dapur. Kawe lari sekuat-kuat hati walaupun tak laju mana.

“Red!! Nak ke mana tu?! Siaplah ko nanti..!!” Sayup-sayup dengo jeritan abe Ari. Kawe dah kecut teloq nak toleh🙂 .Lari jer…

Cis…macamana boleh tak kering pulak? Takkan sapu petang-petang tak kering….adeehhh… Dan kawe terus lari dan lari di pagi aidil fitri….

Kira-kira dah jauh, kawe pun rehat. Penat siott…tengok keliling… ahh sudah…kat mana pulak kawe ni??

Errr….. cuba korang teka kat mana kawe raya hari tuh…..yiiiiihaaaa…

*        *          *

Entri raya spesel untuk Encik Mail di http://dululainsekaranglain.com/maklumat-dan-notis/cabaran-blogger-satu-hari-di-hari-raya …dan untuk teman-teman yang lain juga…🙂

19 Respons to "Cabaran Blogger / Satu hari di hari raya"

kesian abe tu… seluar baru dah jadi lagu tu….

Itu yang abgreds cabut lari..kalau tak harus muka ni kena tonyoh seluar tuh..🙂

paling tidak pun lari sampai belakang rumah jiran je
pulang bila pulak tu, bro
takkan sampai ke malam?
huhu

Ha..dah betul le tuh cikgu. Bebudak gitu le. Lagi teringat ada baju raya nak dipakai…ada duit raya nak dikutip..hehe..
Tengok line clear kawe balik ler..🙂

Nakal lah jugak ye kecik-kecik dlu Abg Red ni ye? Hehe.. kelakar lah

Apa nak buat Pia, bukan ‘sengaja’. KALAU tau mende tu tak leh kering takkan le abgreds nak buat..ceeewaa…🙂

Terhibur baca cerita lucu ni.
Kak Long agak, abangreds lari duduk bawah jambatan, pancing ikan nak buat hidangan pagi raya.🙂

Makasih kak long MM sudi mampir ke gubuk abgreds.
Kebetulan memang ada parit kecik kat belakang rumah. Tapi jambatannya pun kecik jugak kak long. Tak dapek den nak nyuruk kat situ …🙂

kat kubur?

best gak baca citer cabaran hari raya ni…🙂

Memang pagi raya tu ramai orang ada kat kubur cikgu. Tapi tak de pulak nak hajat nak raya kat situ. dia orang belum prepare duit raya!🙂

mestilah beraya kt rumah jgk..bkn lari jauh mana pun?huhu

Ko memang terra la Adele. Budak kecik mana la nak pergi jauh-jauh kan kan…

ehemm lari ke kemana ek? hee mungkin masuk beraya rumah orang? hehee.. mmg jahanam kalau seluar kena kesan cat..

Raya umah orang?…weii..haku cabut sehelai sepinggang Padin! Selipo (bukan seluo yer) pun tak pakai..🙂

He he.. kantoi!!! Lari sampai mana bro? Sampai sungai muar? he he.. Teringat kawe time raya2 dulu.. mmg dekat2 raya, semua org suka mengecat rumah.. Kalau tak cat pon, sapu varnish atau minyak hitam (kalu rumah kayu). Zaman nie, tak der lagi ehh.. Semua orang busy busy busy.. Patut ada teknologi canggih, keje lebih mudah dan pantas, maka lebih banyak masa kan? Tapi nampaknya makin kureng masa kita.. Hmmmm….
Btw, thanks sebab sambut cabaran kawe bro. Kata ganti nama tu bukan kawe yg punya. He he.. Ramai penduduk Muar terutama yg dulu2 selalu pakai tetapi sebutan sebenonya “kawan”. Tapi untuk penulisan blog boleh mengelirukan, so adjust sikit.😉

Masa kecik kita mana le tau risiko macam tu yek. Main terjah je. Tapi cita-cita beso nak tolong ini nak tolong itu…nak jadi anak yang baik katakan…last-last kelaut aku…🙂

wakakkaa.. terbaik..

maza teka kat jamban… ?

hehehehhe

He he.. terus ke situ yer?😀

Jamban tak boleh bro, dekat bebeno….lagipun dah kena pangkah!(ada orang)🙂🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: