Blog Abgreds

KA. YA. PR. (Kaya PR?)

Posted on: 23 Ogos 2011

Sebagai hamba kepada yang Empunya, pantas sekali untuk Dia menguji duga akan ciptaan-Nya sebagaimana pun jua.

Lebih-lebih lagi Dia telah berjanji pada suatu masa nanti, segala ciptaan-Nya akan di timbang sukat mencari yang mana yang hitam mana yang putih suci.

Begitu juga kita sebagai penghuni di dunia yang fana ini. Segala-galanya ada aturan ada anutan. Ada PR sebagai aras tandaan…

1. KA : MerdeKA.

Kesampingkan seketika masalah diri. Renung sejenak si ibu pertiwi. Tentang damainya. Tentang amannya. Tentang merdekanya.

imej dari googleIya, pentafsiran merdeka bisa saja berbeda. Kita manusia memang demikian sukanya. Namun terbatas di titik yang sama. Iaitu bahawa merdekanya kita suatu anugerah-Nya!

PR bagi merdeka tersangat luas. Negara terlepas dari penjajahan yang buas. Memerintah sendiri tentulah bebas. Namun rintangan begitu keras!

Berdoalah kita semua. Moga merdeka sepanjang usia. Ibu pertiwi tanah air tercinta. Akan kupertahan ke hujung nyawa!

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan!

2. YA : RaYA.

Ramadhan sudah sampai ke hujung. Pencinta Allah sedih dan murung. Waktu yang berkat akan berlalu. Bagaimana PRnya aku dan kamu?

Syawal kembali menjengah hari. Untuk gembira untuk dirai. Maaf memaafi eratkan silaturrahmi. Itu lazimnya PR aidil fitri.

Aturan Allah sesungguhnya indah. Ada masa berlapar, ada masa melantak juadah!🙂 Bagi sikecil lebih meriah. Perutnya kenyang poketnya mewah!

Abgreds menyusun sepuluh jari. Salah silap harap dimaafi. Dipanjangkan umur berjumpa lagi. Kehadrat Allah kita syukuri…

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri!

3. PR : PR 3

Blog Abgreds nama diberi. Setahun sudah ia beroperasi. Mencatat nukilan secara peribadi. Tiadalah canggih tiada sensasi…

Bicara santai tajuk pun bantai🙂 . Banyak merapu, merepek, dan melepek🙂 . Membuang masa korang yang pandai. Lebih baik korang makan kerepek!🙂

Blog ini bukan istimewa. Anehnya ia dapat PR juga. Abgreds tak tau apa indikasinya. Alih-alih dapat PR 3. Iye kerrr…..

Bukan hendak membanggakan diri. Cuma nak beri kredit dan dedikasi. Tanpa korang apakan jadi? Abgreds gila cakap sorang diri!🙂 …

TERIMA KASIH UNTUK KORANG SEMUA…!!!
TERIMA KASIH UNTUK KORANG SEMUA…!!!
TERIMA KASIH UNTUK KORANG SEMUA…!!!

Errr…nak tanya juga ni, agaknya PR kita bagi Allah berapa ye? Macam tak de PR jer…😦. Baik aku dan korang congak-congak seketika. Muhasabah diri kawan! Ingat kawan-kawan… :

                       PR ALLAH TAALA LEBIH PENTING DARI PR GOOGLE!🙂

Selamat Mengira PR Korang Semua!

23 Respons to "KA. YA. PR. (Kaya PR?)"

wahh…tahniah yer…
best tu PR 3
blog yang telah dibuat ni pn, masih null lagi..hurmm…

Assalamu`alaikum abgreds,
di kesempatan ini izinkan saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada abgreds dan seisi keluarga di sana. Minta maaf kalau ada di antara penulisan saya yang pernah menyinggung perasaan abgreds secara langsung atau tidak langsung.
Oh ye, tahniah saya ucapkan di atas kenaikan PR3.

Wa’alaikumussalam wbt. MM…

Terima kasih atas kunjungan dan ucapan MM. Maaf lambat balas sebab nak habiskan jadual raya dulu🙂 …

Saya juga mengucapkan Salam Aidil Fitri untuk MM sekeluarga. Semoga silaturrahim maya antara kita dapat menyumbang kebaikan dan kebajikan sesama kita amin…

Salam Merdeka Raya.

Blog abg dulu PR3, kendian jatuh PR0 lepas tu dah malas nak fikir tentang PR, alih-alih dua munggu lepas check dah PR3 balik – syukur.

PR dengan Allah ni macamana pulak cara sebaik-baiknya nak check? Macam soalan bodoh tapi bukan semua orang tau. Ramai yang tak tau tapi buat2 tau, jadi satu cadangan mungkin abgred boleh kupas persoalan ini dalam satu entry blog.

Saya pun bukan kira sangat pr ni bang. Berblog atas niat berkongsi apa-apa pengetahuan yang barangkali berguna untuk kita ni je..

Tentang pr Allah tu nanti-nantilah kalau saya dapat ilham. Tajuk ‘beso’ tu bang..nak kena berguru…🙂

Assalaamu’alaikum wr.wb, Abgreds …

Alhamdulillah, kedatangan Syawal setelah berakhirnya Ramadhan sebentar lagi menjadi saksi kepada ibadah yang kita jalani. semoga keberkatan dan rahmat Allah akan mengiringi setiap langkah ke depan dalam kehidupan.

Hadir ini, untuk mengucapkan Minal aidin wal fa’izin buat sahabat yang selalu berbagi kebaikan di dunia maya. Maaf dipohon jika ada kesilapan sepanjang silaturahmi selama ini. Semoga diberi kesihatan dan kebahagiaan di hari yang mulia ini.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATHIN

Salam Ramadhan yang mulia dari Sarikei, Sarawak.😀

Wa’alaikumussalam wbt…

Terima kasih tidak terhingga buat bunda Siti yang penyayang. Segala doa dan ucapan tersebut kembali jua kepada bunda kerana sememangnya kita umat Islam selalu doa mendoakan satu sama lain.

Semoga silaturrahim kita di persada maya ini beroleh keberkatan dari Illahi..amin…

assalamu alaikum, selamat hari raya idul fitri dan hari kemerdekaan negara malaysia, jaya selalu
salam kenal

Wa’alaikumussalam wbt. Neni…
Wah…anak kesayangan bunda Siti mampir ke gubuk buruk saya…mau kasi tau bunda Siti ahh…🙂
Terima kasih ya Neni sudi datang ke blog Abgreds. Maaf ya, blog saya tidak semeriah blog bunda…
Saya nanti mau melihat blog Neni juga boleh kan?…

Tahniah…..

Selamat hari raya aidilfitri….
Selamat mnyambut hari kemerdekaan….

Terima kasih kak MP…
Selamat juga untuk kak MP sekeluarga ya..

assalam..

tahniah.. slmt hr rya yg bakal tiba

Wa’alaikumussalam kak Maiyah…
selamat untuk kak Maiyah juga..

tahniah abgreds.. harap PR Allah beri lagi tinggi🙂

Amin…harap bang Sop makan garam banyak hari ni…🙂

Assalaamu’alaikum wr.wb, Abgreds…

Hehehe… membaca PR semua di atas itu membuat saya senyum dan ketawa senang. Release juga tension dengan urusan di pejabat yang kian hati kian … macam dah nak hilang PRnya… hehehe, lebih2 lagi di bulan ramadhan ini. Banyak istighfar dan bersabar aja lah.

Tahniah untuk sambutan pertama blog dan dapat PR3 dari google buat blog ini. tak ada istimewanya pun bagi saya, kerana tujuan membuat blog ini b ukan nak rebut mana2 PR. Tapi dah orang beri kat kita, kita harus bersyukurlah. Dia yang buat bukan kita yang minta, kan.😀

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Raya yang bakal menjelma… kenapalah awal sangat Abgreds buat ucap-ucapan ni. macam tak sabar nak raya je ni… masih ingat zaman kecik2 dulu ke ?

Walaubagaimana pun kita harus berbangga menjadi rakyat Malaysia dan hidup senang dan harmoni di dalamnya serta dapat juga saling berkenalan walau hanya di pentas maya.

Selamat terus ke depan dalam dunia penulisan dan PR dengan Allah tetap jadi nombor satu dalam hidup kita kerana penting untuk akhirat kita nanti.

Salam mesra dari Sarikei, Sarawak.😀

Wa’alaikumussalam wbt…puan Siti..

Entri suka-suka saja puan. Dah terlanjur banyak perkara nak dikisahkan, saya masukkan saja sekali dalm satu posting.

PR google tu pun bukan menjadi matlamat saya berblog. Cumanya memang saya rasa aneh dan tertanya atas justifikasi apa. Rasanya ini cuma blog biasa dengan UV tak seberapa. Tapi ye lah..saja nak bagi semangat untuk diri sendiri untuk menulis gitu…

Tentang ucapan yang lainnya itu, saya dah tuliskan di sini kerana saya fikir tidak akan ada entri baru lagi sehingga raya nanti. Jadi ini tulisan yang akhir lalu saya putuskan untuk memberi ucapan seawal ini.

Saya juga amat menghargai seluruh warga maya yang sudi menjadi pengunjung blog ini. Ini salah satu kaedah interaksi moden zaman it ini.

Terima kasih atas komentar yang selalunya mesra dan berilmu daripada puan. Harap juga puan sekeluarga sentiasa dalam keberkatan Allah swt…amin…

org kaya (PR) baru… tahniah… jeles ehhh.. pinjam PR boleh?

Kalo PR tu boleh tuko jadi RM baru le OKB aku weh..:)

Memang kaya PR. Tahniah, tahniah..Selamat Hari Raya dan selamat menyambut Hari Kemerdekaan.

Selamat juga untuk Kak Long MM yer…

huh..sentap..taknak lah PR google tu..

apapun,tahniah bro🙂

Makasih Adele…ko tak yah pakai PR, senyum ko jer dah cukup..🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: