Blog Abgreds

Posts Tagged ‘abgreds

Anak Muar pasti tahu medan selera Bentayan. Ia merupakan medan selera separuh hari yang beroperasi dari jam 6.00 petang hingga 2.00 pagi.

Terletak di kawasan perhentian bas Bentayan, medan selera ini terkenal di bandar ini kerana kedudukannya yang strategik serta kepelbagaian menu yang disediakan.

(Sebenarnya, di kawasan ini terdapat sebuah lagi medan selera yang namanya sama, tetapi ia terletak bersebelah hentian bas dan dibuka sebelah siang.)

Medan selera ini adalah menjadi sebahagian memori hidup penulis kerana pernah menjadi krew atau pramusaji di situ sekitar 1990 an.

Masa itu para krew mengenakan seragam baju putih dan topi merah. Itu antara pengalaman awal penulis bergelandangan mencari rezeki dan memegang duit sendiri.

Bersemangat betul buat tugasan tersebut. Walaupun bertugas dalam tempoh yang singkat, penulis memperolehi banyak kenangan dan pengalaman.

Paling tidak dilupa, Baca baki entri ini »

 

Intuisi seratus entri

 

Ini masa menghela nafas

Istirehat jiwa tenangkan minda

Ambil semangat barang seberkas

Jangan keburu nafsu dan ghairah

 

Menulis itu perlukan tertib

Berkongsi ilmu sekadarnya waktu

Selesaikan dulu mana yang wajib

Utamakan dulu yang mana perlu

 

Ini masa merenung diri

Masa mendasar ke sanubari 

Melangkau mimpi dan realiti

Masa mengenal siapakah aku ini?

 

Kembali menyusur entri dahulu

Artikel satu hinggalah kini 

Apakah aku menulis melulu?

Ataukah cuma memuaskan hati?

 

Tentu tertanya bermacam perkara

Sampaikah isi sampaikah mesejnya?

Apakah manfaatnya untuk aku?

Apa pula baiknya kepada kamu?

 

Untuk kalian kusampaikan pesan

Tulisanku ini seadanya insan

Catatan diri bukanlah berlian

Cuma kerikil di denai di jalan

 

Blog ini alat komunikasi

Tulisan entri bicara sendiri

Mana bisa terjemah segala

Cacat kurangnya tentulah ada

 

Siang malam menebus kabus

Agar sampai ke destinasi

Entri ini yang ke seratus

Menjadi teman perjalanan diri

 

Separuh abad mengharung hidup

Pedih getir membadai cukup

Dunia kecilku seizin-Nya Tuhan

Kukongsi bersama untuk tatapan

 

Dipersilakanlah kalian semua

Bicaralah barang sepatah dua

Berilah input, idea apa saja

Untukku perkemas mana yang bisa

 

Budimu teman tiada kulupa

Kubawa hingga ke akhir hayat

Moga semua memperoleh pahala

Kelak di sanalah ditimbang disukat…

 

Terima kasih kalian semua…

Diam tak diam, dah dua bulan dah. Two month kata orang putih. Mengadap  komputer. Ketak ketik ketak ketik menaip.

Kononnya nak jadi pengarang. Pandai tulis macam-macam. Haha…berangan jer. Boleh ke berangan macam itu ? Boleh, apa salahnya.

Yang tak boleh tu, berangan saja tak sudah-sudah. Tak buat kerja. Itu tak siap. Ini tak siap. Ha, berangan macam ni pelangkung je jawapnya.

Entri ni pun bukan dok tengoookkk je boleh siap. Nak citer apa? Citer cara mana? Rencana ke, cerpen ke, lawak ke, serius ke…

Itu belum kisah pasal pembaca. Boleh ke kau orang terima entri syok sendiri seperti ini? Hem…banyak benda nak pikir tu. Dulu tak ada blog, tak payah nak pikir semua ni. Ha, sekarang ambik ko abgreds! Huhu…

Ok anda di luar jangan terasa. Ini abgreds ngomel sendiri. Inilah rasanya bila kita mencuba sesuatu yang baru.

Pasti ada pro dan kontra dalam diri sendiri. Sebelum dan sesudah itu cukup berlainan. Kena bijak mencari imbangan. Kini , sesudah berada di alam siber, pro dan kontra itu melebar luas di kalangan pembaca pula.

Itu realiti. Jika kita berkeinginan menulis, serta membenarkan khalayak mengikutinya, maka bererti kita sedia berdepan dengan mereka.

Segala persepsi dan interpretasi mereka harus diterima dengan hati terbuka. Di mana ada penerimaan, di situ ada penolakan.

Sebagaimana kita rela dengan penerimaan, maka relalah pula dengan penolakan. Adil dan saksama. Setiap satunya ada rahsia.

Lewat dua purnama, abgreds belajar dunia siber. Segala komentar, kritik dan saranan dan sokongan anda semua, hanya Allah swt. yang membalasnya.

Sekian untuk kali ini, terima kasih sekali lagi…terima kasih

Ini persoalan yang datang di benakku. Beberapa waktu tadi, aku semacam tiada idea untuk menulis. Kosong.

Lantas itu, aku mahu menutup saja komputer. Baik aku buat hal lain. Sembahyang pun belum. Ah, sembahyang dululah…

Sekonyang-konyong, berbondong-bondong idea datang mencurah!

Aku teringat beberapa peristiwa sekaligus. Dan tiba-tiba banyak pula perihal peristiwa itu menerjah ke otak. Semuanya bagus-bagus.

Segera tersusun aksara-aksara membangun kosa kata dan frasa. Terus berpintal bertaut membentuk ceritera dan mahakarya.

Wah! Terpana aku seketika. Betapa nipis dan tipisnya lapisan iman dan takwa. Tertunduk simpuh disirna igauan idea yang datang entah dari mana.

Lupa langsung pada hajatku untuk bersembahyang. Entri cantik lagi gempak. Jangan tangguh nanti hilang pulak!

Begitu liciknya godaan ini. Hampir tertangguh ibadahku. Pastinya ini ujian. Suatu peringatan dan pemeriksaan. Manakah jalan yang aku pilih?

Berbaloikah aku menangguhkan entri?

Cukup barbaloi. Andai entri ini dapat melalaikan aku…andai posting ini telah menjauhkan aku dari ibadah…bukankah itu satu bentuk ujian?

Tidak payahlah. Lebih baik tiada posting. Lebih baik tiada entri. Tutup komputer… Esok, Insya Allah masih ada…

Sudah semalaman aku tangguhkan entri ini.Dan kini, tibalah masa untuk intuisi ini diterbitkan. Ikut jadual seperti biasa.  

Kita menulis kerana Allah. Tapi kalau bersebab kita menulis itu, kita menjauh dari Allah, maka berehatlah dahulu. Berfikirlah dahulu.

Berehat itu juga satu pelajaran dan pembelajaran. Belajar berehat. Dapatkan rehat yang berbaloi pula…

Abgred orang melayu. Entri ni bukan nak hina melayu. Cuma secebis kisah di blog abgreds…barangkali kes terpencil! (iya ka..?)

Abgreds dah cuba belajar tulis panjang sikit. Cuba cara bersiri. Apa macam? Jadi ke tak jadi? Entah, tak tau.

Kau orang pula cuba belajar baca panjang sikit. Cuba baca cerita bersiri abgreds. Apa macam? Faham ke tak faham? Entah tak tau.

Dan jangan kau orang tak tau, kita ada tetamu khas. Mereka cuba nak joint kelab pembaca abgreds. Terima ke tak terima? Entah tak tau.

Ya, inilah dia tetamu khas kita. Dipersilakan pakai keywords ‘rasmi’ untuk masuk blog abgreds…ya, masuk ramai-ramai. Kasi up sikit trafik…silakan…

 Keywords canggih, jangan marah…!keyword melayu

Ha ha… abgreds ni rabun bab keywords. Tak jelas pasal tags-tags, label, kategori…tah apa menatang tuh…

Publish entri pun main hantam saja. Janji jadi entri! Janji jadi blog. Kau orang kalau tak faham, abgreds minta ampun minta maaf.

Punyalah banyak perkataan, yang itu jugalah jadi pilihan. Abgreds nak cakap apa? Kau orang nak cakap apa? Takkan enjin tu tipu…

Kiranya masih samalah, ya? Abgreds attend ceramah tu dah lama dah… lima belas tahun lepas ada…buatkan jadi entri sebagai peringatan.

So, nak cakap apa? Terimalah hakikat ini. orang kita ni memang ada sindrom ketagih judi, nombor ekor, main bomoh-bomoh…

Yang pasti, tetamu khas kita ni dah belajar satu perkara – jangan masuk blog abgreds ni lagi – dia tipu kita…wa ha ha…

Dan statistik dan trafik pun normal balik – terhegeh-hegeh, tersengguk-sengguk…ngeh ngeh… 🙂 🙂

p/s : dah sebulan lebih dok tunggu nak tau camner fungsi terma enjin carian ni, sekali ini yang dapek…ceh…

Hari ini 19 Julai 2010, blog abgreds genap sebulan. Segerak merangkak, dua gerak bertatih, inilah rupanya wajah blog abgreds. Tentu masih banyak lagi yang perlu abgreds pelajari. 

Tiadalah se-gah mana, namun kelahiran blog abgreds ini tetap menjadi suatu memori peribadi. Sebagaimana kalian dulu, satu dua bulan dulu. Atau satu dua tahun lalu. Atau bagi blogger otai, sejak internet ini mula berkembang di negara kita ini.

Manusia perlu berubah. Manusia terlalu kerdil untuk mengasimilasikan dunia untuk dirinya. Sebaliknya, dialah yang perlu mengasimilasikan dirinya menurut perjalanan dunia. Tentunya dengan asimilasi yang sesuai bagi dirinya.

Kewujudan era IT mengecilkan dunia secara relatif. Batas sempadan dan masa menjadi kurang relevan. Semua masa menjadi serba pantas. Semua dataran menjadi sebuah pentas. Tiada lagi keterasingan. Tiada lagi kebersendirian.

Sebelum bulan yang lalu, abgreds hanya mengikuti dan memerhati. Belum terdetik untuk menyertai. Abgreds lebih senang kelana sendiri. Mengheret secarik usaha dan tawakkal, mengharung hidup sebelumnya ajal.

Sesudah sepurnama ini, dunia kecil abgreds sedikit berbeda. Diizinkan Allah, blog abgreds membuka jendela. Turut serta mencorak dan mewarna, menambah rencam dunia maya. Menjejak tapak kalian semua. 

Melewati sepurnama ini, seperti kalian juga, seterusnya abgreds berharap dapat mengaplikasikan medium internet ini sebaik yang mampu. Abgreds berharap boleh memperoleh pengetahuan, dan pada masa sama, cuba memanfaati pembaca sekalian.

Internet penuh dengan keterbukaan dan kerahsiaan. Cukup mengujakan. Banyak yang abgreds belajar. Misalnya belajar bahasa internet. Belajar berkomuniti dan berkomunikasi – berkata dan berdiskusi tanpa suara tanpa rupa. Cuma taip dan klik sahaja…

Sekali lagi, terima kasih atas sokongan dan bimbingan anda semua!

Salam dari Abgreds,

abgreds


Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 55,016 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my