Blog Abgreds

Posts Tagged ‘bahasa melayu

Pada suatu hari, betul-betul tak ingat tarikh tepatnya, aku teringat suatu peristiwa. Aku disuruh oleh cikgu ‘tulis betul-betul’.

Aku pun tulis perkataan ‘betul-betul’ banyak-banyak. Dah siap, aku bagi pada cikgu. Cikgu mengetap bibir. Geram!

Saya bukan suruh awak tulis ‘betul-betul’!, bentaknya. Tulisan awak tu yang tak betul. Kejap rapat kejap jarang…betulkan tulisan awak! Baca baki entri ini »

Ini ada satu kerja untuk anda. Kerja anda ialah memahami satu kertas kerja. Kertas kerja itu adalah tentang ‘kertas kerja’. Harap anda sudah bersedia.

Ini suatu kertas kerja. Kertas kerja ini adalah tentang ‘kertas kerja’. Apakah itu kertas kerja? Kertas kerja bererti kerja yang dilaksanakan di atas kertas.

Ia satu perancangan. Satu rangka kerja. Satu kerja permulaan untuk satu kerja sebenar yang akan dimulakan serta dihabiskan satu masa kelak.

Katakan ada kerja sebenar yang mencapai 100 tingkat bangunan. Atau 100 hektar keluasan. Atau 100 orang tenaga pekerja. Atau 100 minggu pembuatan.

sumber : google

Maka semuanya itu diringkaskan dalam satu kertas kerja seringkas yang mungkin. Setebal 10 mukasurat. Atau 10 keping slide. Atau 10 kali mesyuarat. Dan sebagainya.

Siapakah pekerja yang kerjanya membuat kertas kerja? Apakah dia juga memerlukan satu ‘kertas kerja’ untuk membuat satu kertas kerja?

Sudah tentu dia ada kertas kerjanya sendiri sebelum membuat sesuatu kertas kerja yang lain. Kertas kerja tersebut ada di dalam kotak fikirannya.

Dengan kata lain, sudah tentu dia ada ilmu dan pengetahuan membuat kertas kerja sebelum bekerja sebagai penulis kertas kerja.

Kertas kerja asalnya bukan dari kertas, tapi dari minda pekerja tersebut. Dinamakan kertas kerja bila kerja itu dipindahkan dari otak ke kertas.

Anda lihatlah, pekerja itu telah mengerjakan suatu kerja yang begitu besar, begitu gah, dan hebat hanya dalam satu kertas kerja.

Sebenarnya, setiap satu kerja mesti ada kertas kerja. Kalau kerjanya senang, senanglah kertas kerjanya. Kalau kerjanya susah, kertas kerjanya pun ikut susah.

Perlu diingat, kertas kerja yang baik belum tentu menghasilkan kerja yang baik. Ini kerana kerja yang baik dihasilkan oleh pekerja yang baik, bukan oleh kertas kerja yang baik semata-mata.

Oleh kerana kertas kerja ini penting kepada pekerja, ia mestilah dikerjakan dengan berhati-hati. Kertas kerja yang baik seharusnya membuatkan kerja tersebut berjalan dengan lancar dan menyenangkan.

Kertas kerja juga menjadi panduan agar pekerja yang melaksanakan kerja itu dapat bekerja secara cekap dan optimum. Dan kuranglah sibuknya.

“Orang yang sibuk sebenarnya tidak cekap. Orang yang cekap sebenarnya tidak sibuk…”

Itulah peranan penting kertas kerja. Kalau anda dapat memahami kertas kerja ini, anda bolehlah bekerja sebagai penulis kertas kerja!

Siapa akan jadi pelanggan anda? Oh, tidak perlu khuatir. Ramai bakal pelanggan pinjaman institusi kewangan sedang menanti anda. Cubalah! 🙂

Nota : teringat dulu buat kertas kerja nak buat pinjaman asyik kena tolak saja. Rupanya duit nak bagi kat peminjam tak dak!  Huhu…

Opss…jangan tafsir sembarangan! Baca dulu idea paling pantas abgreds ini…

Ini betul-betul idea spontan. Masa buat lawatan blog sebentar tadi (blogwalking) abgreds terjumpa blog santai ni. Entrinya pendek dan comel.

Ini printscreen dari blog beliau…

Abgreds terus teringin untuk memberi komen, malangnya akses wordpress tidak membenarkan. Melihat ayatnya agak cun, abgreds fikir baik buatkan saja satu entri…   

‘Nak tulis pendek-pendek pun kena pikir panjang-panjang…, ya tak?’

Itulah komen yang mahu abgreds titipkan sebelumnya…

Kepelbagaian latar ilmu, masa, usia, sikap dan sifat penulis blog akan seterusnya mewarnai gaya dan rencam persembahan blog masing-masing.

Ada yang menulis panjang-panjang. Ada yang pendek-pendek. Ada yang bercerita melalui sajak atau cerpen, serta gambar juga.

Semua kaedah itu boleh saja digunapakai kerana ia sama dengan kepelbagaian citarasa dan selera para pembaca di luar sana. Pasti ada peminatnya.

Sebagai kredit kepada pencetus ilham entri ini, abgreds panjangkan sedikit apa yang ingin abgreds komen sepatutnya.

Soal dasarnya adalah berfikir. Sama ada nak tulis panjang atau pendek – kena berfikir dulu. Pastikan mesej yang ingin disampaikan itu jelas dan dapat difahami pembaca.

Kemahiran memahami entri juga pelbagai peringkat. Ada yang faham walau entri atau ayatnya pendek. Ada yang perlukan sedikit penerangan. Ada yang perlukan contoh, rajah, gambar, dan lain-lain.

Begitulah skema normal kita manusia. Jadi, teruskan saja. Abgreds cara abgreds, anda cara anda. Panjang pendek semua boleh! Janji ada ilmu beb

Baiklah, ingat entri pasal pendek ini pendek saja. Rupanya dah panjang juga. Minta maaf ya. Idea spontan ini gayanya memang macam itu. Sebelum dia hilang entah ke mana, baiklah dicatat dulu.

Kepada tuan blog tika leh, http://tikalehpunya.blogspot.com/ terima kasih atas entri pendek anda.

Jadi, abgreds dan anda semua mau ingat ya…

‘Nak tulis pendek-pendek, kena fikir panjang-panjang…,’

‘Nak tulis panjang-panjang, jangan fikir pendek-pendek…’

 

Salam sejahtera. Penulis (abgreds) fikir mungkin ada sebahagian daripada pembaca blog ini dapat ‘membaca’ sedikit latar belakang penulis.

Walaupun penulis tidak membayangkan secara terang, sebahagiannya ada di dalam hasil tulisan-tulisan penulis di blog.

Sekadar satu pencerahan, penulis akui mempunyai minat dan kecenderungan dalam hal bahasa dan budaya melayu. Sebab itu penulis memilih ‘kosa kata Abgreds’ sebagai slogan blog ini.

Tetapi barangkali menjadi satu kemusykilan pula apabila pembaca menelusuri artikel-artikel di blog ini. Tiada pun artikel mengenai bahasa mahupun budaya? Malahan, sebahagiannya langsung seperti ‘merosakkan’ bahasa.

Benar, itu juga penulis akui. Tetapi penulis tidak berniat untuk merosakkan bahasa. Penulis mempunyai alasan serta tujuan tertentu untuk mempersembahkan tulisan dalam bentuk yang demikian.

Bagaimana pun, penulis tidak berhasrat untuk membincangkan perkara tersebut dalam artikel kali ini. Sebaliknya, penulis ingin memberitahu sedikit pandangan peribadi penulis berkenaan isu bahasa di sini.

Beberapa waktu yang lalu, isu bahasa amat dekat di hati penulis. Bermula di zaman persekolahan hingga tamat dan mula bergelar pekerja.

Kempen-kempen berkaitan bahasa seperti Bulan Bahasa Kebangsaan, Cintailah Bahasa Kita, dan macam-macam lagi, sentiasa diberi perhatian penulis. Namun, perhatian penulis sedikit berkurang lantaran komitmen penulis sekarang .

Bukan bererti penulis sudah jemu atau tidak lagi menyayangi bahasa melayu ini. Penulis cuma berasa sedikit lelah dan terkilan. Penulis ada mengikuti perjuangan beberapa tokoh bahasa kontemporari.

Ternyata mereka juga menghadapi hambatan uji yang bukan sedikit. Hanya kerana mahu melihat bahasa melayu menjadi tuan di negara sendiri – banyak usaha, waktu, tenaga dan wang ringgit dikorbankan.

Tetapi hasilnya masih mengecewakan. Malahan hingga hari ini frasa ‘sila rujuk versi Bahasa Inggeris’ untuk dokumen-dokumen tertentu masih kelihatan. Belum lagi isu terjemahan aksara yang kini cuma ditukarkan ejaannya saja.

Banyak lagi isu bahasa jika penulis ingin senaraikan. Tetapi cukuplah sekadar itu. Peranan yang amat penting dan mencabar kini menanti mereka yang profesional di bidang bahasa dan terjemahan ini.

Mereka telah menerbitkan pelbagai karya akademik dan ilmiah tentang bahasa. Tetapi soal perlaksanaan, penggunaan dan memartabatkan bahasa melayu itu sendiri masih merupakan jalan yang panjang.

Penulis masih menaruh harapan agar kalangan pengamal bahasa ini dapat berbuat sesuatu yang boleh memberi kesan langsung terhadap perkembangan bahasa melayu ini.

Penulis juga memohon maaf sekiranya penulis termasuk mereka yang ditakrif sebagai ‘perosak bahasa’, lantaran hasil tulisan penulis di blog ini.

Itu cuma cara penulis mendekati khalayak pembaca. Penulis ingin mereka mesra dengan gaya karya dan artikel penulis terlebih dahulu.

Selebihnya, penulis cuba menyelitkan dan memperkenalkan beberapa aksara yang barangkali tidak diketahui oleh pembaca. Bolehkah ini dinamakan sebagai satu usaha? Terpulang kepada persepsi pembaca sekalian.

Abgreds : belajar berbahas, belajar berbahasa…

Anda seorang blogger. Anda minat blogging. Anda tentu tahu istilah morfologi dan sintaksis. Apa? Ada yang masih belum tahu morfologi dan sintaksis?

Mari kita ketahui dan belajar morfologi dan sintaksis. Morfologi dan sintaksis adalah istilah kajian tentang bahasa melayu.

Morfologi adalah kajian tentang perkataan. Sintaksis pula kajian tentang ayat. Hasil kajian morfologi dan sintaksis ini, maka terbitlah ilmu laras bahasa.

Ada banyak laras bahasa. Ada bahasa iklan, bahasa politik, bahasa sastera, bahasa perundangan, bahasa dakwah, dan lain-lain lagi.

Dunia blog juga ada pelbagai laras bahasa, menurut gaya empunya blog. Blog iklan guna bahasa iklan. Blog politik guna bahasa politik. Dan seterusnya.

Jadi, inilah yang anda semua praktikkan. Anda berblogging. Anda menulis dan membaca, samada karya anda sendiri, mahupun hasil tangan orang lain.

Ketika anda membaca dan cuba memahami maksud, anda sebenarnya sedang meneliti perkataan-perkataan dan ayat-ayat yang digunakan.

Anda akhirnya dapat mengenalpasti laras bahasa karya tersebut. Hasilnya mungkin berbeza di antara individu. Bergantung tahap mana ia tahu tentang morfologi dan sintaksis ini, serta kefahaman apa yang dibacanya.

Keputusan tersebut juga akan mengaitkan tulisan dengan penulisnya. Semakin anda  mahir tentang morfologi dan sintaksis, semakin tepat kaitannya.  

Seperti ciri identiti anda yang lain, tulisan dan karya anda juga boleh ditelaah dan dikaji. Karya anda ada pasti ada identiti tersendiri yang mewakili sebahagian peribadi diri anda.  

Sebab itu ada orang boleh membayangkan peribadi orang lain melalui gaya tulisan dan hasil karyanya.

Sebab itu juga ada orang boleh membayangkan peribadi dirinya kepada orang lain melalui gaya tulisan dan hasil karyanya.

Anda seorang blogger? Jadi anda tahu tulisan anda sedang dimorfologi dan disintaksis.  Jangan marah kalau orang tahu siapa anda.

Baiklah, itu saja untuk perkongsian ilmu kali ini. Mungkin ada yang sedang memorfologi dan mensintaksis tulisan abgreds ini…

Semoga anda berjaya ..  🙂

p/s : kalau kata terbitan morfologi dan sintaksis itu salah, sila beritahu. abgreds pun bukan pandai bahasa.


Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 55,304 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Artikel Terbaik

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my