Blog Abgreds

Musafir di aidil fitri.

Posted on: 12 September 2011

Sempena aidil fitri, saya berkesempatan menziarahi sanak saudara di sekitar Johor Bahru kelmarin. Perjalanan yang agak jauh bagi saya.

Memperuntukkan waktu perjalanan lebih kurang 2 jam pergi dan 2 jam balik, dan 2 hari 2 malam tempoh ziarah, saya berdoa agar jentera usang kancil 660 saya tidak bermasalah.

Alhamdulillah, saya kini selamat kembali dengan ole-ole kenangan indah bertemu saudara mara saya.

Setahun sekali sudah cukup. Inilah masa yang sesuai bagi saya yang jarang berpergian jauh-jauh seperti sesetengah orang daripada kita.

Inilah masa untuk saya memperingati, memahami lantas membuat amali ilmu-ilmu bermusafir sebagaimana yang dipelajari dulu.

Inilah masa mempraktikkan sebanyak mungkin hukum-hakam dan sunnah Rasulullah yang berkaitan kaedah bermusafir.

Dapatlah saya melakukan beberapa perkara yang jarang dibuat seperti solat jamak dan qasar yang amat berguna sekali dalam musafir. Maha suci Allah yang mengetahui kekurangan umat Muhammad ini.

Banyak sekali sebenarnya adab-adab perjalanan yang dianjurkan oleh Islam. Lihat saja sejarah Nabi saw. semasa berhijrah ke Madinah.

Sebelum perjalanan, semasa perjalanan, dan sesudahnya…cukup lengkap dan sesuai di setiap masa di setiap zaman. Adakah kita tahu?

Perancangan zahirnya, doa, usaha dan tawakkalnya, solat-solatnya, adab bertemu dan berpisah…macam-macam. Semuanya ada. Adakah kita tahu?

Bertemu dengan beberapa kemalangan semasa perjalanan, serta berita-berita kecelakaan lain di jalanraya mengundang kepada persoalan tentang adab berpergian ini.

Bagaimana penghayatan mereka untuk berpergian ini? Adakah mengikut Nabi, atau hawa nafsu sendiri? Tepuk dada tanya iman!

Sememangnya faktor takdir Allah itu benar, namun tidakkah Allah juga telah menyediakan modul dan contoh perjalanan yang baik untuk diikuti?  

Ziarah menziarahi sangat digalakkan dalam Islam. Apatah lagi didalam bulan kemenangan ini. Kita dapat bersua muka, bermaaf-maafan dan mengeratkan silaturrahim.

Sedih juga melihat adanya budaya menyendiri di hari yang mulia ini. Tidak mahu keluar rumah. Apalagi untuk bermusafir jauh-jauh untuk bertemu kaum keluarga. Seronokkah beraya macam itu?   

Atau sememangnya kita tidak lagi ghairah untuk melawat sanak saudara yang semakin jauh di mata dan jauh di hati?

Atau kita lebih kasihankan kepada anak-anak kita yang tidak dapat ber’facebook’, ber’twitter’, atau berinternet?

14 Respons to "Musafir di aidil fitri."

menyentuh bab rukhsah dalam solat ni, jamak ketika musafir diumpamakan sbg hadiah tuhan kepada hambaNya..mmg haruslah ketika jamak solat ketika musafir🙂

Kalau dah tau, tapi masa berpeluang nak buat tak pula dipraktikkan, kan itu jadi lebih bodoh dari yang tidak tau?

assalamu alaikum wr. wb

Wa’alaikumussalam Neni…
Harap anda sihat sejahtera …

yg paling lady suka time jadi musafir adalah antr waktu tuk berdoa yg mustajab.. kalau lady th je sape2 yg berperjalanan jauh.. pasti lady akan kirim doa..

Banyak lagi hikmah yang terkandung jika kita peruntukkan waktu dan fikiran kepada sesuatu ilmu itu…

Abg Reds, ada org kata skrg fasiliti byk. Boleh berhenti solat di mana-mana tanpa perlu jamak & qasar kn solat. Tapi bukan ke tidak Allah jadikan sesuatu itu sia-sia.

Banyak fasiliti itu betul. Tapi kata cikgu abgreds, kemudahan jamak dan qasar solat ni pun afdal dibuat waktu musafir. Dapat ikut sunnah. Waktu berkualiti bertemu sanak saudara jadi lebih, dapat pahala lebih…niat kena betul le kan…

betul..ustazah juga kata, kalau kita menolak dan sengaja mencari alasan utk tak buat apa yg memang telah diberi kemudahan kepada kita seolah2 kita ni sombong dgn Allah.

Cikgu abgreds ibaratkan kemudahan macam itu sebagai hadiah. Kalau kita tak buat macam kita tak sudi terima hadiah tu. Ha samalah macam Kak Jie cakap..macam sombong pulak…ha..mintak dijauhkan ye kawan-kawan…

Pasal adab-adab perjalanan dan bertemu sejujurnya tidak berapa saya ketahui. Mungkin ada di antaranya yang sudah pernah diajar sedari kecil lagi, cuma diri sendiri yang culas dan jarang mempraktikkannya. Membaca artikel ini menyedarkan saya bahawa kita sebenarnya tidak harus menganggap mudah perkara ini.

Satu yang saya rasakan ketika ini ialah semakin jarang kita mengaplikasikan sesuatu dalam kehidupan, maka semakin lupalah kita dengan perkara tersebut. Saya akui artikel ini terkesan buat saya. Terima kasih abgreds.

Sudahlah tak dapat semua, makin hari makin tertinggal banyak pula…hemmm.. sayalah tu…
Agak sukar mendisiplinkan diri sendiri tanpa ilmu dan jati diri. Pun begitu tentulah niat untuk menjadi lebih baik sentiasalah tersemat di hati…

kalau hendak seribu daya, kan…

Betul banget itu cikgu…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,899 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: