Blog Abgreds

Bukit Kepong : sejarah kecil aku.

Posted on: 17 September 2011

Sejarah besar Bukit Kepong, korang mesti tau punya!

1. Peristiwa serangan komunis terhadap pasukan keselamatan di Balai Polis Bukit Kepong, seperti yang korang baca dalam buku sejarah.

2. Dato’ Jins Shamsuddin melakar sejarah dengan pembikinan filem bersejarah ‘Bukit Kepong’, seperti yang korang tengok setiap kali hari Merdeka.

3. Peristiwa serangan pembangkang terhadap pasukan pemerintah di arena politik negara berkaitan ‘Peristiwa Bukit Kepong’, seperti yang korang lihat dalam senario terkini.

Cukuplah tu. Korang dah tau pun. Tapikan ada sejarah yang korang tak tau, terutamanya masa Dato’ Jins buat filem tu. Betul! Mari aku bagi tau…

Sejarah kecik filem Bukit Kepong, korang mesti tak tau punya!

Untuk pengetahuan korang, aku berasal dari sebuah kampung di mukim Lenga, bersebelahan mukim Bukit Kepong.

Lokasi penggambaran filem Bukit Kepong tak jauh dari rumah bapak aku. Tapi jauh jugak le bagi budak sekolah rendah macam aku.

Berselang lima enam kampung. Kena naik motor baru sampai. Abang-abang aku adalah pergi tengok shooting tu.

Masa shooting tu, tercatatlah beberapa peristiwa sejarah kecik yang tidak akan tercatat dalam buku sejarah kerana terlalu kecik untuk dijadikan sejarah negara! Haha…..🙂

Tak apalah. Aku tak kisah punya. Biar aku sendiri yang mengingat ia sebagai sejarah besor buat aku…

Berikut ialah catatan sejarah kecik tapi besor yang aku maksudkan :

1. Aku mencatat sejarah gagal jadi pelakon tambahan sebab aku tak boleh ke tempat shooting sebab aku kecik lagi dan sebab aku tak ada basikal masa itu.

2. Orang kampung aku ramai juga yang mencatat sejarah berjaya melepasi screen test dan akhirnya jadi ‘film star’ untuk filem bersejarah negara itu.

3. Selesai pengambaran, Dato’ Jins mencatat sejarah sebab bermurah hati untuk mengadakan ‘tayangan perdana’ khas buat tatapan penduduk setempat selama 7 hari (kalau tak silap) di sebuah panggung di Pekan Lenga.

Panggung terbuka jer. Atas tak ada atap pun. Kalau tak ada tiket, pergi panjat pokok-pokok kat luar panggung. Nampak jugak!

4. Jadi, penduduk mukim Lenga dan Bukit Kepong mencatat sejarah kecik jadi penonton pertama tayangan filem tersebut yang muka sebahagian mereka menjadi penyeri dan ‘penyampah’  filem itu.

5. Aku mencatat sejarah kecik aku sendiri apabila bertemu dua pelakon airmata kanak-kanak dalam filem Bukit Kepong itu, yang menjadi rakan sekelas aku masa sekolah menengah! Jumpa ‘film star’ sebaya aku koo…!

6. Adegan bas diletupkan dalam filem Bukit Kepong sering mengingatkan dengan pelbagai sejarah kecik semasa aku kecik dan selalu naik bas seperti itu untuk ke bandar Muar. Tertidur, termuntah, terkencing (terkucil daa..), terhantuk kepala kat palang besi…macam-macam…

7. Aku mencatat sejarah tau macamana nak suruh bebudak nangis depan kamera. Mula-mula kasi diaorang makan gula-gula yang sedap banget. Adjust masa bio tepat dengan scene yang nak dirakam.

Dah siap semua, korang pi kebas gula-gula tu! Gerenti diaorang nangis. Masa tu apa lagi, jeritlah “action!”  :)  (Ni hasil temuramah ‘korek rahsia’ aku dengan kawan aku si pelakon cilik tu…)

Itulah antara deretan catatan yang malar segar di dalam ingatan aku berkaitan filem Bukit Kepong ini.

Kalau korang anggap filem Bukit Kepong produk yang bagus dan istimewa, aku lagilah lebih dari itu. Sejarah-sejarah kecik aku ini akan terus menemani hidup aku hingga ke hujung usia.

Pun begitu, tentulah aku tidak lupa mesej sebenar dari sejarah sebenar yang dipindahkan ke dalam filem itu.

Sapa-sapa yang yang cakap komunis tu hero memang le sejarahnya zero!. Penat tau orang kampung aku“action”! 🙂

Sila lihat kupasan menarik oleh Sangtawal tentang komunisme di sini : http://sangtawal.blogspot.com/2011/09/republic-comunist-of-malaya.html

Selamat Hari Kemerdekaan dan Selamat Hari Malaysia!

29 Respons to "Bukit Kepong : sejarah kecil aku."

saya sendiri berasal dari kg itu iaitu kampung tui, bukit kepong,, bangga menjadi anak bangsa bukit kepong

suka paragraph pertama . hehehe..🙂

waw baru tahu yang ni

Makasih PM berkomentar di sini…

loh…abgreds org lenga rupanya…huhu….

Ngapaiiinnnn bung Soleh? Bung Soleh pun orang Lenga ker…?🙂

Assalaamu’alaikum wr.wb, Abgreds…

Hehehehe… saya suka dengan sejarah kecik Abgreds yang kini tidak rahsia lagi setelah tembelangnya di buka untuk dibaca. Satu sejarah yang tidak diketahui tetapi sangat manis untuk diri sendiri. Dek kerana tak ada basikallah menjadi penyebab Abgreds tak jadi pelakon masa kini. Coba kalau ada basikal ketika itu, rasa-rasanya Abgreds jadi pelakon utama kanak-kanak Tak ? hehehe. Tentu tak kenal Abgreds sebagai blogger sekarang nih.😀

Setiap manusia mempunyai sejarah tersendiri yang tidak terlupakan hingga jasad tidak bernyawa lagi. Rugi juga kalau sejarah itu tidak diceritakan kerana sejarah memberi pulangan besar kepada manusia masa depan untuk dikenang dan difikirkan.

Akak setuju dengan Mama Murai bahawa sejarah adalah hal yang subjektif dan manusia bebas memikirkannya menurut ilmu yang berbeza. Sejarah adalah milik semua orang. Mungkin fakta kepada kita berbeza dengan fakta yang ada pada orang lain kerana semuanya pernah mengalami sejarah tersendiri seperti mana yang Angreds sendiri lalui yang tidak diketahui orang lain.

Marilah kita belajar melalui sejarah dan menerima pandangan orang lain yang berbeza sebagai satu perubahan yang harus difikirkan setelah lama hanya mendengar dari satu pihak. Alangkah baiknya kita belajar sejarah dengan ilmu dan akal yang dapat membawa kita kepada sejarah sebenarnya. Sejarah sangat penting untuk memajukan pemikiran dan kehidupan kita akan datang.

Salam kemerdekaan dan salam hormat selalu dari saya di Kuala Lumpur.😀

Wa’alaikumussalam wbt..Puan Siti.

Tidak pula saya terbayang kalau saya sekarang menjadi seorang pelakon haha…tapi hakikat sebenarnya kita semua memang seorang pemain watak di atas pentas dunia ini. Semuanya ada peranan dan penceritaannya yang tersendiri.

Mengenang kisah lampau, saya amat bersyukur kerana lahir daripada keluarga kampung yang serba sederhana. Sedikit sebanyak didikan awal saya mesra dengan adat istiadat Melayu dan cara hidup yang dekat dengan agama.

Sebahagian sejarah tersebut (juga tentunya semua sekali peristiwa di dunia ini) adalah dengan izin dan kurnia Allah swt. jua. Sudah barang tentu punya hikmah yang besar sekali.

Untuk menilai sejarah yang berlaku di luar pengalaman kita pasti menuntut ilmu, masa dan ketekunan di situ. Hanya individu yang berkelayakan ada autoriti memperkatakannya.

Kita sebagai golongan awam mengikut saja pendapat majoriti. Jika terdapat kekhilafan, usahakanlah untuk memperbetulkan sedaya yang termampu…begitukan puan…?

Sekarang sudah bertugas di Kuala Lumpur ya puan?

sejarah yang tidak diketahui ramai…heheheh

Kalau ramai sangat tau kang jadi bahan politik pulak ! hohoho…

woo.. sejarah kecil tu kene catat tuh.. hakhak, bole buat buku letak kat library kg.. mane nak tau ade generasi yg akan dtg nak baca.. hehe

Cadangan bernas! Nanti kalau abgreds buat buku, CC cepat-cepat claim komisen yer..! hihi…

Seronok baca sejarah kecil Bukit Kepong tu……pastinya ia tetap dalam ingatan sampai bila2….

Memori kecil biar macamana bentuknya tetap menjadi kenangan manis kita semua. Itulah sebahagian acuan dan perasa dalam hidup manusia…

Kawe pon ada sedara mara kat sana bro. Sedih bila lihat filem Bukit Kepong tu dan kecewa bila ada pihak cuba nak agungkan komunis. Ibubapa kawe dan atuk nenek kawe hidup zaman tu dan sempat menceritakan kekejaman tiga bintang. Jangan sbb mereka serang tentera British dosa mereka membunuh rakyat tempatan yg tak berdosa boleh di cuci begitu sahaja.

Bagi kawan, itu cuma lelucon ahli politik saja. Untuk membuat kenyataan umum kepada orang awam memang mudah.
Tapi untuk berlaku adil bagi setiap kenyataan yang dibuat terhadap setiap individu terbabit tentu mustahil.
Agak sedih juga melihat modal politiking sekarang yang mengeksploitasi segala macam isu termasuk yang sensitif seperti agama dan akidah…

baca kisah bukit kepong masa Form 5 dulu, best jugak.

Sentiasa refresh balik kisah macam Bukit Kepong ni…banyak pengajarannya….

Assalaamu`alaikum abgreds,
sebenarnya sejarah terlalu subjektif untuk dinilai kerana ianya adalah berasakan fakta yang telah ‘diteorikan’. Ianya bergantung kepada siapa yang menilainya dan daripada sudut yang mana. Walaupun faktanya sama, tapi akan terdapat percanggahan 360 darjah mengikut sisi penelaahan masing-masing. Saya suka melihat sejarah daripada perspektif yang berbeza, asalkan pemahaman kita tidak lari daripada fakta yang ada. Kerana dengan demikian (menurut budi bicara saya) sejarah akan menjadi lebih manis untuk ditelusuri dan bukan sekadar kenangan untuk diilmiahi.

Iya kita perlukan pembaharuan kepada sejarah yang mungkin ‘tidak betul’. Kadang-kadang menerima revolusi mungkin akan menghasilkan satu lagi evolusi.

Salam manis dari saya di Alor Setar

Wa’alaikumussalam wbt MM….
Saya setuju pendapat MM. Sejarah ditulis oleh mereka yang menang waktu itu. Justeru ia tentu sekali bias dengan para pemenang sebagai ‘hadiah’ kemenangan itu.
Fakta tetap fakta. Tetapi untuk mengekalkan keaslian fakta tersebut, sesebuah tamadun itu memerlukan sebarisan ahli sejarah yang berilmu, ihklas dan jujur untuk menulisnya dengan adil dan saksama.
Saya fikir itu idea yang agak idealistik…
Terima kasih atas pandangan MM itu.

Terima kasih kembali atas pendapat bernas abgreds. Saya rasa molek benar sekiranya Sejarah dipandang daripada sisi serta sudut pandang sebarisan ahli sejarah yang tidak condong ke sebelah dan terikat dengan pihak majoriti. “Jangan memandang fakta yang menguntungkan sebelah pihak sahaja.”

baru ni ada tengok citer bukit kepong…memang sakit hati sangat tengok komunis….citer tak sempat habis saya tutup/…..

Terima kasih Eita bagi komen..
Tak habis pun tau kan ending dia…yang penting mesejnya tu kita faham..

Salam Merdeka..
Kenangan tue akan jadi sejarah..
Sejarah yang manis untuk dikenang..🙂

P/s: Bukit Kepong tue ditayangkan sempena bulan kemerdekaan
‘kat dewan sekolah.. Langkah untuk menarik pelajar yang tak cintakan
filem2 sedemikan rupa.. Suka or tak suka langkah ini sebagai usaha daripada tak buat apa2..

Susah nak popularkan subjek sejarah ni. Nak ingat tarikh, ingat nama, ingat peristiwa…
Tapi kalau sejarah yang manis-manis tu melekat, senang jer yang ingat…🙂

kunjungan dan komentar balik gan sekalian tukaran link
saya datang untuk berbagi seputar informasi komputer dan internet

Makasih Abedsaragih…
Blognya baik banget mas…moga silaturrahmi maya ini bisa memberi manfaat buat kita semua…

arrayah.info – Hari Malaysia/Hari Kemerdekaan/Hari Kebangsaan : Hari Penerus Pemecah-Belah Kesatuan Umat Islam

Selamat datang Abu Idris..
Sudah baca artikel tersebut. Satu pandangan dari sudut pemikiran tuan yang baik…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: